- rumah tak berpagar -

Oct 17, 2011

Aku tinggal di kawasan perumahan yg berkonsepkan mesra tetangga. Jadi rumahnya. Walaupun jenis rumah berangkai atau teres tetapi tidak berpagar. Dulunya ada sekuriti ala gated community. Tapi sekarang cuma tinggal pondok pak guard saja. Ini ekoran daripada pertikaian antara persatuan penduduk dgn pemaju mengenai siapa sepatutnya membayar syarikat keselamatan. Hmmm sudah 5 tahun masih belum selesai. Khabarnya sudah dibawa ke peringkat pihak berwajib.

Oleh sebab tidak berpagar dlm S and P yg ditandatangan ada dinyatakan bahawa pemilik rumah tidak dibenarkan memelihara binatang peliharaan. Kerana dibimbangi mengganggu jiran tetangga. Tetapi tidak dinyatakan pula bagaimana penguatkuasaannya, adakah denda dikenakan kepada yg ingkar.

Masa berlalu. Makin banyak aku tengok kucing berkeliaran. Malah ada yg membela ayam serama, arnab malah anjing. Ada penduduk yg kurang senang akan perkembangan ini telah mengadu kpd pemaju, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Ia menjadi semakin gawat sejak kebelakangan. Kucing yg bertuan tetapi berumah di rumah jiran. Oleh sebab tidak berpagar haiwan peliharaan yg memang tiada akal ini bebas berkeliaran. Merosakkan perhiasan, harta benda dan meninggalkan 'baja' di rumah jiran. Bau busuk reban ayam dan reban arnab juga mengganggu hidung dan pernafasan jiran. Salakan anjing pula menjadi pencemaran bunyi dan menakutkan anak kecil.

Persatuan penduduk ada mengedarkan risalah supaya budaya baru memelihara haiwan ini dihentikan kerana melanggar s and p. Ttp tidak diendahkan. Lagipun persatuan bukan ada kuasa

. Masalah sikap tidak peka dan tidak faham sensitiviti jiran begini sukar diubah. Dalam dunia global dan zaman IT ini masih ramai yg bersikap individualistik. Itu hal haiwan peliharaan belum lagi soal meletak kenderaan, laman yg semak samun, dll
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 refleksi:

Irfa said...

EMM ..UMAH KAT ENSTEK KER NI?
BUAT JE LA PAGAR..DAH RAMAI YG BUAT PAGAR SENDIRI KAN?