~ cuti rehat sebenar ~

Jul 13, 2010

Cuti kali ini antara yg terpanjang pernah aku ambil.
4 hari cuti campur cuti hujung minggu. hampir seminggu lamanya.
berkebetulan puncak kejohanan bola sepak piala dunia peringkat semi final & final.
tidak ada satu minit pun tertinggal, meskipun terpaksa berjaga antara 2:30 - 5:00 pagi.
cuti kali ini lebih kepada cuti lepas geram.
bukan cuti yg dirancang seperti yg aku nyatakan dalam entri sebelum ini.
buat pertama kalinya dalam tempoh bertahun-tahun pada cuti kali ini, aku langsung tidak menyentuh walau satu muka surat sekalipun berkaitan kerja mahupun manuskrip yg sedang aku tangani. walaupun ada niat untuk berbuat demikian. memandangkan kerja yg tertunggak dan berlambak yg perlu aku bereskan. malah turut sama aku bawa pulang.
aku sendiri terkejut bila 'mampu' berbuat begitu.
cuti kali ini aku habiskan dengan berehat, berehat dan berehat sepenuhnya.
aku lontarkan jauh-jauh soal kerja. sesuatu yg jarang sekali aku lakukan sebelum ini.
aku habiskan waktu dengan menonton tv, melayari internet, memasak (ya...memasak di sini maksudnya masak nasi, goreng telur, goreng ikan kering...he he), mengecat beberapa bahagian rumah, mengemas rumah, tidur pada waktu siang hari atau apa saja aktiviti ringan untuk menghilangkan kebosanan.
lebih mengejutkan aku, cuti kali ini hampir 80% aku habiskan di rumah sahaja. Anehnya aku langsung tidak berasa bosan, malah kalau boleh hendak menyambung lagi cuti.
entah bila lagi, aku dapat berasa cuti senikmat kali ini...!

0 refleksi: