menyimpul ikatan

Mar 12, 2009

ahad lepas dgn daya usaha acik, kami sekeluarga berkumpul di rumah tinggalan arwah abah & mak (kini didiami kak lang & atih). bacaan yasin & tahlil dijadikan asbab utk mengikat silatulrahim. semuanya hadir, dpd along sekeluarga hinggalah adik sekeluarga. kecuali andak yg tk berapa sihat mewakilkan anak & isterinya. acik memimpin bacaan yasin manakala angah membacakan tahlil. maka riuh rendahlah rumah kampung itu. lama dah tak berkumpul sekali gus. hatta pd raya pun tk dpt bersama krn 'giliran' balik kampung pasangan masing2. selepas persidangan ringkas & persetujuan sebulat suara: termeterailah 2 resolusi utama dicapai...1. bacaan yasin & tahlil pd minggu pertama setiap bulan. 2.tabung kebajikan keluarga dilancarkan!
spt biasa, acara makan2 menjadi agenda kemuncak. olh sbb ramai, dah jadi mcm kenduri la pulak. seperkara yg pasti, ini menimbulkan kesedaran betapa selama ini kami sekeluarga semakin renggang & jauh. masing2 sibuk dgn tugas & menguruskan anak2. hinggakan nak berkunjung ke rumah kampung itupun kerap dikesamping. harapan agar ianya berterusan & tdk hanya panas di tgh hari. kalau ramai hari ni, maka ramailah esok lusa. siapa lg yg nak kita tuju tatkala susah senang kalau tak adik-beradik atau sedara mara. dgn itu ikatan yg semakin longgar dpt disimpul ikatannya.

0 refleksi: