~ terlebih bayar ~

Jul 12, 2010

Oleh sebab aku & wifey bekerja, jadi anak-anak ditinggalkan di nurseri. Sekarang ni sebab semua mereka dah bersekolah, sebenarnya mereka cuma transit sahaja di situ. Maknanya, pagi-pagi mereka naik bas ke sekolah. Pulang dari bersekolah pagi, mereka perlu menghadiri sekolah agama pada waktu petang. Jadi pada waktu tengah hari, mereka tidak akan pulang ke rumah, sebaliknya akan terus ke nurseri. Di situlah mereka makan, mandi & tukar pakaian. Biasanya wifey akan hantar pakaian & beg sekolah ke nurseri itu setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Itulah rutin harian mereka. Ertinya mereka hanya berada di nursery sekitar satu atau 2 jam saja sehari. Bayaran dikenakan mengikut kepala, umur, & tempoh lama mereka ditinggalkan di nurseri. Perkara ini baru aku ketahui, hujung bulan lepas.

Tahun lalu, erin belum bersekolah. Jadi jumlah bayaran bulanan yg dikenakan untuk mereka sedikit tinggi. Pada setiap hujung bulan, pengurusan nurseri akan memberikan sekeping kad sebagai peringatan kepada ibu bapa untuk membayar yuran bulanan. Bayaran yg dikenakan tahun lepas ialah rm350. Jadi setiap hujung bulan aku akan kepilkan duit sejumlah rm350 pada kad tersebut untuk bayaran. Biasanya setiap hujung bulan wifey akan membuat bayaran tersebut.

Amalan yg sama diteruskan seperti tahun lepas. Setiap hujung bulan bila menerima kad tersebut aku akan kepilkan duit untuk dibayar oleh wifey. Sebenarnya wifey tidak pernah mengira sama ada duit tersebut cukup atau tidak. Padanya kalau tidak ada sebarang komplen daripada pihak nurseri, bahawa jumlah bayaran tersebut tentulah tepat. Aku juga berfikiran sama.

Sehinggalah pada hujung bulan lepas, salah seorang pekerja, memulangkan baki wang bayaran bulanan yg dikatakan terlebih bayar. Wifey memaklumkannya padaku. Pada perkiraanku, mungkin aku tersilap kira. Alangkah terkejutnya aku, bila wifey menyatakan yg bayaran bulanan sebenar ialah rm300. Sebab sebenarnya, sejak 6 bulan lepas aku mengepilkan wang sejumlah rm350 pada kad tersebut. Maknanya aku sudah terlbih bayar utk 6 bulan pertama tahun ini. Puncanya aku menjangkakan bayaran tersebut adalah sama seperti tahun lepas. Sedangkan jumlah bayaran sebenarnya sudah dikurangkan kepada rm300 pada tahun ini, memandangkan umur, tempoh waktu mereka di nurseri sudah berkurangan & ketiga-tiga mereka cuma dicaj sebagai transit.

Herannya selama 6 bulan yg lepas tidak ada sebarang maklum balas daripada pekerja atau tuan punya nurseri mengatakan yg kami sudah membuat lebihan bayaran. Silap aku juga tidak bertanyakan jumlah sebenar kerana menganggap ianya penerusan daripada tahun lepas (rm350). Wifey pula hanya membuat bayaran kerana menganggap aku sudah membuat kiraan yg tepat. Lebih-lebih lagi tiada sebarang maklum balas daripada pihak nurseri.

Aku mencadangkan supaya wifey menjelaskan apa yg berlaku pada pihak nurseri. Tetapi wifey hanya mengatakan biarkan sajalah. Anggaplah itu bukan rezeki kami. Lagipun silap kami juga yg cuai & sikap take for granted perihal jumlah duit itu. Tapi soalnya, bagaimana pula sikap pekerja atau tuan punya nurseri yg tidak jujur yg tidak mengembalikan wang yg terlebih bayar? Bukan sekali dua tetapi sudah 6 kali. Mujur ada seorang pekerja yg lebih jujur & cermat mengira jumlah sebenar (rm300). Kalau tidak sudah tentunya, aku terus-terusan membayar duit lebihan yg tidak sepatutnya dibayar!

0 refleksi: