- meminta tidak, diberi pun tidak -

Jun 18, 2011

aku bukan orang hebat. aku orang biasa saja. kalau aku diangkat ke atas sedikit dalam hierarki kelompok manusia atau organisasi pun, aku masih juga orang biasa. kalau aku diberi kepercayaan, aku sedia menggalasnya dengan penuh amanah, semampu yg terdaya akan ku kerjakan.



"kami berpendapat awak masih terlalu muda untuk menyandang jawatan ini. awak ada masa depan yg cerah pada masa depan. kami percaya awak masih berpeluang untuk menyandangnya suatu masa nanti. tapi tidak kali ini..."



aku tak mohon pun. nama aku dicadangkan. disenarai pendekkan. jadi, aku berada dalam senarai yg dipertimbangkan untuk jawatan itu. kalau mereka berasakan tidak layak, sejak awal lagi, mengapa dijemput aku datang.



adakah faktor usia masih menjadi penanda aras? kalau begitu aku harus menunggu 15-20 tahun lagi untuk jadi usia tua atau usia matang untuk melengkapi penanda aras itu. entahkan sampai entahkan tidak.



atau adakah aku dipanggil ini, sekadar memenuhi syarat. maksudnya, perlua ada pencalonan dan temu duga untuk melantik seseorang ke jawatan itu. perlu ada jumlah kuota tertentu, perlu ada proses pemilihan. jika tidak, ianya tidak mengikut prosedur. sebenarnya mereka sudah pun ada calon bayangan atau sudah ada pilihan. proses ini hanyalah sebagai mematuhi prosedur cuma. jika begitulah, alangkah malangnya...

1 refleksi: