angin lintang?

Mar 13, 2009

TS pernah ternampak papan tanda "Awas! Pandu Perlahan, Kawasan Angin Lintang" .kalau tk silap semasa memandu highway ke selatan melalui seremban-air keroh. kita boleh tau laju angin di situ dgn tengok alat yg kelihatan spt. tangguk/penangkap rama2 berwarna kuning yg terdpt di tepi highway tu(kalau ada gambar kan senang nk bagi gambaran tepat...). di kawasan beramaran spt itu kita perlu memperlahan kenderaan atau menggunakan gear rendah.

ttp semlm semasa memandu pulang dr kerja, cuaca agak mendung nak hujan. selepas aje susur Bangi, hujan mula turun dgn lebat diiringi angin kencang. pemandu di depan memperlahan kereta. bukan sj sbb hujan yg lebat mengganggu jarak penglihatan tp sbb angin kencang yg melintangi laluan lebuh raya itu. dari arah sisi kereta. angin kencang membwk bersama sampah-sarap, daun2 & ranting kayu berterbangan. TS terasa kereta yg dipandu kurang stabil & sedikit bergoyang. dlm masa yg sama ternampak kereta di depan jugak kelihatan tdk stabil & meluncur sedikit terhuyung-hayang. tindakan serta-merta ialah memandu perlahan sambil memegang kuat stereng. mujurlah kejadian itu tk sampai seminit. ttp agak menggentarkan.

adakah itu kejadian angin lintang? rasanya bukan sbb sejak bertahun2 TS melalui jln yg sama setiap hari pergi & balik kerja tk pernah pulak melalui kejadian spt itu. lagipun tkda papan tanda amaran di situ. tp ia pengalaman yg agak mencemaskan. mengingatkan bhw semasa memandu kita sentiasa terdedah pd bahaya & perlu bersedia utk sebarang kemungkinan...

0 refleksi: