- globe -

Jun 20, 2011

semalam semasa bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah di KL, kami singgah kejap ke sebuah kedai bajet. atau popular juga dikenal sebagai kedai 5 ringgit. sebab kebanyakan barangannya dijual dengan harga rm5 walaupun tidaklah semua berharga rm5. jadi, berhati-hati tengok tanda harga dulu sebelum beli.



erol, eril & erin teruja masuk ke situ. aku pun biarkan sajalah. biarkan mereka pilih apa nak beli. lagipun sekadar rm5, takdelah menjadi hal yg besar...he he.


erin pilih cekak rambut yg ada riben bunga-bunga. eril pilih bekas pensel. tapi erol agak pelik sikit, dia pilih untuk beli sebuah glob.


selepas ke kedai itu, kami terus sambung bersiar-siar, cuci mata dan makan-makan. apa yg aku sedari, erol berkeras nak menjinjing beg plastik berisi glob itu sepanjang masa. walaupun sedikit payah dia nak turun naik escalator.


semasa hendak balik pun, dia tetap pegang beg plastik tu walaupun semua barang lain yg dibeli kami letakkan dalam boot kereta. sebaik saja sampai di rumah dia terus buka plastik dan kotak berisi glob tadi. dibelek-beleknya. dipusing-pusingnya. seakan-akan mencari sesuatu. aku biarkan saja. tak tahu pulak aku mengapa dia begitu berminat dengan glob itu. sesuatu yg jarang menarik perhatian kanak-kanak sepertinya. yg biasanya lebih cenderung memilih barang mainan jika diberi peluang memilih.


sehinggalah erol mendekati aku yg sedang berehat menonton tv.


"papa, kat mana Jepun? erol cari tak jumpa pun...?" erol bertanya sambil memegang glob di tangannya.


"jepun? meh sini papa tunjuk..." okeylah apa gunanya aku belajar geografi sampai U, kalau tak boleh tunjuk di mana letaknya jepun pada glob...ha ha eksen sikit.


puas hati benar terpancar pada wajah erol bila aku tunjukkan di mana letaknya negara Jepun. seakan merungkai misteri yg ada dalam mindanya.


"kenapa erol nak tahu jepun kat mana..." aku cuba merisik persoalan itu.



"kat jepunlah yg ada tsunami tu kan papa, kat berita selalu cakap. tapi erol tak tau jepun tu kat mana..."


oooh begitu rupanya. keinginan mahu tahu yg meluap-luap telah mendorong erol mendapatkan glob itu. nak tahu di mana letaknya negara Jepun. sampai begitu sekali...!


kemudian aku ambik kesempatan itu untuk tunjukkan erol di mana letaknnya malaysia. mekah atau arab saudi tempat neneknya pergi umrah tempoh hari. england, tempat pasukan bola manchester united. team bola yg papanya suka. serta beberapa negara lain.

1 refleksi:

HappyIrfa said...

erol..cerdik budaknya :-)