- tikus tidak semestinya lebih pandai daripada kucing -

Jun 21, 2011

"kalau audit dpd sirim pun boleh lepas tanpa sebarang nc, so internal audit patutnya no problem la" kataku pada seorang kawan sekerja dengan penuh konfiden.

teorinya itu pada logik akal. congakan yang mudah.

audit iso datang lagi. bukan tak suka tetapi merimaskan.


perkara yg sama diulang-ulang setiap kali pengauditan dijalankan. anehnya, ia dijalankan oleh auditor lantikan yg berlainan. kenapa tidak auditor yg sama. bila tiba giliran auditor yg lain, mereka tengok atau kaji skop yang berbeza. mereka punya pandangan dan tafsiran yg berbeza. walhal standard operasi sama saja, tak de perubahan pun.


sudahnya mereka yg diaudit garu kepala. kenapa dulu sebelum ini sesetengah aspek dikatakan lulus cemerlang tanpa perlu pemerhatian atau tiada ketakakuran, tetapi dicop tidak akur pada giliran pengauditan selepasnya, oleh auditor lain pula. tidak ada ke garis panduan yg seragam. atau auditor nak menunjuk dia lebih pandai daripada auditor sebelumnya. nak tunjuk kuasa.


segala dokumentasi dan prosedur sudah dipatuhi dan diaudit sebelumnya. sudah teruji. bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. tapi bila tiba giliran berikutnya, prosedur dan dokumentasi yg sama juga disemak. dan didapati pula tidak akur.

kenapa ada penanda aras yg berbeza?

kalau auditor sebelumnya terlepas pandang, bukankah auditor itu yg sepatutnya dikenakan sebagai tidak akur?


okeylah. aku faham. auditor dibayar untuk buat kerja mereka. habis tu, kalau sesebuah organisasi itu sudah mematuhi standard iso yg ditetapkan, apakah masih perlu 'dikorek' kelemahannya. atau membangkitkan hal remeh-temeh yg tidak menjejaskan operasi atau tuntutan kerja sedia ada.


bukankah tujuan audit iso untuk memperbaiki, menampung atau menambah baik sistem kerja sedia ada serta mempermudah aliran kerja supaya lebih sistematik. bukannya menambah celaru, menambah lapisan proses kerja menjadi bertindan lapis serta menempelkan kerenah birokrasi.


tujuannya murni tetapi pelaksanaannya dikacaubilaukan oleh auditor yg bagai tikus membaiki labu serta menunjuk pandai....!

2 refleksi:

HappyIrfa said...

audit?emm mmg merimaskan

rahimin said...

kat mana2 pun sama. kesian jgk kt auditor ttp kebanyakannya menyibuk je...tk membantu pun