- cabaran 14 hari . . .2 -

Jun 30, 2011

hah, cabaran 14 hari tu berakhir pagi ini. mula jam 11 malam tadi dah kena puasa.


pagi tadi dah pun pergi buat saringan kesihatan tu.


ujian pertama dah selesai. tekanan darah atau bacaan bhp - normal je.


sampel darah dah diambil utk bacaan glukosa, kolesterol & beberapa lagi yg aku tak berapa ingat bila diterangkan tadi.


resultnya kena tunggu 2 minggu lagi, kata mereka. tapi kalau ikutkan pengalaman tahun-tahun lepas, biasanya sebulan baru dapat tahu.



seperti yg aku nyatakan ini ialah inisiatif kompeni sendiri utk stafnya. memastikan mereka sihat untuk bekerja & menjaga kesihatan mereka sepanjang masa, & gaya hidup & pemakanan sihat. kalau ada masalah, mereka akan bantu dengan program kesihatan susulan dan ubat-ubatan yg mana perlu.



harap-harap semuanya positiflah. walaupun aku sendiri meletakkannya sebagai cabaran, tapi ada ketika-ketikanya aku tersasar dari landasan. termakan jugak sate, termakan jugak mcD, tambah nasi 2 pinggan bila lauk sedap, termakan jugak seafood....walaupun joging buat, skipping buat, angkat dumbbell tiap petang, oat pun makan jugak. masih ada ruang untuk penambahbaikan....

2 refleksi:

HappyIrfa said...

bagus tu..cegah sebelum parah 'peringatan juga utk diri sendiri'.hehe

rahimin said...

bagusla dpt kerja kat kompeni yg prihatin cenggini...