kita kerja untuk meeting!

Feb 25, 2010

aku menghadiri meeting semalam. bukan satu, bukan dua, tapi 3!
meeting pertama bermula jam 9:30 pagi & hanya berakhir hampir jam 1:00 tgh hari.
meeting berikutnya, meeting pendek.
petangnya ada satu lagi meeting. dalam meeting tu ditetapkan tarikh meeting susulan.
sepanjang hari semalam aku langsung tidak menjalankan tugasan harian yg berlambak, berlonggok, tertunda & tertangguh.
hari ni, aku perlu menghadiri 2 lagi meeting.
aku tahu meeting adalah sebahagian daripada tugas. tapi kalau meeting hingga mengganggu perancangan kerja & jadual kerja, pastinya aku sendiri yang menanggung bebannya.
kerana akhirnya prestasi kerja dinilai berdasarkan output & pencapaian kerja,
bukannya berapa kali hadiri meeting atau sumbangan idea dalam meeting!
patutnya jumlah jam atau berapa kali meeting turut diambil kira dlm k.p.i!
aku akan cadangkan kepada yb. koh tsu kon...

*****
malam tadi semasa berehat tengok tv, eril menghulurkan sekeping surat, "cikgu bagi.." , katanya.
bila aku baca ianya tentang meeting PIBG yg akan diadakan minggu depan.
meeting lagi...

Bayangan gurauan

Feb 24, 2010

dah seminggu kamel demam. kengkadang dia meracau. ke klinik sudah, ubat pun dah ditelannya. demamnya masih belum kebah. adakala dia kepanasan. ada ketika dia menggigil kesejukan. kata makcik limah, itu mungkin 'demam kura'. lalu dipanggil dukun salim. manalah tau, mungkin ubat tradisonal atau jampi serapah boleh membantu. selepas 3 malam berturut-turut mengubatnya, dukun salim mengesahkan yang kamel 'diganggu'. itupun selepas dia 'menyoal siasat' kamel untuk flashback, kejadian lebih 2 minggu dulu sebelum dia jatuh demam.

***
malam minggu itu 4 sekawan lepak di kedai salima tomyam sambil minum & borak kosong. lagipun kamel & isyam nak jumpa alim & afiq yang balik kampung habiskan cuti semester. sebab dah lama tak jumpa, macam-macam topik yg dibualkan. daripada cerita di kampus, cerita bola hinggalah cerita hantu.

antara gurauan alim pada kamel "kalau aku mati, jadik hantu, aku carik kau dulu. boleh buat kawan..." lalu mereka berempat pun ketawa beramai-ramai. tak sangka pulak gurauan itu kemudiannya kembali menghantui mereka terutama kamel.

***

pagi esoknya, kamel, isyam & afiq menerima berita sedih. alim terlibat dalam kemalangan. ketika menunggang motosikalnya untuk ke kedai runcit di hujung kampung, dia berlanggar dengan sebuah lori ikan. lori ikan itu memang setiap pagi masuk kampung menjual ikan kepada orang kampung itu. alim cedera parah & meninggal dunia di tempat kejadian. kemalangan ngeri itu, meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan & penduuduk kampung. khabarnya sebelah mata kirinya terkeluar. puas keluarga & orang kampung mencarinya di sekitar tempat kejadian, tetapi tidak ditemui. sehinggalah alim dikebumikan tanpa sebelah matanya.

***

sejak seminggu selepas kejadian, mula terdengar pelbagai cerita yg menyeramkan penduduk kampung. ada beberapa orang kampung yg melalui jalan tempat kemalangan berlaku, ternampak & terserempak kelibat seakan-akan alim. kelibat itu dikatakan terbongkok-bongkok di situ seakan-akan mencari sesuatu yg hilang. bila didekati ternyata ia menyerupai arwah alim dengan sebelah matanya takde! kemungkinan dia sedang mencari matanya yg hilang!

cerita itu tersebar luas. malah ada yang menokok tambah bahawa alim kini sudah menjadi hantu yg berkeliaran mencari mangsa untuk menjadi 'kawannya'. cerita itu sampai ke pengetahuan kamel, isyam & afiq. apa lagilah kamel yg kembali teringat kata-kata gurauan alim yg nampaknya menjadi kenyataan.

"kalau aku mati dulu, jadik hantu, aku cari kau dulu, boleh buat kawan...". sejak itulah juga, kamel mula diserang demam. sebenarnya dia ketakutan untuk keluar rumah. manalah tahu hantu kawan baiknya alim datang mencarinya.

khabarnya juga, penjual ikan yg memandu lori melanggar alim itu, kini dikatakan menjadi sasau & separuh gila. gara-gara diganggu oleh hantu alim. kejadian gangguan juga semakin menjdai-jadi hingga menimbulkan kebimbangan penduduk kampung

***
walau bagaimanapun berkat kerjasama orang kampung yg mengadakan doa selamat & sembahyang hajat beramai-ramai, beberapa bulan kemudian, gangguan itu akhirnya lenyap.

+++


ini merupakan kisah benar yg diceritakan oleh kawan baikku semasa di kampus dulu, afiq. walau bagaimanapun nama watak cerita ini bukanlah nama sebenar.

teknologi, elektrik dan manusia


sebahagian besar penggunaan teknologi masih bergantung pada bekalan tenaga. terutama tenaga elektrik yang menjanakan kuasa. kalau tenaga elektrik tak dapat dibekalkan, peralatan berteknologi itu tak dapat berfungsi atau digunakan. pendeknya, kerja tak dapat dijalankan dengan sempurna.
lebih memburukkan keadaan, peralatan sekuriti juga kebanyakannya menggunakan punca tenaga terutama elektrik. kalau pengaliran elektrik tergendala, terputus atau diputuskan, bermakna pengawasan sekuriti juga turut terjejas.
jadi bila datang pagi-pagi ke tempat kerja, kita dapati pintu masuk automatik pejabat yg bersekuriti tinggi yg bergantung fungsinya pada tenaga elektrik, didapati tidak berkunci, tentunya ada sesuatu yang tak kena…atau kelemahan pemantauan sekuriti yang perlu diperbetulkan. sepatutnya tiada kompromi dalam hal sekuriti.
kita juga tak dapat daftar masuk kedatangan secara online kerana sistem komputer & internet tidak berfungsi seperti lazimnya. sistem manual sebelum ini, sudah dimansuhkan sama sekali.
jadi secanggih mana pun teknologi yang digunakan, perlulah ada alternatif atau pelan kontijensi. sekurang-kurangnya sistem sandaran (back-up). kalau tidak, beginilah yang terjadi di ofis aku pagi ini…
salah siapa?
pastinya tidak ada siapa yg akan mengaku bertanggungjawab.
“dah elektrik takde, nak buat macam mana…” itu saja jawapan paling baik!
mudah bukan? andai berlaku perkara tak diingini, salahkan & hukum saja si elektrik!

