bukan kerana nama

Mar 3, 2009

TS seorg editor. lumrahnya ibarat bekerja di balik tabir. editor biasanya tk dikenali. tk da nama dicatat pd buku yg terbit. dlm bnyk anugerah buku pun yg menang adalah buku terbaik atau penulis terbaik...bukan editor buku. malah takda pun sebarang anugerah utk editor terbaik. kalau ada pun hadiah sampingan aje.
TS tak kesah sgt pun. TS bekerja bukan kerana nama. kalau penulis buku ucap terima kasih pun, TS bersyukur krn dihargai. kalau tdk pun tk mengapa. dah memang tugas TS. mungkin ramai yg anggap tugas editor, tk lah penting sgt. tak da pun tak pa. buku boleh terbit jugak. asalkan kita sbg editor tahu yg tugas kita penting sudahla. apa sj yg dibuat, buat yg terbaik. nescaya hasilnya adalah yg terbaik jugak. pedulilah kalau tkda org nak puji. jgn dpt keji tu maknanya kerja kita elokla.
sama jugaklah dgn tulis blog ni. TS tak kesah sgt kalau tk ramai pengunjung yg dtg. atau tk bagi komen. mungkin sbb dh bertahun- tahun jadi editor, mempengaruhi sikap begitu. TS menulis bukan krn nama atau utk dikenal. cukup sekadar nk luah perasaan. nyatakan ekspresi apa yg TS lihat & rasakan tentang persekitaran. berkaitan org sekeliling. nak luah secara berdepan nanti gaduh pulak. cerita tentang pengalaman lalu. sekadar suka-suka. bila kelapangan atau nak lepas tension. sesetengah tulisan agak peribadi. TS pun tk pernah promo blog ni pd ramai org. kalau ada sedara-mara atau kawan2 yg sudi dtg jengok...silakanlah. kalau tk da tk mengapa. bukankah semua itu sifatnya blog?
kalau nk popular atau nk ramai pengunjung atau trafik tak putus-putus...tulis saja blog politik, blog hiburan atau blog lucah. gerenti ramai yg bertenggek kat situ.
itula komen TS pd seorg rakan yg berjinak-jinak dlm penulisan blog. dia mengeluh krn blognya tk ramai yg lawat & tkda yg tinggalkan komen utk artikel yg disiarnya.

1 refleksi:

editor kampung said...

tak makan dek puji, tak mati dek keji...itula editor yg baik