~ ada kerja, takde gaji ~

Jul 23, 2010

beberapa orang rakan sekerja mengeluh kerana bulan ini tidak dapat gaji.
ini ekoran tempoh kontrak mereka baru saja diperbaharui.

dulu mereka tidak kisah sangat. kerana tempoh kontrak berakhir pada hujung bulan. jadi bahagian kewangan sempat menguruskan pembayaran gaji seperti yg dimaklumkan oleh bahagian sumber manusia. gaji masih sempat dikreditkan seperti biasa.

kali ini kontrak mereka tamat pada pertengahan bulan. ini memberikan alasan kepada bahagian kewangan untuk memberi alasan bahawa mereka menerima makluman lewat & tidak sempat untuk menguruskan pembayaran gaji.

sebab itu, rakan-rakan sekerja ini bising-bising. meminta bahagian akaun & staf perkeranian bertanyakan soal ketiadaan gaji & mahukan mereka mendesak maklum balas daripada bahagian kewangan. mereka juga komplen itu dan ini. maklumlah sebagai pekerja yg makan gaji, itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka. nak tanggung keperluan keluarga, nak bayar bil, nak bayar hutang kereta & rumah, dan lebih penting lagi belanja harian.

aku faham. sebab aku pernah mengalaminya. tapi dulu, bila aku bangkitkan hal ini tak ada siapa yg ambil peduli pun. malah ada yg memperli aku, dah tahu kontrak habis kenapa tak simpan duit?

lebih memburukkan keadaan, kontrak aku tamat tempoh pada menjelang raya. tiga tahun berturut-turut aku beraya tanpa gaji. bayangkan betapa gelisah dan sedihnya. mana nak buat persiapan raya. nak balik kampung. baju raya anak-anak. tahun pertama beraya tanpa gaji begitu membebankan & menyedihkan. di tahun berikutnya sempat jugalah menyimpan ala kadar tetapi masih memeritkan. aku terpaksa mengorek simpanan yg ada di sana sini. duit asb, tabung haji atau berjimat cermat, berbelanja ala kadar untuk menyambut hari raya. mujur juga kompeni wifey biasanya memberikan bonus menjelang raya. adalah kelegaan & menumpang tuahnya.

pada ketika itu, tiada siapa yg peduli pun...
atau memang sengaja tidak mahu memahami. iyalah, yg terkena bukannya mereka.
aku sendiri terpaksa turun naik bahagian kewangan merayu mereka mempercepatkan urusan pembayaran gaji. tapi takde apa yg boleh mereka buat kerana memang sudah sebegitu sistem & prosedurnya. tidak mesra insani langsung!

nak harapkan bahagian akaun di tempat aku bekerja, lebih baik tak payah. hanya tambah menyakitkan hati saja. kerana pada mereka, itu di luar tanggungjawab tugas mereka. tidak ada usaha langsung untuk membantu, sekurang-kurangnya mempercepatkan proses pembayaran atau memberikan wang pendahuluan.

sekarang ini aku sedikit lega, kerana tempoh kontrak tamat, tidak lagi bertembung dengan hari raya. bayangkan kalau rakan-rakan sekerja ini tamat tempoh kontrak mereka menjelang hari raya?
pasti meraung gamaknya...

2 refleksi:

tdevaraj said...

orang hanya insaf bila kena batang idung sendiri...

bangsawan nilai said...

padan muka! (dlm hati...)