man utd 3 - west ham 0


Wayne Rooney produced another match-winning performance for Manchester United as he took his tally for the season to 27 by bagging a double against West Ham.
soccernet.com

Jejak kasih

Feb 23, 2010

aku sedikit terpinga-pinga bila namaku diseru seseorang dekat pintu masuk sebuah pasar raya. ada ramai orang yg berjalan masuk. seorang pun tidak ku kenal. di celah-celah kesibukan orang ramai itu muncul seorang lelaki berbaju merah, menuju ke arahku. agak sebaya denganku. aku sama sekali tidak mengenalinya. malah dia sendiri kelihatan teragak-agak. tampak ada keraguan pada wajahnya.

"ini *******kan?" tegurnya masih dengan wajah tanda tanya.
"ya, saya..." jawabku, sambil menghulur tangan berjabat salam dengannya.

dia pun memperkenalkan dirinya. memang mengejutkan bagaimana seorang kawan sekolah yg sudah terpisah hampir 20 tahun masih mengenaliku. walhal aku berkali-kali cuba mengingat kembali detik-detik kami sebagai kawan. ikhlasnya aku langsung tak ingat.

aku menariknya ke satu sudut. kami berbual & bertanya khabar berita. lagi pula dia datang bersama famili sedangkan aku seorang saja. perbualan pendek mungkin itu saja yang boleh kami lakukan waktu itu. untuk berbual mesra lebih panjang, mungkin lain kali. pada pertemuan yang mungkin di atur kemudian.

daripada perbualan ringkas itu, K mengatakan kami pernah sekelas sewaktu sekolah menengah dulu. tak pulak ku tanya di tingkatan berapa. sekolah kami besar, ada banyak kelas. saban tahun bila naik tingkatan, pelajar dalam kelas bertukar ganti bergantung pada pencapaian dalam ujian akhir tahun atau keputusan peperiksaan utama.

selepas habis sekolah, dia menyertai angkatan tentera. sebelum tamat perkhidmatan, dia berhenti kerja. sekarang ini dia bekerja sendiri. berniaga katanya di senawang. tidak pula kutanyakan berniaga apa...
pertemuan kira-kira 10 minit itu diakhiri dengan bertukar-tukar nombor telefon. mungkin di lain kesempatan bolehlah berjumpa lagi.

*******
tengah hari semalam sewaktu makan dengan seorang rakan sekerja. aku bangkitkan persoalan padanya.

"macam mana kawan lama yg tak pernah jumpa bertahun-tahun lepas sejak sekolah dulu, boleh kenal aku. walhal aku langsung blur siapa dia?" tanyaku.
"sama ada kau dulu popular kerana baik atau terkenal kerana nakal..." jawabnya penuh makna.

aku sendiri tak pasti jawapan mana yg betul.

dunia kanak-kanak




Faris

Feb 22, 2010

dia adalah anak buahku. anak kepada atih. anak tunggal. faris masih kecik lagi sewaktu ayahnya meninggal dunia akibat strok dalam usia muda. atas permintaan atih, aku yg ketika tu masih bujang, diminta tinggal bersamanya.

oleh sebab ketiadaan ayahnya, akulah tempat faris menumpang kasih. dia sangat rapat dengan aku. kira-kira setahun setengah aku tinggal bersama mereka di KL. faris sudah ku anggap macam anakku sendiri. kadang-kadang atih menegurku kerana terlalu manjakan faris.

kemudian aku berkahwin & berpindah rumah. jarak & masa menjadi kekangan. sungguhpun setiap kali, kalau ada kelapangan aku akan menjenguk faris ataupun setidak-tidaknya menelefon bertanyakan khabarnya. tapi semakin hari, tumpuan aku pada faris semakin berkurangan. kami kembali rapat bila atih buat keputusan untuk bersara awal & berhijrah ke kampung. jarak mendekatkan kami semula.

beberapa tahun kebelakangan aku sibuk menguruskan anak-anak & keluarga sendiri. aku sedari yg hubungan kami semakin renggang. aku semakin jarang meluangkan masa bersama faris. faris juga sudah meningkat remaja.

beberapa hari lepas aku dapat tahu daripada atih, yg faris akan berpindah sekolah ke KL semula. aku agak terkejut. tetapi faris sudah buat keputusan untuk hidup berdikari. dia sudah besar sekarang.

mungkinkah faris berkecil hati terhadapku kerana aku mengabaikannya?
adakah aku bersalah kerana semakin kurang meluangkan waktu bersama faris?
adakah aku lebih mementingkan anak-anakku, sedangkan faris lebih dulu hadir dalam hidupku?
aku yg dulunya tempat faris menumpang kasih, tidak lagi boleh diharapkan sebegitu?

aku berasa bersalah & terkilan kerana dikuasai kealpaan yg faris suatu ketika dulu seorang yg amat aku sayang, seorang yg aku manjakan, seorang yg menganggap aku sebagai ganti ayahnya, seorang yg tidak pernah kenal kasih sayang ayahnya.

tak sedar, aku menangis mengenangkan faris...

Kebetulan atau disengajakan?

Feb 21, 2010

beberapa bulan dulu aku beli dvd koleksi video lagu michael jackson. aku bukanlah peminat tegar MJ. tapi aku membesar dengan lagu-lagu hitnya. lagipun sengaja simpan untuk mengenang king of pop tu yg baru saja meninggal dunia. dvd tu bukanlah aku beli di gerai kaki lima, cetak rompak atau pasar malam. aku beli di kedai menjual yang sah malah juga merupakan antara rangkaian kedai yg terbesar & terkenal di negara ini. dvd original yg masih berbalut kemas. cuma silapnya, aku tidak mencubanyanya di kedai itu terlebih dulu. fikirku kedai yg prominen seperti itu, tentu barangannya terjamin baik kualitinya. malangnya bila dibuka pembalut & kotak dvd itu sepulangnya di rumah, didapati kosong. takkanlah takde pengawalan kualiti. atau sengaja bersikap tidak bertanggungjawab & mengambil kesempatan ke atas pengguna. kalau pembalut & kotak sudah dibuka, bagaimana kita nak menuntutnya semula? tentu saja akan timbul kecurigaan kepada sesiapa saja. dan pastinya tiada bukti bahawa dvd itu benar-benar kosong. makanya rugilah rm39.90 yg aku keluarkan untuk membelinya. fikirku mungkin aku tidak bernasib baik, kesilapan mesin atau manusia, yg tercicir 1 kotak dvd utk dimasukkan ke tempat sepetutnya.

kejadian yg sama rupa-rupanya berulang lagi. tengah hari tadi aku ke pasar raya untuk beli barang keperluan harian. antara yg dibeli ialah ubat nyamuk yg diperbuat daripada gel yg dipanaskan menggunakan kuasa elektrik atau ringkasnya ubat nyamuk elektrik. oleh sebab berpuas hati dengan keberkesanannya sebelum ini, aku pun belikan ganti yg aku gunakan sebelum ini sudah habis digunakan. ubat nyamuk ini daripada jenama yg terkenal. ia dipakej dengan kemas. sebelah malamnya aku buka kotaknya untuk menggantikan yg lama. sebaik kotak dibuka, didapati kosong. harganya tidaklah mahal cuma rm4.90 saja. tetapi tentunya sebagai pengguna kita rasa tertipu. membeli barangan yg tidak wujud. sekali lagi siapakah yg akan percaya jika kita mengadu mengatakan gel ubat nyamuk itu tidak ada dalam kotak yang baru dibuka?
sama ada kebetulan, nasib kurang baik atau penipuan yang disengajakan?

everton 3 - man utd 1

Feb 20, 2010



man utd memang tidak bermain dgn baik. takde alasan lain

soccernet.com

Silap hari, salah bulan

Feb 19, 2010

setahu aku, malam tadi, atau lebih tepat dinihari tadi, takde live bola.
man utd dah menang dengan milan rabu lepas. arsenal semalam dah kena tibai dengan porto. chelsea main minggu depan. liverpool dah lama out.
kalau telefon aku berbunyi seawal subuh ni, biasanya penyokong tegar pasukan bola lah biasanya. tak lain daripada provokasi.
aku baru je nak masuk bilik air. mata pun masih separuh terbuka.
perluke aku buka pesanan ringkas yang dihantar? manalah tahu kalau ada kecemasan ke. tapi kalau kecemasan tentu diorang telefon. setakat sms, tak cemasla tu...
perasaan aku berbolak balik.
fikirku lebih baik mandi & solat subuh dulu, yg lebih afdal.
tapi rasa curiga mengatasi yg semuanya.
lalu aku pun dapatkan hp, buka sms & baca...
pesanan ringkas itu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. memecah keheningan dinihari yang dingin & sunyi. sekali gus mengejutkan wifey yg ketika tu sedang nyenyak tidur.
"apa hal ni...?" katanya dengan wajah penuh 1001 tanda tanya.
"takde ape..." jawabku masih menahan kelucuan. wifey tarik selimut semula.

***
***
pesanan ringkas tu dpd kawan lamaku Lan yg kini mengajar di melaka. yg buatkan aku ketawa macam orang mabuk pagi-pagi buta sebab dia ucapkan "happy birthday' padaku. mungkin dia ingat hari jadiku 18 februari. sedangkan hari jadiku 18 januari.
"kau lewat 1 bln la Lan" aku balas smsnya.

Bibir mesra jiwa parah

Feb 18, 2010

pagi tadi aku terdengar lagu ni diputarkan di radio semasa aku memandu.
segera aku teringatkan akan peristiwa beberapa tahun dulu.

malam tu adalah annual dinner syarikat tempat kerja lamaku. sehabis dinner dan persembahan nyanyian artis jemputan (seorang daripadanya, ziana zain) diadakan game sementara menunggu acara kemuncak iaitu cabutan bertuah.

game yang dimainkan ialah 'kotak beracun'. caranya, sebuah kotak berisi kertas bergulung yang tertulis denda kepada sesiapa yang terakhir sekali memegang kotak apabila muzik yang dimainkan terhenti. setiap peserta perlu membuat bulatan besar. kotak itu perlu diberikan kepada rakan di sbelah dan seterusnya dalam satu pusingan. nasibku kurang baik, muzik terhenti sebaik saja 'kotak beracun' sampai pada giliranku. aku didenda supaya menyanyikan sebuah lagu pop yeh yeh 60-an. aku tahu beberapa lagu pop yeh yeh tapi tak sangat ingat liriknya. cuma satu lagu yang aku ingat-ingat lupa. itupun sebab liriknya ringkas & pendek. jadi aku pilih lagu ni. lagu nyanyian zam zam.

"bibir mesra jiwa parah"

Madahmu indah, menghurai rindu
membawa hati, rasa terharu
melukis kata, nada berpadu
menambat hati, di dalam kalbu

( korus )
katamu hanya, di bibir mesra
tetapi kini, jiwaku parah
kasih di lara, hati kecewa
cinta musnah, ditunda derita

ringkas & mudah liriknya kan?
aku mendapat tepukan & sorakan gemuruh sebaik menyanyikan lagu itu.
tak pulak aku tanya komen kawan sekerjaku sama ada sorakan kerana kelunakan suara aku atau memperli kesumbangannya.

apa pun nasibku agak baik, pulang malam tu dengan hasil cabutan bertuah, sebuah periuk nasi elektrik...

Pandangan hitam putih

tanpa sedar, ramai yang terpengaruh atau dipengaruh atau tanpa dipengaruhi sesiapa berpegang pada teori hitam putih. baik dalam cara mereka berfikir, membuat keputusan atau memandang kehidupan ini secara keseluruhannya.

bagi mereka hanya ada hitam dan putih dalam kehidupan. tiada warna lain. takda merah. takda biru. takda kuning. tiada warna warni. perwatakan & persepsi mereka hanya mengiktiraf hitam atau putih tanpa peduli kewujudan warna lain.

mereka hanya mahu melihat semua perkara dalam hitam putih. semua kejadian dalam hitam putih. semua tindakan dalam hitam putih. hanya ada yang baik atau yang buruk. yang betul atau yang salah. hanya ada dosa atau pahala.

lebih buruk lagi mereka melihat yang baik dari sudut pandang mereka sendiri. mereka memilih yang betul atau salah daripada kotak pemikiran mereka sahaja. jahat atau baik adalah dari sudut pandang mereka semata-mata. mereka menghukum amalan dosa atau pahala tanpa ada alternatif lain. hitam atau putih.

sama ada betul atau salah - tidak ada apa-apa di tengah-tengahnya. takda kompromi. takda toleran. takda tolak ansur. takda timbang tara
sama ada baik atau buruk - takda yang sederhana. takda yang paling baik. takda yang semakin baik atau hampir baik. takda yang kurang buruk.
sama ada dosa atau pahala. halal atau haram - takda makruh. takda harus. takda darurat.

malangnya, mereka ini hanya melihat atau menghukum orang lain. tetapi tidak melihat diri mereka sendiri dalam bentuk hitam putih. mereka adalah putih. yang hitam adalah orang lain. pendapat mereka, setiap perbuatan mereka, setiap tindakan mereka, setiap buah fikir mereka, setiap pandangan mereka, setiap keputusan mereka - adalah putih.

putih bermakna betul. putih bermakna benar. putih bererti baik. mereka membentuk acuan hitam atau putih sendiri. malah mereka ini - menginterpretasi undang-undang, peraturan, adat & hukum agama sedia ada - mengikut tafsiran mereka yang lebih tepat, lebih betul, lebih baik.

golongan ini semakin menguasai kehidupan orang lain. ramai yang semakin terpengaruh. ramai yang semakin mengamalkannya. jika dunia ini dikuasai golongan seumpama ini, maka kehidupan manusia takkan ada lagi warna warni. semuanya dalam bentuk hitam putih. semua yang berwarna mesti dipadamkan.

musykilnya, yang putih cuma mereka & golongan mereka. yang betul cuma mereka. yang baik cuma mereka. yang cantik hanyalah mereka - mereka mewakili yang putih!
yang buruk, yang jahat, yang salah adalah orang lain - yang hitam!

bayangkan kalau kehidupan kita semua & dunia ini dikuasai oleh golongan 'putih' ini...
bosannya...

Majlis Nikah

Feb 17, 2010

aku selalunya hadir ke majlis kenduri kahwin. tak pernah rasanya hadir pada majlis nikah. kalau ada pun cuma duduk di luar. baik di rumah pengantin ataupun di masjid. atas permintaan keluarga rombongan pengantin untuk 'meramaikan' majlis, kali ini aku ikut serta. kebetulan ada bawak kamera. ianya berlangsung pada ahad lepas. kebetulan hari tahun baru cina & hari valentine. kebetulan saja, bukan sengaja dipilih. apa pun tahniah & selamat pengantin baru kepada zikri & pasangannya.








Soalan mudah, jawapan sukar!

kanak-kanak sentiasa bersikap ingin tahu. mereka sering bertanya soalan pada mak bapak mereka. ada soalan yang merapu. ada soalan yang mudah dijawab. ada jawapan cuma perlu ikut logik akal. ada soalan yang memang takde jawapan...
kadangkala soalan mereka melucukan. ada ketika serius sekali bunyinya. ada soalan yang boleh kita jawab secara jujur. ada soalan yang yang boleh kita jawab secara 'bohong sunat'.
cuba jawab soalan kuiz berikut:
1. kenapa bulan 2 ada 28 hari aje?
2. kenapa birthday kita orang tak sama? erol bulan 6, eril bulan 4, erin bulan 9? kalau sama kan best!
selalunya ibu bapak akan mengelak soalan yang mereka tak boleh jawab atau memang tak nak bagitahu jawapannya dengan cara:
1. "tanyalah kat mak/ayah/cikgu..."
2. tukar topik lain...
3. "agrh, jangan banyak soal lah...!"
4. "dah besar nanti, kau tahulah jawapannya..."

AC Milan 2 - Man Utd 3

soccernet.com

Hantu lelaki

Feb 12, 2010



sedar atau tidak hampir semua cerita hantu sama ada dalam wayang atau drama, siri tv atau yang diceritakan orang tua-tua atau cerita hantu zaman moden era ict & globalisasi, kebanyakannya adalah hantu perempuan. mungkin hantu perempuan lebih ramai. atau hantu perempuan lebih menakutkan. ataupun perempuan lebih sesuai jadi hantu.

kalau tengok cerita hantu di tv atau wayang pun, pelakon yang jadi hantu adalah perempuan. sebabnya mungkin lebih mudah 'dihantukan' oleh jurumekap. selalunya hantu digambarkan berambut panjang. maka lebih sesuailah perempuan jadi hantu. kalau hantu rambut panjang tu adalah lelaki, tentunya kelakar pula jadi hantu rockers, bukan?

seingat aku, hantu lelaki yang paling terkenal ialah dracula ataupun hantu dalam nigtmare on elm street. selainnya, hantu lelaki sukar ditemui...

begitu jugalah dalam cerita yang sering kita dengar daripada orang tua atau kawan-kawan. termasuk cerita hantu moden. kalau dengar bunyi hantu, orang kaitkan dengan suara mengilai atau jeritan menakutkan. suara mengilai yang sesuai ialah suara hantu perempuan. bayangkan kalau hantu lelaki mengilai, tentunya orang yang mendengar langsung tak takut malah mungkin ketawa mendengarkannya...

hantu perempuan selalu digambarkan sebenarnya seorang yang cantik serta cun. antaranya termasuklah maya karin dalam puntianak harum sundal malam. oleh itu, agak susah nak gambarkan lelaki cantik untuk menjadi hantu!

tapi dewasa ini, dipercayai jumlah hantu lelaki semakin mengatasi hantu perempuan. mengikut kajian yang aku buat sendiri, kemunculan hantu lelaki ini ada kaitannya dengan kemajuan teknologi. lebih membimbangkan, hantu lelaki ini berkeliaran di mana-mana termasuk di siang hari. malah boleh berupa seperti manusia biasa sebab ianya memang manusia biasa yang berhantu.

berikut ialah sebahagian hantu lelaki yang semakin berkembang biak:

hantu dadah - nak cari mudah je teutama di bawah jambatan atau lorong belakang sekitar KL

hantu kereta - ubah suai kereta dengan macam-macam aksesori yg lebih mahal dpd harga kereta tu sendiri
hantu motor - kerjanya asyik nak merempit aje

hantu bola - ada yang sanggup berjaga sampai pagi tengok live & terus pergi ofis

namun begitu, tak dapat dipastikan pula siapakah antara lelaki atau perempuan yang ramai jadi hantu blog atau hantu facebook!
ini kena buat kajian mendalam...

Ayam berkokok tandanya...?

Feb 11, 2010

seperti aku jangka, provokasi aku akan hanya berbalas kalau pasukan mereka menang. jadinya pagi tadi seawal 5:45 pagi sms daripada penyokong tegar arsenal sudah mula memasuki hp ku.

aku pun baru saja menutup suis tv, man utd hanya mencatat seri dengan a. villa.
takde apa yang aku kecewakan. bermain dengan 10 orang seawal minit ke-30, di gelanggang lawan & tidak kalah, sudah cukup baik. malahan komen sir alex ketika ditemu bual sebaik tamat perlawanan jugak berbunyi sentimen yang sama. apa lagi yang dimahukan, tambahan pulak chelsea tumbang di tangan everton.

tapi provokasi aku isnin lalu, nampaknya masih terkesan & berbekas pada penyokong gunners. inilah peluang mereka untuk membalas. mengalahkan liverpool bagi mereka sebenarnya bukanlah 'kepuasan' tetapi lebih kepada 'kelegaan'.

sudin: "2 kuda + 1"

remy: "bdk2 kembali menggans...jaga m.u"

pacai: "m.u hrp gol sdr je, hampeh..."

alan: "tukr je s.a.f dgn rajagopal"

shukri: "2 kuda kt ats dh tgolek..."

aku senyum aje membaca setiap satu sms diorang. aku bukan seperti mereka. sms mereka tidak ku biarkan tanpa dibalas.

aku: "aym bkokok tandanya nk siang, gooners bkokok tandanya...?"

aku hantas sms sekali gus pada mereka semua. sama.
apa agaknya balasan sms diorang?

seperti dijangka...tak berbalas!

Sepanjang jalan kenangan - stallone dan jeans koyak

aku di depan sekali. sebab mereka kata aku paling kecik & paling pantas berlari (dulu la...). mungkin jugak sebab aku paling geliga, banyak idea. malah idea keluar tengok wayang ni pun hasil idea geliga aku. lepas maghrib tadi, terus menyusup pagar hujung padang. kain & songkok diletakkan dalam sebuah beg & ditinggalkan di surau. mintak budak freshie bawak balik ke dorm.

nyata sekali ajk asrama tak perasaan yang kami tak pergi prep. kalau mereka tahu pun, mungkin buat-buat tak tau. lebih baik diorang studi daripada memikirkan hal kami. kami nekad keluar malam tu. bukan sebab takde hari lain. boleh tunggu hari sabtu. tapi sebab nak jadi orang pertama tonton aksi stallone dengan filem terbarunya, nak tunjuk 'terer' pada kawan lain di asrama, nak dabik dada kamilah paling dulu berbanding yang lain...makanya keterujaan itu tak dapat dibendung lagi.

betul kata orang, keseronokan hanya sementara. sepulang daripada menonton di pusat bandar menaiki bas terakhir, kami perlu memikirkan bagaimana caranya untuk kembali ke dorm tanpa dikesan sesiapa terutama abang guard. kami boleh saja masuk di pagar hujung padang seperti cara kami menyusup keluar sebelumnya. tapi jaraknya agak jauh dari asrama. terpaksa melalui padang, stor sukan, surau, dewan makan, dan asrama puteri. silap-silap ada budak perempuan yang terjerit bila ternampak kelibat kami terhendap-hendap nanti. lagipun melalui dewan makan agak risiko sebab suasana agak terang dipasang dengan spotlight.

jadi mahu tak mahu kami ikut jalan besar, atas bukit. asrama kami sebenarnya berada di bawah bukit. nak ikut pintu utama memang di luar perhitungan. sudah pasti abang guard tercongok di situ. masalahnya sekarang, macam mana nak turun ke bawah, sebab bukit tu agak curam. silap-silap tersungkur dibuatnya. cuma ada satu saja cara, menggelongsor! itulah yang aku cadangkan pada ibun, cikun & kundur. mahu tak mahu, mereka menurut saja. lagi pula, apa lagi cara lain?

jadi aku orang pertama yang perlu panjat pagar. sebab sekitar itu takda lubang pada pagar. 'laluan tikus' belum ada yang memulakannya. sebaik aku, ibun & cikun melepasi pagar, sedang kundur yang berbadan besar itu terkial-kial melepasinya, kami ternampak cahaya daripada lampu suluh. bukan satu tetapi dua. pastinya abang guard sedang buat rondaan. dalam saat cemas itu, kundur melompat terus daripada atas pagar & jatuh berdebup.

takda masa lagi. cahaya lampu suluh semakin hampir. lalu kami menggelongsorkan badan menuruni bukit yang curam itu. mujur juga hujan petang itu menjadikan rumput basah & licin. suuuurrrr....kami menggelonsor empat orang sekali gus. panas jugakla punggung bergeser dengan rumput dan tanah.malah seluar cikun & kundur terkoyak. mungkin sebab jeans mereka nipis atau mungkin jugak punggung mereka tebal.

kemudian kami berjalan masuk ke dorm, seolah-olah takde apa yang berlaku. malam itu kami menceritakan semula aksi stallone dalam filem yang kami tonton kepada penghuni dorm lain yang mendengarnya sambil mulut terlopong. manakala kundur & cikun sedang berkira-kira nak kumpul duit untuk beli sepasang jeans baru.

Karaoke

Feb 10, 2010

anak dara jiran aku ni masih bersekolah. kalau tak silap aku di tingkatan 4.
budaknya baik & peramah. seperti mak bapaknya jugak.
anehnya dia panggil wifey sebagai 'aunty', tapi tegur aku sebagai 'abang' kalau bertemu di mana-mana atau ternampak kelibat kami di laman rumah.

selalunya pada sabtu atau ahad, kebanyakan penghuni kawasan kejiranan berehat di rumah kerana cuti hujung minggu. waktu itu jugak, hampir saban minggu terutama waktu petang akan kedengaran sayup-sayup suara seseorang menyanyi. suara perempuan, berkaraoke. tidak dapat dipastikan dari rumah mana gerangannya. kalau tak silap aku, lagu-lagu yang sering dinyanyikan tu merupakan nanyian ziana zain & siti nurhaliza.

pada awalnya, agak menyakitkan telinga & mengganggu ketenangan rehat kami. bukan apa-apa cuma, nyanyian itu agak sumbang bunyinya bila didengarkan. ada jugak yang dah mula berkira-kira nak hantar surat layang. tapi lama-kelamaan, mungkin sebab dah banyak berlatih berulang kali, nyanyian itu semakin sedap didengar. malah menjadi halwa telinga yang nyaman.

namun sejak beberapa minggu kebelakangan, tiada lagi kedengaran suara orang berkaraoke itu. aku sendiri mula tertanya-tanya mengapa terhenti begitu.

petang ahad lalu, aku terserempak dengan jiran aku di sebuah kedai menjual alatan audio visual sebelah kedai runcit yang aku kunjungi. kami sempat bertegur sapa & berbual kosong. kemudian muncul anak dara mereka menegurku:

"abang sorang je ke, aunty ngan bebudak mane?"
"ada kat rumah. ni ha, aunty kirim beli santan kelapa. nak masak kari, tadi dah pegi market, lupa plak...cari apa kat sini?" jawab & tanyaku pulak.
"mama belikan set karaoke. yang lama dah rosak. gian nak nyanyi ni..." jawabnya keletah.
diiringi sengihan mamanya.

barulah aku tahu, siapa gerangan yang berkaraoke tu. dan kenapa sejak beberapa minggu ni suara tu tidak kedengaran. nampaknya, mulai petang tu, akan berkumandanglah nyanyian penyangi popular dalam pembikinan itu...

