Alahai cikgu....

Jun 29, 2010

minggu lepas aku ke sekolah eril, erol & erin. ekoran surat daripada pihak sekolah supaya ibu bapa datang untuk mengambil kad laporan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. sambil itu ibu bapa juga berpeluang berjumpa dengan guru kelas untuk berbincang berkaitan perkembangan pelajaran anak mereka di sekolah.

disebabkan erol bersekolah pagi manakala eril & erin bersekolah petang, jadi aku dengan wifey berpakat mengambil giliran. wifey ke sekolah pagi, manakala aku pergi untuk sekolah petang. untuk itu, wifey mengambil time off manakala aku dapatkan kebenaran boss untuk pulang lebih awal. memandangkan kami dikehendaki datang di waktu sekolah pada hari jumaat.

waktu pertemuan yg tertulis pada surat ialah 3-6 petang. aku sampai di sekolah kira-kira jam 3:30 memandu dari kuala lumpur meredah hujan lebat. sampai di sekolah, ramai ibu bapa sudah berada di sana. kebanyakannya sedang beredar pulang. walaupun sebenarnya aku tidaklah selewat mana.

mula-mula aku ke kelas erin. sebab dia di tahun satu. sebaik melewati pintu pagar, aku disambut oleh erin yg sedang bermain di padang permainan dengan kawan-kawannya. aku sedikit hairan, kenapa erin tidak berada dalam kelasnya. erin memberitahu, "hari ni tak belajar..." lalu aku pimpin tangannya menuju ke kelas. aku perhatikan beberapa kelas lain, ada ibu bapa yg berbaris menunggu giliran untuk bertemu cikgu di kelas anak mereka. mujur untuk kelas erin, hanya aku saja. jadi aku terus saja berjumpa guru kelasnya yg sedia menunggu. hanya ada 3-4 orang pelajar dalam kelas. sedang menunggu ibu bapa mereka datang. yang lainnya sudah dibenarkan pulang bersama ibu bapa yg datang.

tak banyak perkara yg dibincangkan atau makluman yg aku terima. cikgunya tidak begitu 'mesra alam'. sepatah ditanya, sepatah jawabnya. malah bila aku perkenalkan diri sebagai bapa kepada erin, dia bertanya pada salah seorang pelajarnya, "erin ada datang hari ni ke?". antara yg aku tanya kenapa ada satu subjek yg markahnya rendah. jawabnya "sebab erin duduk belakang sekali. kadang-kadang dia tak dengar & tak beri tumpuan". habis tu kenapa subjek lain, keputusannya baik. bukankah dia duduk di belakang jugak. aku mula bertanya sendiri apa tujuannya kami di jemput bertemu cikgu, kalau sekadar datang untuk tandatangan buku laporan.

aku juga maklumkannya yg erin belum bayar yuran bulanan sejak 5 bulan lalu. sebab ada sekali aku berikan padanya, tapi dihilangkan. budak kecik macam erin, belum pandai jaga duit. jadi aku tidak lagi bayar yuran melaluinya. aku bercadang untuk membayarnya sendiri. tetapi belum ada kesempatan untuk melunaskannya. bila aku ajukan hal ini, cikgunya cuma menjawab "eh, belum bayar lagi ke?" nyatalah dia tak tahu & tidak menyemak rekod. atau tak ambil peduli pun sama ada dah bayar ke tidak.

aku segera beredar ke kelas eril pula. kelas eril hampir lengang. hanya ada 4-5 orang di dalamnya. ketika aku sampai eril menyambutku di luar kelas. "kenapa lambat", waktu itu baru jam 3:45 petang. ada seorang bapa sedang berbincang dengan cikgu kelas eril. bila giliran aku sampai, aku disambut dengan sapaan mesra. cikgunya menjelaskan beberapa perkara terutama subjek yg perlu diberi lebih perhatian. pada keseluruhannya, eril mencapai keputusan yg memuaskan, dapat no 5 dlm kelas. hanya ada satu subjek yang perlu diperbaiki lagi. yg lainnya perlu dikekalkan dan kalau boleh ditambah baik. beginilah perbincangan septutnya. inilah juga tujuan sesi seperti ini diadakan.

tidaklah aku berasa 'rugi' meluangkan masa untuk datang. mujurlah juga 'kekurangan' cikgu erin ditampung oleh sikap prihatin cikgu eril. kalau tidak, pastinya aku tkkan datang ke sesi seperti ini lagi pada masa akan datang.

0 refleksi: