Kenapa tarikh itu penting....

Jun 8, 2010

ramai yg bersikap bahawa mengingati sesuatu tarikh itu sebagai penting. maksud aku bukanlah tarikh mesyuarat, tarikh janji temu atau deadline. ertinya ialah yg bukan formal. terutama berkaitan tarikh ulang tahun hari jadi atau aniversari. mereka menetapkan komitmen. bukan saja menetapkan atau memberi komitmen pada tarikh itu tetapi juga mahukan orang lain memberikan komitmen yg sama.

bagi aku pula, mengingati sesuatu tarikh seperti itu memang perlu. tetapi tidaklah sampai tertunggu-tunggu akan tarikhnya sehinggakan menyebabkan menjadi sangat teruja. aku jugak tidak kisah atau berasa kecil hati, kalau orang lain tak tahu pun akan tarikh itu. ataupun terlupa untuk mengucapkan tahniah atau ucapan lain yg berkaitan dengannya pada aku. itu jugak tidak bermakna aku tidak sensitif, romantis atau nostalgik.

tetapi tidak bagi kebanyakan orang lain. kelekaan atau kealpaan kita, akan menyebabkan mereka merajuk, kecil hati dan berasa diri mereka diabaikan. malah rakan baikku pernah menceritakan dia 'perang besar' dengan isterinya kerana terlupa akan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. sejak itu dia akan mencatatkan peringatan pada henset, diari atau kalendar, agar ianya tidak berulang lagi.
itu tidak pulak bermakna aku berpendirian bahawa tarikh tersebut tidak memberi sebarang makna. atau aku tidak ambil peduli. cukup sekadar memperingatinya atau saling mengucapkan tahniah sambil memperbaharui ikrar kasih sayang serta silaturahim. tanpa perlu meraikannya secara berlebih-lebihan. lebih-lebih lagi bergaduh, bermasam muka atau 'berperang sakan' semata-mata kerana berasa sakit hati kerana komitmen kita tidak sama dengan orang lain.

1 refleksi:

rahimin said...

kalau org baca ni takut ade yg kecik hati...he he