Perlumbaan dua kuda

Feb 9, 2010

pagi isnin, aku hantar beberapa sms kepada kawan-kawanku merangkap penyokong tegar the gunners. semuanya berunsur provokasi

aku: "ganti je almunia dgn rashid hassan"
pacai: (tak balas)

aku: "nampk fabregas je, yg lain tido ke?"
sudin: (tak balas)

aku: "tukr je wenger dgn rajagopal..."
shukri: "cilakak"

aku: "11 men vs 11 kids"
remy: (tak balas)

aku: "boringla arsenal..."
TD: (tak balas)

aku: "tk berbaloi jaga sampai 2 am..."
alan: (tak balas)

nampaknya sindrom penyokong tegar liverpool yang diam membisu, sudah melanda penyokong gunners pulak. semakin sunyilah malam-malam minggu aku, selepas ni. nak provokasi penyokong chelsea tak best sebab mereka tak tegar mana, lagipun diaorang tak ramai. nampaknya sekarang, hanya tinggal perlumbaan untuk dua kuda...

Askar pencen

semasa bersiar-siar di sebuah pasar raya pada hujung minggu, seseorang menegurku. pada awalnya, aku tak berapa cam, siapa gerangannya. walaupun aku rasa memang pernah kenal. kami pun berbual di kaki lima kedai.

cara aku, kalau aku tak berapa kenal seseorang tu, aku sengaja memanjangkan perbualan. tujuannya supaya dalam tempoh itu aku berpeluang mengingat kembali idenditinya. ya, dia merupakan senior aku di sekolah dulu. katanya baru saja menamatkan tempoh khidmat sebagai tentera. sejak 6 bulan dulu.


bagi tentera yang sudah tamat tempoh khidmat selalunya melalui kursus peralihan. selepas tu, mereka akan mencari kerjaya baru. tidak kurang juga yang bekerja sendiri atau berniaga. bagi yang kurang merancang, akan hadapi kesukaran. bagi kawanku itu, dia bekerja di sebuah hypermarket. buat sementara, katanya. sebelum mendapat kerja yang lebih menjamin kehidupan keluarga. malah dia sempat meminta bantuan aku tolong "tengok-tengokkan" kalau ada peluang kekosongan jawatan di tempat kerjaku atau yang aku tahu, di mana-mana saja.

Teruja bertukar hampa

Feb 8, 2010

aku hubungi penulisku sebaik saja bukunya siap dicetak. bagi seorang penulis, perasaan gembira pastinya sukar digambarkan dengan kata-kata mendengarkan khabar itu. masakan tidak, penat lelah menulis buku & mengharungi proses penerbitannya, kini sudah terbayar.

semasa aku menelefonnya, dia sedang bermesyuarat. menyedari aku yang menelefonnya & sedang menanti penuh sabar akan berita bilakah bukunya akan terbit, sempat dia mencuri masa. menelefonku semula kerana perasaan ingin tahu. nada suaranya begitu teruja & sukacita bila aku sampaikan berita siapnya buku tulisannya.

oleh sebab tinggal jauh di utara, dia minta aku uruskan pengeposan buku itu. lagipun setiap penulis diberikan sejumlah naskhah pengarang percuma. Akupun berjanji mengeposkannya secepat mungkin. sebaik tamat perbualan telefon itu, aku berikan alamat lengkap penulis itu kepada seorang staf yang memang menguruskan urusan penghantaran & pos.

pagi tadi, hampir dua minggu selepas perbualan kami yang terakhir, penulis berkenaan menelefonku semula. katanya, buku yang dijanjikan untuk diposkan belum lagi sampai ke tangannya. kebetulan aku bercuti hari ni. mustahil urusan pos dalam negara, mengambil masa begitu lama. nada kecewa suara penulis itu, berbeza sekali dengan nada teruja & gembiranya, dua minggu lalu. aku faham perasaannya...

esok aku perlu dapatkan jawapan daripada staf terbabit. apa agaknya jawapan dia.
jawapan yang aku agak,

"...eh...terlupa la..."

K.P.I.

Feb 5, 2010

aku: apa you punya k.p.i?
B: order kertas, bahan cetak, kemas kini rekod keluar masuk buku, keluarkan l.o atau p.o...
aku: itu k.p.i ke?
B: abis tu . . .
aku: tu tugas harian you, bukan k.p.i.
B: boss tak cakap apa-apa pun...k.p.i aku tinggi ape!


aku: apa k.p.i engkau?
C: susun buku dalam stor, semak keluar masuk buku, kengkadang hantar pesanan pelanggan...
aku: eh...tu bukan k.p.i! tu kerja yang kau buat hari-hari.
C: aku tulis tu dalam borang k.p.i.
aku: k.p.i bukan macam tu la
C: boss ok je. markah k.p.i pun tinggi gak...

***
apa k.p.i tu sebenarnya?
setahu aku k.p.i sepatutnya prestasi yang boleh diukur.
contohnya kalau seorang editor ditetapkan k.p.i nya 10 judul setahun.
kalau dia capai 10 judul atau lebih pada hujung tahun itu, maknanya dia dah capai k.p.i.
habis tu macam mana pulak k.p.i yang perlu dicapai oleh kawanku B & C di atas?
apa maksud mereka k.p.i tinggi?
sepatutnya capai atau tidak k.p.i yang ditetapkan. . .bukan tinggi rendah markahnya!

Ponteng

Feb 4, 2010

"hari ni, ustazah tak datang..." beritahu erin padaku, malam selasa lepas.
ketika tu, aku sedang menunjuk ajarnya, siapkan homework matematik.
"dia tak sihat agaknya, cuti..." aku sekadar mengagak.

"hari ni, teacher chong tak datang..." kata erin malam tadi. ketika tu aku sedang bersantai, menonton berita di tv. erin pula sedang menyiapkan homeworknya.
"aik, hari-hari ada cikgu tak datang. musim demam ke?" kataku, entah bertanya pada siapa.
"sebab tu la, hari ni takde homework matematik..." sambung erin.

***
***
sewaktu erin sibuk menyusun buku untuk dimasukkan dalam beg mengikut jadual keesokannya, aku terfikir untuk menyemak jadual waktunya.
jadual hari selasa, tiada subjek agama Islam.
jadual hari rabu, takde subjek matematik.
fahamlah aku sekarang, kenapa uztazah & teacher chong "tak datang".

Makan tengah hari

sejak beberapa bulan dulu, aku ambik langkah drastik.
aku akan hanya makan tengah hari di luar.
maksudnya aku tak nak makan di kantin dekat ofis aku.
aku akan hanya makan tengah hari di situ, kalau benar-benar lapar.
bukan aku tak mahu makan tengah hari, puncanya aku dah muak. seolah-olah makan menu yang sama setiap hari.
walaupun pengusaha kantin sudah beberapa kali bertukar, biasanya pada bulan pertama aje yang boleh tahan, selepasnya, macam makan untuk 'pujuk' perut aje, bukan untuk penuhi selera.

di luar, aku boleh pilih tempat kesukaan atau makan yang menepati selera aku. biarlah mahal sikit, tak mengapa. asalkan berbaloi. masalahnya, waktu makan tengah hari terhad. hanya 1 jam saja. tolak perjalanan, cari parking, kemudian terpaksa tergesa-gesa pulang ke ofis.

jadi aku buat keputusan. hanya makan tengah hari, kalau lapar sahaja.

bukan sebab nak diet seperti yang disangka oleh seorang kawan. atau nak berjimat sebagai mana sangkaan seorang rakan sekerja. lagipun, adakah menjadi kesalahan kalau tak makan tengah hari?

Itu dulu, sekarang ini

Feb 3, 2010

tugas mendapatkan penilai yang sesuai untuk manuskrip yang bakal diterbitkan bukanlah mudah. pertamanya tidak ramai pakar bidang. keduanya, tidak semua setuju jadi penilai. kalau setuju pun mereka menghadapi masalah memperuntukkan masa kerana mereka sibuk dengan tugas hakiki.

sejak tadi aku melayari internet untuk mengenal pasti penilai bagi manuskrip yang aku terima & dirasakan sesuai untuk diterbitkan. aku teliti beberapa nama di ipt yang aku pernah belajar. antaranya aku kenal sebagai pensyarah aku suatu ketika dulu. ada sesetengahnya sudah jadi profesor. termasuklah prof. R.

waktu aku belajar dulu, prof. R baru pulang dari oversea. itu merupakan tahun pertamanya mengajar. dia dikenali sebagai pensyarah muda paling serius & tegas. aku teringatkan antara 8 orang yang 'kantoi' dalam subjek statistik yang diajarnya. kami kemudiannya terpaksa mengulang. nasib kami baik, kami kemudiannya lulus dalam peperiksaan kali kedua, walaupun pada awalnya kami jangka akan kantoi sekali lagi. kami kemudiannya mendapat khabar angin, prof. R sengaja merendahkan markah lulus subjek itu, kerana menyedari subjek tersebut sukar.

nampaknya prof. R cepat 'naik pangkat'. sebabnya ada beberapa pensyarah yang lebih senior yang aku kenal dulu, masih rendah pangkat mereka daripada prof. R.

Mat san dan english

mat san ada masalah. dia lemah dalam english.
sedangkan setiap pelajar perlu lulus kertas english untuk capai honours.
kertas english perlu dihabiskan sebelum tamat tahun 3 pengajian.
aku dah habis kertas english sejak tahun 2 lagi. nak kata terer tu tidaklah, sebab lulus pun cukup makan je.

bukan mat san sorang saja yang ada masalah itu. ada ramai. terutama yang asas english mereka lemah. ada yang terpaksa extend, semata-mata nak habiskan kertas english. tetapi taklah seteruk mat san. setakat tahun 3, dia masih ada 4 kertas english lagi untuk dihabiskan. itu adalah misi mustahil!

walaupun mat san sama batch dengan aku tetapi umurnya lebih daripada aku. kalau ketika tu, orang gelar mahasitua bukan mahasiswa. mat san ambil cuti belajar dari majikannya. mat san orangnya sangat baik. budak jawa yang alim. setiap minggu dia akan balik ke kampung naik motor kapcai cabuknya untuk ziarah orang tuanya. selain bantu mereka di kebun di banting, selangor. setiap kali pulang ke kampus dia akan bawak balik pelbagai bekalan makanan atau buah-buahan dari kampung untuk aku & kawan-kawan lain. walaupun dia tak sama jurusan dengan aku sebab dia ambik ekonomi tapi entah kenapa kami kawan baik. gara-garanya dia tinggal sebilik dengan kawan sekolah aku, mat sir. kebetulan, mat sir jugak ambik jurusan ekonomi. aku selalu lepak di bilik mat sir. jadi kami bertiga jadi kawan baik.

aku jugak selalu pinjam motor mat san untuk beli nasi lemak panas tengah malam. kadang-kadang aku hanya bagitau mat san yang aku pinjam motornya pada keesokan harinya saja. sebabnya, mat san biasanya tidur awal, bimbang miss solat subuh, katanya.

aku jugak selalu tolong mat san buat homework englishnya. aku jugak cuba ajar dia. tapi mat san sukar terima. aku pelik jugak banyak kertas ekonomi termasuk kertas statistik, mat san boleh lulus dengan baik, tapi subjek englishnya hancur. kadang-kadang dia upah aku dengan makanan & minuman. aku kesian dengan mat san. dia dah cuba, tapi langsung tak berupaya. malah kalau boleh, aku sanggup duduk untuk ujian englishnya demi untuk membantu mat san untuk lulus!

pada tahun ke-3, mat san tidak lagi tinggal di hostel. tetapi mat san selalu datang ke bilik aku di hostel untuk bantu dia buat homework english. dia selalu mengeluh akan kesukaran & kebimbangannya gagal ke tahun akhir. aku rasa kecewa, kerana tak dapat berbuat apa-apa lagi untuk membantunya. peraturan tetap peraturan.

semasa aku di tahun akhir, mat san masih bergelut menghabiskan kertas englishnya. dia tidak lagi datang mengunjungiku di hostel. tak mahu ganggu aku siapkan tesis, katanya. mungkin juga dia rasa serba salah atau malu. selepas itu, kami jarang berhubung.

hinggalah selepas aku habis belajar & mula bekerja, aku dapat khabar daripada mat sir. bahawa mat san gagal menghabiskan kertas englishnya, sekali gus gagal menamatkan pengajian ijazahnya. mat san kembali bekerja dengan majikan lamanya...
kali terakhir aku berjumpa mat san pada majlis kenduri kahwinnya di banting. isterinya cantik lawa, lulusan jurusan ekonomi di universiti yang sama.
yang pasti, aku takkan lupa kebaikan & kejujurannya sebagai seorang kawan.

