- cuti kita untuk apa? -

Dec 28, 2012



mood hujung tahun.
ofis agak lengang.
ramai yg nak habiskan cuti tahun.
atau memang sengaja dah simpan awal-awal untuk cuti hujung tahun.
ada yg cuti-cuti malaysia. nak kontrol bajet.
tapi, sekarang ni ramai yg dah jauh langkahnya sejak ada pakej 'sekarang, siapa pun boleh terbang'.

rugilah pada yg cuti tak berbaki.
siapa suruh habiskan!
melungu sajalah di ofis menghadap kerusi meja kengkawan yg kosong.

tapi ada jugak yg berperangai pelik
ada banyak cuti tapi masih nak simpan-simpan buat pekasam.

ada jugak yg banyak cuti, tapi tak boleh nak cuti.
sibuk sangat...katanya!

cuti tak semestinya berbelanja besar. berholiday sakan.
bagi aku sebagai family man, pengertian cuti adalah berbeza-beza.
masa berehat dan bersantai bersama keluarga lebih besar ertinya.
takkan nak duduk 'melangut' kat rumah.
takkan bila cuti je, nak balik kampung.

seorang jiran pernah mengadu pada wifey.
katanya sejak berkahwin, dan dah ada anak 3 diorang tak pernah bercuti.
kalau cuti je balik kampung.
sepanjang cuti sekolah ni dah 3 kali balik kampung di temerloh.
kampung suaminya.
kalau berjalan hujung minggu pun, balik-balik ke seremban 2.
KL pun tak pernah lantas.
anak-anak dah makin membesar.
dah pandai merungut.
sementelahan bila dengar cerita daripada kawan-kawan sebaya.
yg bercuti ke sana-sini.
nak kata tak mampu, aku rasa lebih daripada mampu.
kalau tak, masakan ada 3 biji kereta bersidai depan rumah...!

ya, berjimat-cermat tu perlu. jangan boros.
kalau begitu, sediakan bajet.
simpan sikit-sikit. bila dah terkumpul boleh lah bercuti.
jauh berjalan luas pandangan.
bateri kena cas, orang kata.
kalau dunia kita hanya kerja dan rumah, maknanya tiadalah kepuasan dalam hidup.
duit berkepuk tu untuk apa, kalau tak diguna.
gunalah untuk famili kalau bukan pun untuk diri sendiri.

bayangkan kalau kita ni budak-budak.
kalau cuti sekolah panjang dekat 2 bulan duduk kat rumah je.
mak bapak sibuk kerja, nak cari duit, kumpul harta.
takde masa nak layan kita.
bosan tak?

samalah macam kita jugak.
hari-hari kerja di ofis.
buat kerja yg sama.
bosan tak?

jadi, ambiklah cuti. rancanglah cuti.
kata orang, cuti ialah escapism.
melarikan diri dari dunia rutin.


4 refleksi:

Irfa said...

kami selalunya akan rancang satu percutian atleast sekali setahun (utk oversea) yelah..tiket free nak simpan buat apa.tapi kalau bajet x mengizinkan ada jugak cuti2 dalam negara.Langkawi pun apa salahnya..w,pun tpt sama pegi tapi setiap kali pegi ada pengalaman berbeza

bangsawan nilai said...

pssst irfa...kalau tk pakai tiket tu free boleh la pass kat kengkwn hahaha

rahimin said...

mustahillah keje takde cuti langsung. betullah, bateri pun kena cas!

Muhammad Nouval Azhari Ost said...

Bagus blog awak, mari kunjung blog saye