- war inseng mate kaji semar nginseng -

Jun 28, 2011

pagi ni keretaku meluncur ke bank. tidak seperti hari-hari lain tetapi rutin yg sama setiap hujung bulan. al-maklumlah nak bayar itu dan ini. sebahagiannya aku gunakan bayaran online. sebahagian lagi guna mesin auto yg disediakan di bank. faham-faham sajalah berurusan dgn bank di kota KL ni. masalah parking tak usah ceritalah. lagi pulak kalau keluar waktu bekerja tak dibenarkan. nak keluar waktu rehat tengah hari, perlu tegocoh-gocoh kesuntukan masa terkadang sangkut dalam kesesakan jalan, nak parkir pun satu lagi halangan besar.


akhirnya perlu ada orang yg beralah. aku salah seorang daripadanya. berurusan waktu awal pagi begini. sebelum masuk ofis, singgah dulu di bank. aku pasti, bukan aku seorang yg bertindak begitu. ramai yg lain jugak.


tetapi apalah malang nasib pagi ini. terlanggar pintu kaca automatik bank. bukan salah pintu itu. aku yg leka mengeluarkan wallet dari kocek. terus meluru masuk. sangkaku pintu kaca itu akan terbuka macam biasa. macam selalu. tetapi tidak kali ini. terus gedegang bahuku terlanggar cermin. mujur tak kuhulurkan kepala dulu. kalau tidak pastinya, benjol di dahi...


itulah dia, kita ini leka dengan kelaziman. atau take for granted sesuatu hal. pintu itu memang terbuka dan tertutup secara automatik. begitulah fungsinya. bila tak berfungsi, beginilah jadinya..


merah padam mukaku. darah pun sedikit menyirap. tapi takkanlah nak ku tendang pulak pintu yg tidak bersalah itu. aku toleh kiri kanan & belakang, manalah tahu ada kelibat yg memandang.

aku menunggu beberapa ketika. pintu masih tidak terbuka. kemudian datang dua tiga orang yang lain. pastinya nak berurusan jugak. mujur juga aku berada di situ menegah mereka melentum pintu seperti yg berlaku pada ku tadi. "pintu rosak...!" aku beri amaran.


tiba-tiba muncul seorang pekerja restoran yg terletak di sebelah bank. "itu pintu rosak atau itu sekuriti lupa mau bukak..." katanya kepada kami. mungkin dia perasan yg sudah banyak orang yg 'terkena' pagi ini. kenapa pulak perlu dikunci, bukankah ini cuma bahagian mesin sahaja, lagipun tertulis servis 24 jam!


lalu kami pun beredar. dengan rasa bengang. ada juga yg merungut. masalah parkir sudah dielakkan. masalah jalan sesak sudah dihindari. tetapi masalah pintu pulak jadi halangan...aduhai!

0 refleksi: