- ke mana perginya bonus kita ya? -

Dec 24, 2012


yessss...!!
hujung tahun dapat bonus.
kita pun berkira-kira nak beli kemeja atau t-shirt baru, sehelai dua.
mungkin boleh tukar sport rim kereta.
tukar spek itam branded ganti yg beli kat pasar malam punya.

ambik cuti untuk holiday hujung tahun, santai kat hotel atau bercanda tepi pantai.
atau tambah koleksi tudung fareeda. takkan asyik pakai tudung bawal je...
mungkin boleh beli online baju peplum 3 atau 4 pasang, kaler lain-lain.

tapi...
itu semua mungkin patut disimpan dalam hati atau telan air liur aje.
masa hujung tahun jugak lah kena fikirkan pasal anak yg nak kembali ke sekolah.
dah namanya ibu bapak kan, kenalah korban untuk anak-anak.
ingat tak dulu bagaimana kita mintak itu dan ini dengan mak bapak kita?

lagipun bonus tu untuk bantu kita berbelanja. ringankan beban.
bukan joli sana sini.
kena lah berbelanja ikut kemampuan dan keperluan
tak kiralah bagi yg keje gomen atau kerja swasta.
itu nasib baik dapat bonus, kalau tak, migrain lah jawabnya.

dan kita akan sedar bahawa anak-anak kita dah makin membesar bila mereka mula dah pandai memilih, merajuk atau buat muka muncung.
kalau dulu diorang pakai aje apa yg kita beli.
sekarang tak. diorang dah ada 'citarasa' sendiri.

erol dan eril dah tak nak pakai beg Ben 10, power rangers, upin ipin atau seumpamanya.
erin dah tak mau pakai beg warna pink ada gambar barbie.
mereka cakap, tu beg budak-budak!
habis, engkorang tu bukan budak-budak?

jadi, hujung minggu dihabiskan dengan agenda back to school.
... dan bonus mengalir keluar macam air.
kasut 2 pasang sorang, kali 3, enam pasang.
baju dan seluar sekolah, 2 pasang, kali dengan 3?
sekolah agama lagi... baju melayu, baju kurung, tudung, stokin....

angan-angan nak tukar sport rim kereta, nak berfamili holiday, nak tambah koleksi tudung mahal, semua kena tangguh dulu. ya, tak...


kasut aje dah berkotak-kotak

hah ambik kau, satu troli!

tak main dah beg barbie, ben 10, swan, power rangers, upin ipin...

3 refleksi:

Irfa said...

oklah..ko ada jugak bonus.aku?non ado.so dgn gaji itu lah nak beli kelenkapan anak skolah..so beli yg mana takde je.kalau masih elok,pakai je dulu yg mana boleh pakai.

bangsawan nilai said...

masalahnya irfa semua kena tukar. cuti panjang ni size semua dah lari esp seluar

rahimin said...

adehhhh kopak!