~ hikayat sebuah rumah II ~

Jul 20, 2010









kira-kira 2 bulan setengah dulu, aku ada masukkan entri berkaitan sejarah rumah ini. kini rumah yg asal sudah direnovasi menjadi rumah kayu tradisional tetapi bercirikan moden. dengan ukiran kayu & penampilan baru, rumah ini hampir siap berdiri megah. rumah kayu dengan atap genting berserta tingkap kayu bercermin warna ibarat rumah dulu-dulu. kemodenannya ditampilkan dengan penggunaan lampu elektrik, kipas, lampu dinding, lampu sorot dsb. dijangka siap sebelum hari raya menjelang.


4 refleksi:

rahimin said...

cantik & konsep menarik...harga?

tg shaaban said...

konsep rumah kayu mmg kosnya tinggi min. kongsi adik beradik...

editor kampung said...

kalau siap nanti pasti cantik. konsep rumah kayu tradisional campur moden memang saya minat...

iza said...

Berapa kos sebenar rumah tu?cantik..