- bila tiada helang, si pungguk pun terbang tinggi -

Aug 11, 2012



aku  tak berapa nak endah sangat dah pasal persatuan penduduk ni.
dulu-dulu aku ikut jugak. setiap meeting tak pernah miss.
dulu aku pernah dilantik duduk dalam ajk pun.

sejak, ada satu kumpulan jadi teraju.
kadang-kadang aktivitinya, diorang putuskan sendiri.
tanpa ada perbincangan dengan yg lain.

sekarang ni bukan aku tak campur.
kalau ada aktiviti yg berfaedah, macam gotong-royong bersih kawasan atau buat majlis ceramah sempena maulidul rasul, maal hijrah atau nak sambut ramadan, jamuan raya.
ok join. takde hal.

tapi kalau nak buat aktiviti yg aku tak perlu ikut, macam majlis bbq merdeka/tahun baru, masuk team lwn futsal walaupun takde gelanggang futsal dan tak pernah berlatih, anjur ceramah politik yg isinya mengutuk orang yg tak sehaluan - aku tak join lah.

itu hak masing-masing tak boleh paksa.
kalau pasal hal kejiranan pun nak masam-masam muka, nak boikot, tak nak bertegur.
takde faedahnya.

lagipun kalau pegang jawatan, sekadar nak menunjuk-nunjuk, tak dengar cakap ahli, nak buat aktiviti ikut selera sendiri. teruskanlah.
tapi, aku tak campur.
...dan jangan terkejut sebab makin ramai yg dah tak berapa nak join aktiviti.
sepatutnya dalam komuniti sekecil ini, kita harus bersatu.
bukannya nak berpuak-puak.

gotong-royong dah buat sebelum puasa hari tu.
oklah, ramai yg turun.
tapi masalahnya, ada rumah yg terlalu semak, macam takde bertuan.
tak tahulah macam mana diorang boleh hidup macam tu.
patutnya gorong-royong nak bersihkan kawasan sekitar macam longkang, padang permainan, pagar.
ini tidak... macam gotong-royong bersihkan rumah jiran-jiran pulak, jadinya.

dah siap cat pintu masuk. tanam pokok bunga.
pasang lampu dan repair sign board.
dah cantik dah.


***

sekarang ni ada isu baru timbul.
isu tak turun ke surau untuk tarawih.
ya, memang aku tak turun ke surau...tapi aku pergi masjid.
ada beberapa jiran lain pun buat begitu. tapi aku tak tahu apa alasan diorang.

sembahyang tarawih ni lebih ramai yg turun berjamaah berbanding solat fardu.
jadi, bila dah ramai. susah nak parking. terhad kawasannya.
lagipun surau terletak dekat rumah orang.
kalau parking sembarangan, nanti susahkan diorang.
surau tu nak kata jauh, tak jauh, nak kata dekat tak dekat.
tapi, nak pergi kena ada kenderaan, motor, kereta ke basikal.
aku cuma ada kereta.
kalau ada motosikal mudah nak selit-selit parking.

maka, aku lebih selesa ke masjid.
selain nak parking senang, lebih selesa, lebih luas.
tak berhimpit-himpit atau sesak dengan jemaahnya.
maklumlah surau tu kecik, sempit.
takde sebab lain pun.
itu je.

tapi aku dah dengar cakap-cakap belakang yg kurang enak.
perkara kecik ni pun nak jadikan isu...!


*********

malam tadi, aku dapat satu sms.
daripada setiausaha persatuan. bunyinya:

"mlm ni lepas tarawih, jam 10:30 pm.
mohon kerjasama, kita gotong-royong cat tembok dpn pintu masuk..."

biar betul....nak join ke?


2 refleksi:

Irfa said...

hehe..susah jugak macam tu yer
x join kang dikata taknak campur org

rahimin said...

mana2 pun ada org gila kuasa!