- restoran cantik di tengah sawah -

Jun 2, 2011



dalam perjalanan pulang dari kampung tempoh hari, jalan sesak dari pekan kuala pilah ke ulu bendul. macam hujung minggu selalu atau musim cuti panjang. dah jadi macam suatu kemestian kesesakan jalan raya sepanjang laluan itu. kalau dulu kesesakan bermula di bukit putus, tetapi selepas jalan bukit putus diluruskan, kesesakan beralih ke lain pulak. kaedah terbaik ialah memikirkan laluan alternatif yg tidak lagi melalui pekan kuala pilah.


bayangkan dari pekan kuala pilah ke tanjong ipoh saja mengambil masa hampir sejam. sedangkan tempoh biasa ketika jalan tak sesak hanyalah 10 minit sahaja. dengan keadaan memandu yg tersengguk-sengguk, brek-membrek, dan berbaris panjang itu, perutpun mula memberontak. rasa nak terkucil pun ada. tapi takde tempat yg sesuai untuk berhenti rehat atau membuang apa yg patut.


sehinggalah sampai ke teraci, berhampiran simpang masuk ke jalan istana seri menanti, ada sebuah restoran masakan melayu yg letaknya seolah-olah dalam sawah bendang. restoran warisan namanya. memang sesiapa yg biasa lalu lalang di kawasan perkampungan itu pasti akan perasan keunikan seni bina tradisionalnya. memang ada hajat sebelum ini untuk singgah, tetapi tak dipenuhi hajat itu. kadang-kadang terlintas juga, mungkin sedikit mahal, sebab kelihatan yg singgah ialah kereta-kereta mewah.


permintaan erin untuk berhenti tepi jalan kerana nak buang air kecil, akhirnya menjadi penyebab kami singgah sebentar di restoran itu. ya, memang menarik dan unik seni binanya. semasa kami sampai itu, persembahan nyanyian yg diriingi muzik tradisional sedang berlangsung di satu sudut. hiasan dalamannya cukup menyamankan, kerusi meja kayu dan lantai kayu begitu mengujakan. lebih daripada itu, restoran yg terletak di 'tengah sawah' ini membolehkan pengunjungnya menikmati keindahan sawah padi yg ketika itu sedang tumbuh menghijau, sayup mana memandang. sungai kecil di hubungkan dengan jambatan kayu dari perkarangan restoran menuju ke kawasan sawah.


kami sempat bergambar sementara menunggukan hidangan sampai. malah erin, erol dan eril cukup teruja dengan suasana kampung khasnya kawasan sawah. mereka sempat juga bergambar dengan 'orang-orang' yg sebelum ini hanya didengar dan dilihat dalam buku atau tv.


menu makanannya pelbagai. terutama masakan tradisional tetapi dihidang dengan gaya mewah dan cara ekslusif. memang sedap. harganya pun taklah mahal sangat, berpatutan lah.


lain kali kalau ada kesempatan, bolehlah singgah lagi. kalau jalan sesak atau erin nak buang air kecil, boleh tuju ke situ lagi...he he

3 refleksi:

Anonymous said...

wahhh...best gak kalau jln2 cari mkn kat situ...

Anonymous said...

http://cordycafejuice.blogspot.com/

Anonymous said...

www.oldtownfriends.blogspot.com