- kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang...! -

Nov 26, 2012


"kalah 0-3. tempat sendiri pulak tu. juara bertahan pulak tu....huh malu" kata seorang mamat.
"buang aje coach tu..." tokok seorang lagi
"cuti kawin je la apek. tangkap bola macam tangkap ayam!" seorang lagi perli.

macam biasa, bila kalah macam tu lah.
"alah...manchester united pun kalah, barcelona ada messi pun  kalah..." ada jugak yg mempertahan.
"kalah tak kesah sangat. tapi kalah tak melawan ni...sakit hati" mamat tadi terus tak puas hati.

3 hari lepas pengurus chelsea dipecat. selepas dua kekalahan dan 3 kali seri. pasukannya duduk di kedudukan ke-3 liga.
pasukan bimbingan roberto de matteo ini menjuarai champions league buat julung kali dan juara piala FA england musaim lepas.
cepat benar jasanya dilupakan....!

tahun 2010, pasukan bola malaysia menjuarai piala AFF buat pertama kali. tahun sebelumnya, skuad bimbingan rajagopal juga menggondol pingat emas sukan SEA, selepas berpuluh tahun kempunan. rajagopal disanjung dan dianugerahi gelaran datuk.
pada ketika itu tak siapa menjangka kita akan jadi juara.
tiada harapan tinggi diletakkan.

juara piala AFF 2010

semalam pada edisi piala AFF 2012. pasukan harimau malaya kecundang 3-0 di tangan singapura dlm perlawanan pertamanya.
pada kali ini harapan lebih tinggi. pasukan penyandang juara sepatutnya beraksi bagai juara.
tapi tidak. pasukan ini longlai.
"harimau lembik!" tajuk laporan di berita harian.
mudah benar kita melupakan sanjungan sebelum ini.

lihat saja sekumpulan penyokong di satu bahagian stadium bkt jalil yg tak berhenti bersorak memberi semangat hingga ke wisel penamat. kumpulan ini bergelar ultras malaysia.
respek!

sejak beberapa bulan lalu melalui siri perlawanan persahabatan sudah ternampak, kepincangan pasukan ini. malah hingga perlawanan terakhir sebagai ujian pun masih belum ada tanda-tanda pasukan ini menjadi lebih baik.
tetapi penyokong masih turun beramai-ramai ke stadium.
demi semangat kesukanan. nampaknya, mereka dikecewakan.
kalau kalah 'bermaruah' dan melawan mungkin tidaklah rasa terkilan sangat.
tetapi jika 'diperkucing-kucingkan' tentu sekali timbul marah dan kecewa.
dan sasaran mereka tentunya barisan pemain dan coachnya.

kita tidaklah berharap rajagopal boleh bertahan seperti pengurus manchester united selama lebih 20 tahun. hingga ada tugu untuknya di luar stadium. itu luar biasa.
tetapi biarlah sekurang-kurangnya konsisten tahap pencapaiannya.
kalau kalah pun tidaklah seteruk mana. dan berkali-kali pulak bergelar juara.
tugu SAF di old trafford, man utd
adakah penyakit lama dulu melanda kembali skuad kebangsaan. penyakit besar kepala dan berasa diri sudah umpama seorang 'star'.
membuatkan lupa diri dan tidak lagi berusaha membaiki permainan.
cukup sudah apa yg dicapai. ganjaran dah dapat, piala dah menang, gaji dah cukup besar.

yg jadi mangsanya jugak coach seperti rajagopal. yg sentiasa mempertahankan anak buahnya, menaruh keyakinan pada mereka. tetapi dia jugak dikecewakan.
atau mungkinkah rajagopal sendiri sudah ketandusan idea.
alasan "saya kenal pemain saya", "kita tak kejar ranking", "saya sedang cuba kombinasi terbaik (eksperimen)" setiap kali kalah, sudah tak boleh diguna pakai.
ini pertandingan sebenar. margin kesilapan terlalu kecil.
apatah lagi sebagai menjaga maruah sebagai juara bertahan dan selaku tuan rumah pulak.

apa pun, masa untuk memperbaiki permainan selagi belum berakhir peluang masih ada...harus diambil.
kalau kalah sekalipun biarlah secara bermaruah!
orang kita ni, bila menang puji, kalah dikeji....
itu kan lumrah.
harimau malaya perlu bangkit. mengaum. tunjukkan kuku dan taring...!
kalau tak, tak perlulah mengecewakan kami ni sebagai penyokong.
bagi peluang pada yg lain. masih ramai yg mahu memikul tugasan itu.




4 refleksi:

Irfa said...

terasa lak..hehe

biasalah..kalau mulut tempayan boleh la tutup..mulut org ni susah.dah jadu mayat baru diam ;)

Anonymous said...

ya agreed.
bukan kalah yg dipersoalkan tapi cara kekalahan tu. tak melawan. menyakitkan hati, kecewa!

rahimin said...

nampaknya spt kata awak sindrom besar kepala dan 'akulah star' sudah mula melanda team harimau malaya...setuju sekali!

fazerilnazwan said...

sepatutnya pemain yg sudah lama bermain sbg sebuah pasukan akan semakin mantap dan baik (cth spain,barca) tp team malaysia semakin merosot. kenapa?