- tetamu yg tak kunjung tiba -

Oct 27, 2011

semalam cuti umum, hari deepavali. tidaklah merancang untuk 'berjalan jauh'. lagipun cuti cuma sehari je. walaupun eril, erol dan erin cuti sambung sampai sabtu. ekoran cuti ganti yg aku kata tak payah pergi tempoh hari. jangan terkejut kalau aku katakan ada sekolah lain yg cuti seminggu...! (huh...masih tak puas hati...)

selalunya, kalau takde apa nak buat masa cuti singkat begini, pergi merayap ke shopping complex lah, terutama ke KL. tapi malam sebelumnya aku diberitahu oleh wifey, yg kawan lamanya nak datang berkunjung ke rumah. jadi, segala perancangan untuk hari deepavali terpaksa 'dibekukan'.

pagi itu, selepas sarapan di kedai mamak, kami pun ke pasar raya. beli barangan untuk dimasak. maklumlah tetamu istimewa, yg dah lama tak jumpa, datang dari jauh pulak tu. perlulah diraikan. sekurang-kurangnya dengan masakan yg sedikit istimewa. wifey merancang nak masak mee kari. jadi dibelinyalah bahan-bahan yg perlu. sebab katanya kawannya itu nak datang di sebelah petang. kalau tengah hari tentunya kenalah masak menu makan tengah hari. jadi, buat mee kari tu kira sesuai lah untuk makan petang. di samping nugget ayam untuk budak-budak.

tengah hari itu, sebelum masak mee kari, wifey menefon kawannya itu. untuk 'mengesahkan' kedatangannya. kawannya itu cuma menjawab "tak payah lah susah-susah nak siap memasak segala. aku cuma datang nak jumpa kau aje..." begitulah lebih kurang. maknanya sahlah yg dia akan datang.

jadi selepas makan tengah hari. wifey pun mulalah menyediakan mee kari specialnya. sementara itu, aku pulak keluar dengan eril, erol dan erin ke kedai buku. rutin harian kami sebulan sekali. lagipun tak mahu budak-budak tu mengganggu masterchef tengah beraksi di dapur. selain itu singgah juga ke tempat car wash.

pulang dari kedai buku dan cuci kereta, mee kari sudah siap dimasak. waktu itu lebih kurang jam 3 petang. oleh sebab kawannya itu belum datang, kami pun merasmikan dulu. sementara wifey, sibuk mengemop dan mengemas rumah.

dah masuk pukul 4 petang, masih belum datang juga.

pukul 5 petang, belum lagi nampak bayangnya.

tup...tup...kira-kira pukul  5:40, wifey terima sms dari kawannya itu. menyatakan yg dia tak dapat datang 'atas sebab-sebab teknikal yg tak dapat dielakkan'.

kesian wifey. yang begitu teruja sejak malam semalam. bercerita tak putus-putus tentang kawan lamanya itu. dan sepanjang hari beriya-iya menyiapkan masakan dan mengemas rumah. sudahnya, hajat itu tak kesampaian.

tak lama selepas itu, hujan pun turun dengan lebatnya. sehingga ke malam, masih belum berhenti...



3 refleksi:

Irfa said...

kalau saya jadi wifey pun saya kecewa.

tapi think positif 'kawan wifey tu pompuan.dan mgkin hajat dia tak ditunaikan suami.sbb tu x dapta datang'selalu ada kes camni..

huhu

rahimin said...

laaaaa ajak aku lgi elok. eringat mee kari masa pegi raya rumah nko...mmg best, dabomb!!!

bangsawan nilai said...

happyirfa....yep pikir positif je la yek...

min...kalau nko nk dtg anytime bro!