kelab suri rumah

Mar 1, 2009


di kawasan perumahan TS ada satu grup wanita yg sering berkumpul pd waktu ptg di pdg permainan berdepan dgn rumah TS. TS gelar kumpulan tu sbg 'kelab suri rumah'. sbb yg berkumpul tu dpd kalangan yg sama setiap hari. dan mrk itu pulak adalah suri rumah.
jadi saban ptg akan berkumpul di satu bangku di tepi pdg permainan. pd waktu ptg jugaklah ramai yg pulang dr pejbt/sekolah atau ambik anak di taska berhampiran. pendeknya waktu sibuk di sebelah ptg. kelab ini biasanya 'bersidang' hampir setiap hari kecuali hari hujan. TS kerap memerhati gelagat ahli kelab ini. apakah yg dibualkan agaknya? tak lainlah kalau tdk bergosip/mengumpat. setiap kali ada wanita yg balik kerja mrk akan memerhati sambil mulut rancak (siap dgn muncung sekali) berckp sesuatu. TS perhati ada wajah cemburu setiap kali yg lalu lalang itu wanita bekerjaya yg pulang dr kerja. pendeknya ahli kelab itu tak berapa ngam dgn kumpulan wanita berkerjaya. kononnya mungkin mrk bukan ahli kelab, & sering pulak dianggap sombong krn tak join kelab mrk itu.
walhal mrk sendiri tdk sedar bhw mrklah yg mencipta jurang antara suri rumah dgn wanita bekerja. mrk bergaul dgn kelompok sendiri. kononnya mrk lebih baik krn bercampur dgn masyarakat sdgkan kumpulan yg lain sibuk dgn hal masing2 shj. atau individualistik - cop ahli kelab itu.
dgn lagak yg serabut, berpakaian selekeh & mata yg liar memandang setiap kali melihat kenderaan lalu lalang terutama kump. wanita/ibu bekerjaya, sebenarnya mrk mencipta persepsi sendiri. takkanlah nak disamakan suri rumah dgn isteri yg bekerjaya yg ruang waktu terbatas. bila pulang ke rumah dah lewat petang. nak melayan suami & anak2 (termasuk anak kecil), mengemas rumah & memasak lagi. sdgkan si suri rumah, sepanjang hari boleh membuat pelbagai kerja.
yg hodohnya, kelab suri rumah itu bersidang hingga lewat petang, lebih tepat lagi hingga azan maghrib berkumandang, barulah persidangan bersurai. tdkkah para suami mrk menegur atau mrk pun merestui isteri mrk sbg ahli kelab suri rumah itu? atau kelab suri rumah itu amat berpengaruh hingga suami mrk tk berani membantah? lihat shj foto yg TS ambik tu. lampu jln dah terpasang - maknanya dah lewat ptg - ttp ahli kelab tsbt masih rancak berbual/bergosip....

0 refleksi: