kisah jiran...1

Mar 27, 2009

jiran TS ni pasangan muda. ada anak 3. semuanya lelaki antara 3 tahun-darjah 2. si A bekerja sbg pengurus cawangan sebuah restoran makanan segera, di klia. isterinya si N, suri rumah sepenuh masa. mrk tinggal di sini sbg penyewa. bagi pandangan TS mrk keluarga sederhana, ada kereta & kelengkapan rumah semuanya lengkap. hubungan kami agak baik. TS & A akan berbual bila ada masa terluang atau terserempak. sbb si A kerja syif. ada kala kami tak bertembung sampai seminggu. maklumla TS kerja pejabat. jauh pulak tu keluar subuh balik maghrib. begitu jugak wife TS dgn N. kalau hujung minggu atau petang selalu berbual/bergosip di laman rumah. sementelah rumah kami tak berpagar.
si A selalu bwk balik brg mainan promosi tempat kerjanya utk beri pd anak2 TS. kadang2 dia bagi baucer pd TS pun. oklah jgak, jimat bajet. dlm TS pun kadang2 kalau beli jajan utk anak2 akan beli lebih sbb nak bagi pd anak jiran tu. pendeknya takda masalah langsung dgn mrk.
utk tambah pendptn keluarganya, N si isteri menawarkan utk jadi pengasuh anak2 TS. sebelum ni anak2 TS dihantar ke nursery berhampiran. disbbkan nak bantu jiran selain mudah (sebelah rumah je) & anak2 TS pun dah biasa dgn keluarga mrk maka TS & wife pun setuju.
sayangnya panas tk sampai ke petang. semuanya gara2 bila A, si suami berpindah kerja dgn kompeni lain. ditawarkan gaji lumayan. (katanya...) sbg pengurus wilayah. maka si isteri pun 'mewawarkan' ke seluruh kwsn kejiranan yg suaminya kini berpangkat besar & bergaji besar. bila TS atau wife terlewat sedikit ambil2 anak2 bila balik kerja, si N menarik muka masam. pernah 2 kali sabtu (bukan hari kerja) ttp kedua2 kami terpaksa menghadiri seminar atau kursus, si N enggan menjaga anak2 kami. alasannya, sabtu hari rehatnya. kami sudah mula tawar hati. terpaksalah anak2 kami tinggalkan ke rumah mak lang mrk. kejadian2 itu mula membuatkan kami tawar hati. hubungan jiran juga sedikit tergugat.
nak dijadikan cerita, suatu hari erol demam. TS tergerak utk bertanya, di mana dia tidur. Jawab erol "atas lantai simen, bantal pun kongsi dgn erol". alangkah terkejutnya TS & wife. maknanya dpd tempoh mrk dihantar ke rumah jiran (kira2 7 bln sebelum itu) mrk adik2 beradik tidur atas lantai & berkongsi bantal. manakala anak2 jiran kami tidur atas katil dlm bilik. kalau takda tilam nipis atau toto kami boleh berikan. kesian budak2. demam2 pun tidur atas lantai. itupun anak2 kami tak pernah bercerita sebelum ini. malah kami jugak tk pernah bertanyakan mrk. alangkah sedih mengenang 'layanan' jiran itu. sejk hari tu wife hantar anak2 berserta toto...sbg sindiran.
nak hentikan menghantar, takut nanti bermasam muka. bergaduh pun mungkin. jadi kami ambik keputusan bertahan sampai hujung tahun. kemudian akan hantar semula ke nursery. senang. biarlah mahal sikit. biarlah jauh sikit. asal hati tak sakit & tak bermasam muka dgn sesiapa.
ada peristiwa lain lagi yg mendorong keputusan sebegitu. bagi kami, si N tdk ikhlas menjaga anak2 kami. dia hanya pentingkan duit shj. cthnya TS akan ambik cuti panjang semasa cuti sekolah dan bulan puasa (selain nak habiskan cuti tahunan). dlm tempoh tu biasanya anak2 tk dihantar ke rumahnya. ttp dia tetap ambik bayaran penuh jugak!
sejak kami tk menghantar anak2 ke rumah mrk, mrk terutama si N cuba mengelakkan diri dpd bertembung. malah dia dgn wife TS tk lagi bertegur sapa. sementara hubungan TS dgn A jugak dingin & tk se'mesra' dulu. dlm waktu sama ada jiran lain yg hantar anak mrk ke rumah jiran tu. tapi ada jugak yg hantar pd sabtu & ahad. boleh pulak?
pd raya lepas, mrk adakan rumah terbuka. dia jemput semua jiran lain kecuali TS & keluarga yg bersebelahan sj. tapi bila kami mengadakan rumah terbuka, kami jemput semua termasuklah mrk. si A tk dtg "ada hal.." katanya. manakala si N dtg pd waktu mlm slps hampir semua tetamu dh balik. sewaktu dtg si N menjelaskan "dia bukan buat rumah terbuka, ttp jiran dtg beramai2 tak bagi tau..." sbg alasan tak menjemput kami.
wbp pd hujung thn lepas, si A dilihat membuka gerai nasi lemak berhampiran rumah. pernah TS bertanya "cuti ke?". "cuti panjang..." jwbnya ringkas. terdetik dlm hati, hai...baru naik pangkat & kerja tempat baru dah boleh cuti panjang. selepas tu, dia bukak pulak gerai jual sate berhampiran rumah jugak pada waktu mlm. waktu siang hanya duduk di rumah. risik punya risik dpd jiran lain terbongkarla rahsia. bhw si A dipecat & diberhentikan krn menggelapkan duit syarikat kira2 rm20 ribu lebih!
bila dah tk bekerja, maka pendapatan pun merudum. beberapa bulan selepas tu si A menjual keretanya...dan beli sebuah kereta buruk. ttp tak lama slps tu, kereta buruk itupun dijual jugak. sekarang dia pakai motor. ttp selepas tu TS dpt tahu dpd jiran, motor tu jugak dipinjam dpd seorg jiran lain yg baik hati.
pd hujung thn lepas mrk pindah dpd rumah tersebut. ttp menyewa tk jauh dpd kwsn kejiranan yg sama. khabarnya tuan rumah sewa asal, terpaksa menjual rumah tsbt krn bayaran sewanya yg tertunggak beberapa bulan.
kini, dikatakan si A bekerja semula dgn sebuah restoran makanan segera sbg pengurus cawangan. slps hampir setahun menganggur. si N pulak masih menjaga anak orang utk pendapatan tambahan. kami sudah jarang terserempak apalagi berjumpa.
hidup ini ibarat roda & buatlah apa saja perkara/kerja dgn ikhlas...

0 refleksi: