World cup

Jun 11, 2010

1982
samar-samar di ingatan. seingat aku malaysia menempa sejarah, apabila live bola ditaja oleh rakyat malaysia terutama kaki bola tanpa mengira kaum yg menyumbangkan derma kpd rtm. kemudiannya disokong oleh syarikat korporat. team brazil memukau dengan socrates, zico & junior ttp itali jadi juara apabila paolo rossi muncul sbg wira. itali mengalahkan germany di final.

1986
diego maradona dijulang sbg wira. sampai bila-bila pun akan tersiar ulang tayang bagaimana dia menjaringkan gol melalui aksi "hand of god" & gol magik yg dijaringkannya ketika mengalahkan england menggelecek dr tengah padang 6 pemain england.

1990
beraksi di tempat sendiri, germany menjuarainya kali ini. menebus kehampaan sebelum ini. yg lain-lain agak samar.

1994
USA sbg tuan rumah. menyaksikan brazil bersamba dgn aksi romario & bebeto. dua striker bertubuh kecil ttp lincah dan tajam. masih aku ingat siaran langsungnya ada yg bermula pukul 6 atau 8 pagi. kami datang awal ke ofis utk menonton bola...aku jugak menang betting dgn kawan2 seofis...he he
1998
aksi di france. brazil memang feberet. france hampir tercicir ttp thuram menyelamatkan mereka. ronaldo diserang sawan sebelum aksi final, lalu zidane menyinar sebagai wira utk france.

2002
ronaldo kembali menebus kekecewaan. korea di bawah hiddink begitu luar biasa hingga layak ke semi final. sbg tuan rumah asia pertama bersama-sama jepun. brazil sekali lagi menjulang piala, bila ronaldo menjaringkan gol di final.

2006
itali muncul juara. walaupun tdk diberi sebarang kredit pd awalnya. aksi perlawanan akhir berkisar pada zidane yg 'menanduk' dada materazzi & france terpaksa beraksi 10 pemain.

2010
?

semua ni aku kutip dpd pengalaman & ingatan aku mengikuti world cup tanpa merujuk mana-mana.

0 refleksi: