- semahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga -

Aug 3, 2012


"keter baru ke? apasal beli keter local?"

"nape...?

"buang duit. banyak kes. asyik rosak...takde kualiti"

"ni je yg mampu. dulu pun pakai local gak. takde problem pun..."

"nanti lah. sikit hari lagi. kuat makan minyak. stereng berat. brek tak makan. power window sangkut...aku boikot dah"



"kau pakai keter apa?'


"honda...."

"yang tu...."

"emmmmm..."



janganlah kondem pilihan orang lain. masing-masing punya minat dan kemampuan. kalau cakap pasal kereta, kengkadang kita cuma ikut persepsi bukan kenyataan sebenar.
persepsi kononnya kereta lokal tak elok. kereta import lagi bagus. malah kereta import yg 3rd hand pun sanggup dibeli dengan harga yg sama dengan kereta baru, lokal.

bukannya semua kereta mahal, import atau mewah tu tak rosak. dan kalau rosak pula, fikirlah sendiri berapa kosnya pulak.

tak percaya tengok gambar berikut. kereta milik pemain bola handalan, cristiano ronaldo. baru sebulan beli, kereta mewah  lamborghini aventador....tapi tersadai tepi jalan.
ceritanya,  dia dalam perjalanan nak ke majlis sambutan hari jadi rakan sekelabnya di real madrid, pepe.
sudahnya, dia terpaksa naik teksi. lamborghini nya ditarik tow truck.

pics from carbuzz.com




4 refleksi:

Irfa said...

AKU MMG SAKIT ATI ORG DUK KONDEM PILIHAN ORG LAIN.

cth bab keta la jugak.macam la kongsi bayar ansuran.

bab rumah pun sama..pesal beli rumah area sini?tak membangun.

kita beli ikut kemampuan la.huh

bangsawan nilai said...

setakat ni aku dh pakai 8 biji kereta. lokal ke imported ke. tapi seingat aku, tk pernah kutuk kereta kengkawan...

rahimin said...

fuh lamborghini pun rosak...

Anonymous said...

Saya pembeli kereta waja dh 7 thn guna stakat ni puas hati.pengguna yg kemaruk sgt dgn kereta impot tu jgnlah pandang sebelah mata je kereta local ni.kwn yg guna kereta impot pun dh byk kali kena baiki keretanya berbanding sy....tau x