Coretan buat R

Jun 3, 2010


Entah…aku tak perasan dia sebelum tu. malah aku tak sedar yang dia ada hampir dgnku.tapi yang aku tahu dia bekerja satu kompeni dgnku. satu bumbung.lagipun, itu tempat kerjaku yg pertama.

mungkin bulan2 pertama, aku perlu menyesuaikan diri dgn kerjaku, dgn rakan sekerja, dgn persekitaran tempat kerja. lagi pulak aku masih baru. bnyk yg aku perlu belajar. tambahan aku diambil menggantikan pekerja senior sdgkan aku seorg rookie. tdk ada serahan tugas, tdk ada tunjuk ajar yg formal. aku seakan-akan diletakkan di atas kerusi panas. kalau aku mampu bertahan & menanggungnya, segalanya akan lancar. kalau aku tak mampu atau gagal. maka tentunya jalan keluar akan ditunjukkan bila-bila masa shj.

dalam bulan2 berikutnya, aku sudah menguasai semuanya. walaupun agak sibuk. sibuknya aku hinggakan saban hari bekerja overtime, hingga ke malam. masa rehatku cuma terluang pd hari ahad sj. itupun, ada harinya aku habiskan dgn tidur. mungkin sbb itu aku tak perasan kehadirannya.

aku tdk lama di situ. genap setahun, aku dapat tawaran kerja dpd kompeni lain. dlm bidang yg sama. rival company, sebenarnya. Mungkin tak sehebat rivalry man utd-liverpool. bukan musuh dlm erti kata sebenar, cuma pesaing. mungkin aku sedikit gelojoh. maklumlah darah muda menguasai pertimbangan waktu itu. belum sempat pengalaman dikutip, aku ditawarkan dgn ganjaran sedikit tinggi. aku boleh saja bertahan di kompeni itu, lebih lama. mungkin sahamku akan melonjak lebih tinggi. mungkin jugak akan dtg tawaran lebih lumayan dpd kompeni pesaing, yg lebih gergasi sifatnya. tapi, jiwa muda menguasai fikiran. mungkin jgk falsafah bahawa, peluang yg baik perlu direbut, sbb kemungkinnya akan dtg sekali saja seumur hidup. jadi, aku ambil peluang yg terhidang, pd masa & ketika itu.

sedar tak sedar. dalam kebahagiaan yg kita kecapi. ada org yg rasa kecewa. tersisih. rupa2nya sepanjang aku di kompeni itu, aku punya secret admirer. yg aku ingat, hanya pada minggu terakhir, aku berpeluang bersemuka dgnnya utk menguruskan bayaran gaji terakhir. itu pun slps aku menerima tawaran & hanya menghabiskan notis sebulan dpd tarikh peletakan jawatan. selepas aku di kompeni yg baru, barulah jelas pdku, bahawa dialah orgnya.

R, gadis manis berkaca mata. bekerja di bhg akaun. lurusnya aku, hingga tk sedar, layanan baik yg diberi padaku sepanjang aku berada di kompeni itu. urusan tuntutan overtimeku, urusan tuntutan perjalanan & claim lain, aku dpt lebih cepat berbanding rakan sekerja lain. suara yg setiap hujung bulan intercom aku “claim you…. dah lulus. nak buat cek, cash atau bank in?”. itulah suara yg selalu aku dengar. aku masih tak sedar. aku dpt laluan istimewa dlm urusan tuntutan. ada sesekali dia akan berbual pendek dgn ku slps memaklumkan ‘berita baik’ itu. tapi biasanya, bual kosong, tiada yg peribadi. malah aku anggap sama spt layanan & bualan dgn rakan sekerja perempuan yg lain di kompeni itu. rupa2nya dia menganggap aku lebih dpd itu. mungkin mengharap respons balas yg lebih positif dr aku. butanya aku! aku tk dpt membaca riak-riak yg dia mempunyai minat pdku. sesekali bertembung sewaktu di café, nak ke tandas, nak ke surau atau di kaunter depan pejabat, biasanya kami hanya berbalas senyum atau sekadar berkata “hai..”.

hinggalah slps 2 bulan di kompeni baru. aku diberitahu oleh rakan sekerja di kompeni lamaku bahawa R, sudah pun berhenti kerja. R tdk menceritakan kpd sesiapa pun kenapa dia berhenti kerja, hatta kpd rakan2 baiknya di bhg akaun itu pun. tk dpt dipastikan dia bekerja di kompeni baru yg mana. malah ada yg mengatakan dia sudah tdk bekerja atau berada lagi di lembah klang ini. dah balik kampung. dia hilang entah ke mana. terputus hubungan dgn bekas rakan sekerja di kompeni lama itu. usaha utk menghubunginya olh kawannya pun buntu. malah ada khabar angin bertiup kencang di kompeni lama ku itu, bahawa R berhenti kerana kecewa 'putus cinta' dgn aku. itulah yg diberitahukan oleh bekas rakan sekerja itu, pd ku. mendengarkan itu, aku cuba mengimbas kembali detik apakah yg menjadi puncanya. saat mana aku punya hubungan langsung dgnnya. ketika mana dia cuba mendekatiku. aku tk ingat apa pun yg boleh membuatkan ada kaitan hubungan hati atau perasaan dgn R. ternyata tanggapan R adalah sebaliknya.

…maafkan aku.

0 refleksi: