Dompet hilang, apa nak buat?

Jun 25, 2010

seorang kawan mengadu yang dia kehilangan dompet.
apa nasihat kita?
kebanyakan kita menasihatkannya supaya cepat-cepat buat report pada polis. maklumlah kebanyakan dokumen penting biasanya dimuatkan dalam dompet. bimbang ianya akan disalahgunakan bila jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab.
kemudian suruh dia sekat kad kredit. sekali lagi disebabkan ada kemungkinan ianya disalah gunakan.
kalau dompet itu ditemui oleh orang yg bertanggungjawab dan memulangkannya, alhamdulillah. tapi biasanya jarang terjadi. biasanya lenyap terus.
kita tak pula bertanyakan kawan kita itu, berapa jumlah duit di dalamnya?
kalau banyak duit yang hilang bersama dompet, adakah kita sedia menghulurkan seringgit dua sebagai tanda simpati atau sekadar manis mulut bertanya?
tidak. jarang kita terfikir hal demikian...
ada tak di antara kita yg memintanya mencari dompet itu seboleh-bolehnya dulu. ambik masa sikit, dalam 1-2 jam sebaik menyedari dompet hilang/tercicir. tapi kalau kena ragut, perlulah bertindak cepat.
apa kata kalau kita sebenarnya terlupa yg kita letakkan dompet di mana-mana. atau dompet itu sebenarnya tercicir di mana-mana spt dalam kereta misalnya. tidakkah tindakan tergesa-gesa membuat aduan kepada pihak berkuasa atau menyekat kad kredit itu akan menyusahkan diri kita sebenarnya?
jadi bila hilang dompet, cuba bertenang dulu. jangan gelabah. fikirkan kali terakhir, di mana kita berada. cuba cari di tempat kemungkinan kita meletakannya. sebab banyak kes hilang sebenarnya berpunca daripada 'salah letak' atau terlupa.
bila selepas jenuh mencari dalam tempoh itu, barulah kita bertindak! buat laporan atau tindakan wajar lain.

*****

kejadian ini pernah aku alami. menulis daripada pengalaman. aku pernah 'hilang' dompet. sekali itu aku temui semula di dalam kereta. kali kedua, dalam tandas ofis (nasib baik takde orang lain masuk selepas aku). kali ketiga, tersorok di bawah timbunan fail. nasib baik aku tak buat report atau sekat apa yg patut...

0 refleksi: