- misteri mimpi robert quok. . . 1 -

Nov 3, 2011

pagi itu sebagai mana hari-hari biasa rutinku. keluar awal ke pejabat. sebaik usai solat subuh dah bersiap memulakan perjalanan ke tempat kerja. menyusuri jalan pintas untuk telus ke lebuh raya. jalan ini biasanya sunyi di pagi yg dingin begini. kalau ada pun satu dua kenderaan saja membelah kesunyian. sama juga seperti pagi itu.

dengan mata yg sedikit luyuh kerana tidur sedikit lewat malam tadi dan mendengarkan celoteh dj dan alunan lagu yg sedikit membuai perasaan. memandu perlahan membelah kegelapan dan dingin pagi. sedikit berhati-hati kerana jalan agak basah lantaran hujan hampir sepanjang malam tadi.

tiba-tiba aku tersentak. bila  muncul dari arah seberang jalan satu kelibat manusia cuba menahan keretaku. sambil melambai-lambai kedua-dua belah tangan seolah-olah mahu saja melemparkan dirinya ke depan kereta yg ku pandu. sedikit panik, aku membunyikan hon. dia terus menuju ke arahku. aku bertindak segera dengan menekan brek, sehabisnya.

mujur aku tidak melanggarnya. dalam samar suluhan cahaya kereta dan lampu jalan, aku nampak wajahnya. seorang perempuan. dengan rambut kusut masai. wajah penuh cemas. pakaian sedikit serabai. kalau ikutkan cerita-cerita seram, mungkin dia adalah jelmaan sang pontianak yg bertukar manusia menjelang subuh hari. mungkin tak sempat balik ke persembunyiannya sebelum detik terbitnya fajar....fuhh aku mula mengarang cerita! ataupun pengaruh cerita hantu filem melayu...

atau peminta simpati yg sengaja dihantar oleh sekumpulan perompak atau geng samseng pada zaman moden ini. mungkin bila aku berhentikan kereta, untuk memberi bantuan. akan muncul dari celah-celah semak tepi jalan, rakan-rakan subahatnya. yg akan menahan, merompak, melarikan kereta aku atau mencederakan aku, lebih teruk lagi...mungkin cuba membunuh aku...! ahhh takut dan gementar datang sekali gus.

anganan dan imbasan aku disentap lagi. perempuan itu kini berdiri betul-betul di sisi cermin kereta. mengetuk-ngetuk cermin suruh aku bukakannya. terdengar jerit suara cemasnya "tolong ! tolong ! buak pintu...". aku tergamam. dia bukanlah hantu. wajahnya cemas. oleh sebab terlalu dekat aku yakin dia seorang perempuan bangsa cina. ya, seorang amoi....

mungkin dia dalam kesusahan. minta simpati dan pertolongan. mungkin dia sedng dikejar penjenayah atau penculik. atau mungkin dia sesat jalan atau mungkin dia terlibat dengan kemalangan. atau mungkin dia bergaduh dengan teman lelakinya. atau mangsa rogol yg terlepas lari. ada pelbagai kemungkinan....

aku harus bertindak cepat.
tapi apa yg harus aku buat?
abaikan dia dan pecut kereta tinggalkannya?
bukakan pintu dan suruh dia naik?
tapi aku tak kenal dia, mungkin dia cuma berpura-pura atau berlakon?
bagaimana kalau, dia memang benar-benar ialah manusia jelmaan hantu?
atau di depan sana ada kawan-kawan subahatnya sudah sedia menunggu?

bersambung......

4 refleksi:

rahimin said...

huuuh saspen ni...
tajuk pun misteri...hi hi

editor kampung said...

tak sabar nk tunggu sambungan...he he

linda said...

novel terbaru ke...?

bangsawan nilai said...

drama bersiri petang2 mcm ni la kan...hi hi