- nikmat cuti bila orang lain tak cuti -

Feb 1, 2013


agak pelik bila kita cuti tapi orang lain tak cuti.
sedangkan kita tinggal di negeri yg sama dan lebih daripada itu dalam rumah yg sama.
ha ha ha

cuti hari wilayah. 1 feb.
aku rasa macam aku sorang je yg cuti dalam dunia ni.
area nilai, ni semua sekolah dibuka.
semua ofis bekerja dan semua kedai berniaga.


selepas pekena roti telur garing, kedai mamak.
yep, kedai mamak pun tak ramai pelanggan.
aku menuju ke mpn.
tarikh pada surat cukai pintu tu yg dihantar hujung tahun 2012.
jika bayaran tidak dibuat sebelum 28 februari, bayaran denda lewat akan dikenakan.

dulu persatuan penduduk tempat aku ni pernah kumpul tandatangan buat petisyen.
sebab cukai pintu area kami ni agak tinggi.
tambahan pulak takde kemudahan awam, patutnya dikurangkanlah.
takde pengangkutan awam, takde pejabat pos, takde perkhidmatan jabatan kerajaan yg lain.
kalau tempat lain, hal demikian diambil kira dalam meletakkan bayaran cukai.
tapi nampaknya, mpn tak layan pun.
ajak berdialog pun diorang tak datang.
"ikut nilai tanah", jawapan mereka secara lisan.
bila wakil kami datang dapatkan maklum balas.

jadi lepas sarapan tu, aku pergi bayarlah.
cukai pintu ni 2 kali setahun. pada yg tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu...hahaha
kalau rumah kena sita, jangan pulak nanti bagi alasan lupa atau tak tahu.
tak ramai orang....kan semua orang kerja...he he he.
kejap je, tak sampai 5 minit dah setel...

kemudian sewaktu melalui  tempat car wash aku tengok kereta lengang je.
pekerja diorang lepak borak-borak. tunggu kereta datang.
aku pun singgah.
ada 4 pekerja. semuanya mengerjakan kereta aku.
jadi kejap je kereta aku dibersihkan.
kalau hari cuti, mahunya kena tunggu giliran.
sejam belum tentu beres....he he he

sebelah petang aku hantar kereta untuk servis.
lagipun dah plan, raya cina nak balik kampung. jalan jauh.
lebih penting lagi, aku tak perlu tunggu lama untuk servis kereta.
tak payah booking pun.

arghhh......kalau lah cuti hari wilayah ni tiap-tiap bulan kan beesssstt!!

2 refleksi:

Irfa said...

oh itu cuti masa besday aku kan?
aku bagi org cuti..hehe tp aku x cuti pun.uwaaaaaaaaaa

bangsawan nilai said...

ya mmg aku cuti sempena birthday awak...ha ha