- apalah daya kita melawan takdir -

Jan 16, 2013


pagi tu, seperti hari-hari sebelum ni, naz hantar anaknya ke tadika.
jauh sikit dari rumahnya.
kalau nak ikutkan, area taman perumahannya pun ada tadika jugak.
tapi dia lebih selesa hantar anaknya ke situ.
lagipun tempat kerjanya dalam laluan yg sama.
jadi tak lah membebankan sangat.

walaupun ada kereta, dia pakai motor besarnya, ulang-alik pergi kerja.
senang nak cilok celah-celah kereta. jimat minyak dan cepat sampai.
laluan ke tadika sudah biasa dilaluinya.
ini tahun kedua anaknya di tadika yg sama.
kira last lah. tahun depan dah masuk darjah satu.
keletah anaknya tu buat dia rasa hilang penat lepas kerja.

tapi pagi tu, mereka berdua tak sampai ke tadika seperti biasa.
motosikal yang ditunggangi dua beranak itu, terlibat dalam kemalangan.
di satu simpang dah dekat benar dengan tempat tujuan.
malang menimpa mereka.

ada yang kata dia bawak motor agak laju.
ada yang kata salah pemandu kereta.
tak tahu mana satu versi yg betul.

motosikal berlanggar dengan kereta camry.
kedua-duanya tercampak jatuh.
naz meninggal dunia di situ juga.
mengikut saksi kejadian, dia masih bernafas sewaktu orang ramai mendekati.
anaknya pulak cedera.
pada awalnya, orang ramai menyangka dia jugak sudah meninggal.
tetapi tiba-tiba bangun dan mencari-cari di mana ayahnya.

tentunya anak kecil itu trauma akibat kejadian yg menimpanya
ayahnya pergi dalam sekelip mata.
tiada lagilah pagi-pagi bermotosikal ke tadika dihantar ayahnya.
tiada lagilah tempat bermanja, dicurah kasih sayang lelaki bergelar ayah.

isteri naz, adalah kenalan wifey.
hiba, sebak dan dukalara tentunya rasa kehilangan insan tersayang.
insan yang paling dekat di hati kita.
tempat bergantung dan berlindung.
tempat hati berkongsi kasih.
bagaimanakah hari-harinya selepas ini mengharungi hidup bersama-sama anak-anak yang masih kecil.

moga keluarga itu dilindungi-Nya.
al-fatihah...


6 refleksi:

zana-norzana said...

Adakah arwah ni yang kemalangan Jumaat lepas.... Motor besar warna kuningkan...... Accident kat Desa Ixora... Kalau tak silap saya anaknya lelakikan??? Yang perempuan tu dah sekolah menengah rasanya.....

zana-norzana said...

Al Fatihah.

bangsawan nilai said...

ya, kemungkinan besar org yg sama.
tapi ada versi cerita yg lain-lain...

zana-norzana said...

satu taman dengan saya tu.........

bangsawan nilai said...

moga arwah di tempatkan di kalangan org beriman

Irfa said...

alfatihah
moga isterinya diberi extra ketabahan