Beza tengok bola dengan ceramah politik



penyokong man utd memang ramai. tetapi yang anti man utd jugak ramai. mereka sifatkan penyokong man utd sebagai 'glory hunters'. tapi bagi penyokong man utd yang tegar, katalah apa saja pada pasukan pujaan mereka, tak ada apa yang dapat menggoyahkan sokongan itu.

seorang kawan membangkitkan persoalan kenapa man utd bermain cemerlang bila bertemu pasukannya yang juga kuat (kononnya), tetapi boleh kalah bila jumpa pasukan kerdil. dia tak boleh terima alasan bahawa pasukan kerdil akan memberikan usaha 110% bila bertemu pasukan juara. dari segi psikologinya memang ada benarnya. sbb masa aku jadi wakil sekolah dulupun akan bermati-matian nak kalahkan pasukan yang bergelar sang juara dari sekolah lain. pasukan sang juara pun kalau boleh nak jaga imej bila menentang pasukan yang setaraf tetapi dalam masa sama sikap ego mereka memperlekeh pasukan kerdil menyebabkan dikuasai rasa over confidence yang akhirnya membawa kekalahan. malah bila berjumpa pasukan lemah, mereka biasanya tidak menurunkan pemain utama sebaliknya menurunkan barisan kedua atau pemain simpanan. sekali gus mengurangkan 'kekuatan' sebenar.

ada juga sentimen bahawa man utd adalah one man team. musim ni, man utd bergantung pada rooney sbg mana mereka berharap pada ronaldo 2-3 musim sebelum ni. bagi aku, itu bukanlah bermaksud one man team, tetapi setiap musim akan ada seorang pemain yang lebih menonjol dalam pasukan. anggota pasukan bertindak sebagai supporting role. aku masih ingat peranan eric cantona semasa zaman kegemilangannya dulu. lagipun apa bezanya liverpool dengan gerrard atau fabregas dengan arsenal? adakah pasukan mereka juga one man team?
lagipun bukankah form pemain pada hari perlawanan & taktikal atau strategi yang tepat jugak memainkan peranan? ada harinya memang semuanya serba tak menjadi, pada hari itu jugalah pasukan sehandal mana pun akan kecundang!

lagi pun itulah yang menariknya menonton perlawanan bola yang sukar diramalkan atau unpredictable. kalau sama aje saban musim pasti bosan bukan?

aku memanglah penyokong tegar tetapi bukan penyokong fanatik. lagipun penyokong bola yang tegar adalah lebih baik daripada penyokong parti politik yang tegar & fanatik. . . hu hu. kalau kita pergi tengok ceramah politik, kita rasa parti yang kita sokong aje yang betul. kita aje yang patut menang. orang lain atau pasukan lain tak patut menang, walaupun mereka guna pemain (calon/tokoh) yang betul atau taktikal serta strategi (kempen) yang betul. kita juga harus belajar terima kekalahan (pasukan sang juara macam man utd pun ada kalah jugak). jadikan kekalahan itu sebagai pengajaran untuk jadi lebih baik. bukannya asyik salahkan pengadil (sprm/kerajaan) sebagai tidak adil & berat sebelah.


Sistem canggah

Feb 2, 2010

aku sengaja nak cuba pakai istilah baru ni. bukan aku salah eja.
kalau boleh aku nak mohon DBP masukkan dalam daftar istilah mereka & kalau diluluskan nanti boleh dimasukkan dalam kamus dewan.
sistem canggah adalah disebabkan sistem canggih yang menyusahkan.
walaupun guna sistem canggih tapi menyusahkan & menggendalakan urusan.
ini bercanggah dengan canggih yang sepatutnya memudahkan, lancar & cepat.


beginilah aku jelaskan.
sistem permohonan cuti aku perlu dibuat secara online.
oleh sebab aku perlu bercuti minggu depan kerana ada urusan di mahkamah, jadi aku pun memohon cuti.
malangnya, berkali-kali aku cuba klik untuk permohonan (belum hantar pelulus lagi), sistem mengatakan yang baki cuti aku tidak mencukupi. maknanya kuota cuti aku dah habis.
mana mungkin!
cuti aku untuk tahun ini masih berbaki 26 hari lagi.
lebih memeningkan terpapar dengan jelas pada borang permohonan cuti online itu sendiri tercatat baki cuti aku ialah 26 hari lagi...
tidaklah itu 'sistem canggah' namanya!
hal yang mudah pun jadi susah disebabkan konflik yang mereka cipta teknologi itu.
sekarang aku perlu minta seorang staf aku yang mengendalikan (administrator) sistem cuti di ofis aku supaya hubungi & minta penjelasan daripada pihak yang menguruskan sistem ini di bahagian sumber manusia.
sekali lagi 'sistem canggah' mengatasi sistem canggih...

Kita semakin kurang bercakap

aku semakin menyedari akan hal ini.
tapi takda bukti atau alat untuk mengukurnya sejauh mana betulnya.
beberapa hari lepas aku terima bil telefon.
biasanya aku tak pernah tengok perincian penyata (itemised bill) walaupun sebenarnya ianya dicajkan dalam bil.
kali ini aku cuba banding bezakan jumlah bil sms dengan bil panggilan.
nyata sekali bil sms mengatasi bil panggilan.
kemudian untuk mengiyakan lagi andaian, aku semak jugak bil telefon wifey.
ternyata bil smsnya juga lebih tinggi daripada bil panggilan telefon yang dibuatnya sepanjang bulan lepas.
aku percaya trend yang sama jugak pada orang lain, kemudahan teknologi ternyata membuatkan kita semakin kurang bercakap.
sekadar menjawab sms dengan menekan perkataan "ok" atau "k" sekalipun ianya tetap dicaj pada bil.
itu belum tengok kegunaan pengantara teknologi komunikasi selain telefon seperti e-mel, facebook, blog, ym, twitter, chat box dll yang semakin mempengaruhi kehidupan kita.
sebab kita rasa lebih selesa "berbual" dan "berforum" tanpa suara atau bersemuka.
sepulang dari kerja ramai antara kita menghabiskan waktu terluang dengan menonton tv, melayari internet, atau bagi kanak-kanak main PS2.
bercakap hanya berkaitan perkara yang perlu saja.