- bukan lupa tapi tak ingat... -

May 10, 2011

aku ada masalah besar pagi ni.
nak buat online banking.
tak pernah aku lupa username. cuba-cuba, tak lepas.
mungkin password yg salah. cuba-cuba, salah.
sebab aku tak pernah lupa dan tak pernah buat silap, jadi aku rasa aku betul.
tetapi aku silap. sudahnya, akaun aku kena halang.
aku diminta hubungi khidmat pelanggan.
aku ditanya pelbagai soalan untuk pengesahan. macam kena soal siasat s.b.
semuanya aku jawab dengan mudah dan lancar.
pegawai khidmat pelanggan cuba membantu sedaya upaya.
dia suruh aku cuba ingat no. pin yg awal dulu.
aku cuba dan cuba lagi. masih buntu. lupa juga.
macam mana aku boleh lupa ni. tak pernah-pernah aku lupa.
sudahnya demi sekuriti dan menyelesai masalah, mereka batalkan akaun.
dan aku kena daftar semula....
kenapa boleh lupa ni, nak kata dah tua...muda lagi. heh heh

2 refleksi:

rahimin said...

tanda2 tua la tu...jgn mare

Anonymous said...

biase tu. masa kita nk guna, urgent, time tu la lupa...!