Kawan lama

Jun 21, 2010

aku tidak hendak memanjangkan cerita lagi.
cukuplah apa yg sudah berlaku itu berlalu pergi.
bukan aku yg memulakan & bukan aku yg menamatkan.
bukan...ini bukan soal kasih sayang. bukan soal hubungan cinta laila majnun.
ini soal berkawan.
petang ahad, aku ketemu dengan seorang kawan lama yg baru ditukarkan ke daerahku.
kami bersembang panjang. maklumlah sudah lama tidak berjumpa.
dari satu topik ke satu topik. teh ais pun sudah 2 kali dipesan.
lalu bertanyalah dia akan seorang lagi kawan yg dia tahu amat rapat denganku.
aku gagal menyembunyikan reaksi pada riak wajahku.
sebagai kawan lama, dia cepat menangkap akan raut wajahku yg berubah itu.
lalu aku akur menjelaskan duduk perkara sebenar.
dari perspektifku. tanpa dipengaruhi emosi.
tidak...aku tidak sesekali menyalahkan kawan lama yg seorang lagi itu.
perselisihan itu rupanya memisahkan kami.
situasi, ego, emosi serta darah muda ketika itu menjadi punca.
bagi aku, putus sahabat sama peritnya dengan putus kasih.
tapi jauh di sudut hatiku, masih mengharapkan ianya akan bertaut kembali suatu masa nanti.
bila...?aku sendiri tidak pasti.
aku harap dia pun begitu juga.
namun, kiranya harapan itu cuma tinggal harapan, aku redha.
kawanku yg ini faham. malahan dia sanggup menjadi orang tengah. mentautkan kami kembali.
tapi aku katakan padanya...
aku tidak hendak memanjangkan cerita lagi.
cukuplah apa yg sudah berlaku itu, berlalu pergi.
menjadi kenangan, bahawa suatu waktu dulu aku pernah punya sahabat sepertinya...

0 refleksi: