Sepanjang jalan kenangan - stallone dan jeans koyak

Feb 11, 2010

aku di depan sekali. sebab mereka kata aku paling kecik & paling pantas berlari (dulu la...). mungkin jugak sebab aku paling geliga, banyak idea. malah idea keluar tengok wayang ni pun hasil idea geliga aku. lepas maghrib tadi, terus menyusup pagar hujung padang. kain & songkok diletakkan dalam sebuah beg & ditinggalkan di surau. mintak budak freshie bawak balik ke dorm.

nyata sekali ajk asrama tak perasaan yang kami tak pergi prep. kalau mereka tahu pun, mungkin buat-buat tak tau. lebih baik diorang studi daripada memikirkan hal kami. kami nekad keluar malam tu. bukan sebab takde hari lain. boleh tunggu hari sabtu. tapi sebab nak jadi orang pertama tonton aksi stallone dengan filem terbarunya, nak tunjuk 'terer' pada kawan lain di asrama, nak dabik dada kamilah paling dulu berbanding yang lain...makanya keterujaan itu tak dapat dibendung lagi.

betul kata orang, keseronokan hanya sementara. sepulang daripada menonton di pusat bandar menaiki bas terakhir, kami perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kembali ke dorm tanpa dikesan sesiapa terutama abang guard. kami boleh saja masuk di pagar hujung padang seperti cara kami menyusup keluar sebelumnya. tapi jaraknya agak jauh dari asrama. terpaksa melalui padang, stor sukan, surau, dewan makan, dan asrama puteri. silap-silap ada budak perempuan yang terjerit bila ternampak kelibat kami terhendap-hendap nanti. lagipun melalui dewan makan agak risiko sebab suasana agak terang dipasang dengan spotlight.

jadi mahu tak mahu kami ikut jalan besar, atas bukit. asrama kami sebenarnya berada di bawah bukit. nak ikut pintu utama memang di luar perhitungan. sudah pasti abang guard tercongok di situ. masalahnya sekarang, macam mana nak turun ke bawah, sebab bukit tu agak curam. silap-silap tersungkur dibuatnya. cuma ada satu saja cara, menggelongsor! itulah yang aku cadangkan pada ibun, cikun & kundur. mahu tak mahu, mereka menurut saja. lagi pula, apa lagi cara lain?

jadi aku orang pertama yang perlu panjat pagar. sebab sekitar itu takda lubang pada pagar. 'laluan tikus' belum ada yang memulakannya. sebaik aku, ibun & cikun melepasi pagar, sedang kundur yang berbadan besar itu terkial-kial melepasinya, kami ternampak cahaya daripada lampu suluh. bukan satu tetapi dua. pastinya abang guard sedang buat rondaan. dalam saat cemas itu, kundur melompat terus daripada atas pagar & jatuh berdebup.

takda masa lagi. cahaya lampu suluh semakin hampir. lalu kami menggelongsorkan badan menuruni bukit yang curam itu. mujur juga hujan petang itu menjadikan rumput basah & licin. suuuurrrr....kami menggelonsor empat orang sekali gus. panas jugakla punggung bergeser dengan rumput dan tanah.malah seluar cikun & kundur terkoyak. mungkin sebab jeans mereka nipis atau mungkin jugak punggung mereka tebal.

kemudian kami berjalan masuk ke dorm, seolah-olah takde apa yang berlaku. malam itu kami menceritakan semula aksi stallone dalam filem yang kami tonton kepada penghuni dorm lain yang mendengarnya sambil mulut terlopong. manakala kundur & cikun sedang berkira-kira nak kumpul duit untuk beli sepasang jeans baru.

1 refleksi:

rahimin said...

geliga kunun..nakalnya nko...

sib baik tak trbakar bontot masa gelungsur tu...he he

peminat stallone rupanya...