- lelaki sekarang semakin lembut -

Feb 4, 2013


wifey pernah tegur aku supaya 'garang' sikit dengan anak-anak.
katanya kalau kita tak garang nanti anak-anak akan naik lemak.
orang selalu dengar orang cakap, bapak kena garang. sebab dia ketua keluarga.
supaya anak-anak ada yg ditakutnya.
aku ni memang tak garang, kalau nak 'buat-buat' garang susah jugak.

dalam report prestasi tahunan pekerja baru-baru ni pun.
boss mintak aku lebih 'tegas' dengan staf bawahan.
dalam kata lain, supaya aku lebih 'garang'.

arwah bapak aku dulu memang garang.
berdehem  atau dijegilkan matanya saja sudah buat kita orang kecut perut...
sekali dia marah, memang tak angkat muka lah.
pantangnya kalau kita keluar main, tapi tak balik sebelum maghrib.
makanya, memang birat la belakang kaki kena sebat.

cikgu dulu-dulu pun garang jugak.
kalau homework tak siap, lebih baik lah jangan masuk kelas.
cikgu disiplin aku masa sekolah dulu, sentiasa meronda keliling sekolah dengan rotan di tangannya.

sekarang ni aku pulak yg kena ingatkan anak-anak.
"eh...korang ni takde homework ke. rileks je tengok tv..."
diorang buat kerja ikut mood.
bila rajin dibuatnya. kalau tidak, rileks memanjang.

agaknya tak de cikgu yg garang kat sekolah lagi dah.
iyalah...kalau garang sangat rotan budak sekolah.
mak bapak akan datang mengadu kat pengetua.
buat aduan  ke jabatan pelajaran.
malah ada yg buat report polis atau ugut saman...!!
ada kes mak bapak datang 'serang' cikgu kat sekolah. huh, melampau.


ada yg cakap, mak bapak sekarang tak boleh garang sangat.
kena guna ilmu psikologi.
kat sekolah pun, murid bermasalah akan diberi kaunseling.
diberi bimbingan oleh cikgu dan pakar psikologi
bukannya didenda atau dirotan...
cara macam dulu dah tak boleh pakai.

pendekatan mendidik anak dah berbeza zaman sekarang ni.
kalau tidak anak-anak akan memberontak.
anak-anak akan lari dari rumah.

maaf cakap lah.
rasanya dulu-dulu, zaman mak bapak garang dan cikgu garang.
memang jarang ada kes anak-anak lari dari rumah.
zaman yg kononnya pendekatan lebih moden makin menjadi-jadi pulak kes anak lari.

baru-baru ni aku ada dengar satu ceramah agama dari seorang tok guru.
katanya banyak masalah anak muda sekarang berpunca daripada mak bapak.
terutama kerana 'orang lelaki sekarang semakin lembut'.


jadi...perlu kah aku jadi garang?

3 refleksi:

Irfa said...

ayat wifey ko tu mcm ayat aku je
kat rumah aku garang
en suami?mmg x penah marah anak
bagus jugak..biar salah sorang garang
kalau dua2 sian kat anak

rahimin said...

ada betul jugak ckp tok guru tu. lelaki skrg lembik sgt

Anonymous said...

" DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU MAHA PENCIPTA untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com ' daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih MAHA ESA PENGASIH PENYAYANG MAHA MENGASIHANI..Sejahtera DIRIMU MAHA PERKASA MAHA BIJAKSANA.." saudara2 yg dkasihi,seandainya anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda untuk melayari blog ini krn ssungguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCAYALAH!!hanya untuk para pcari KEBENARAN sahaja!!Salam kasihsayang..adam7