- tolong cover gua, bro... -

Jun 23, 2011

kesilapan adalah lumrah manusia. kadang-kadang kita buat kesilapan. kadang-kadang rakan sekerja kita buat kesilapan. lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu ada hubung kait dengan kita sendiri.


bagi aku selagi rakan sekerja kita buat silap yg tidak melibatkan jenayah, pecah amanah misalnya, masalah disiplin yg terlampau teruk contohnya, dia masih boleh dipertahankan atau dibantu. begitu juga aku harapkan, jika aku buat kesilapan, rakan sekerja akan bantu. bukan menambah kusut atau mengetuk lagi kepalaku supaya terus tertanam ke tanah.


dalam istilah sekarang orang kata 'tolong cover'.


situasinya begini. aku ada serahkan padanya satu tugasan. masa itu aku sangat sibuk sebab memangku tugas boss yg ada urusan kerja di luar negara. memang sepatutnya boss suruh aku yg uruskannya. tetapi disebabkan terlalu sibuk aku serahkan tugas itu pada rakan sekerja terbabit.



selang dua bulan selepas itu, iaitu hari ini, status tugasan itu ditanyakan padaku. walhal seingat aku, sudah diserahkan pada rakan sekerja. sepanjang tempoh itu, aku akui tak ingat langsung akan tugasan berkenaan. makanya aku tidak pulak mengingatkan rakan sekerja itu akan perkembangannya. dia pula tidak pernah memaklumkan perkembangannya pada aku. jadi, aku anggap yg kedua-dua kami terlepas pandang.



dalam masa sama, aku perlu menjawab secara spontan duduk perkara yg berlaku. jadi aku 'tolong cover' supaya aku dan rakan sekerja itu tidak berada dalam 'masalah'. kebetulan pula dia sedang bercuti. selepas ini, kami berdua kena berbincang bagaimana nak menyelesaikan masalah yg timbul itu. jawapan yg aku beri hanyalah jawapan 'penangguhan' atau 'sementara' saja. selepas ini kami kena bertindak segera...!

3 refleksi:

Irfa said...

mesti serba salah..antara kawan dan jgk periuk nasi sendiri.moga mslh anda dah selesai

Anonymous said...

iya, kdg2 kita tersepit antara kwn dgn tggungjwb.
pandai2lah gunakan budi bicara...

rahimin said...

gua bkn along gua cuma nk tolong.

kengkdg kita dlm dilema bila hal begini...he he