Itu dulu, sekarang ini

Feb 3, 2010

tugas mendapatkan penilai yang sesuai untuk manuskrip yang bakal diterbitkan bukanlah mudah. pertamanya tidak ramai pakar bidang. keduanya, tidak semua setuju jadi penilai. kalau setuju pun mereka menghadapi masalah memperuntukkan masa kerana mereka sibuk dengan tugas hakiki.

sejak tadi aku melayari internet untuk mengenal pasti penilai bagi manuskrip yang aku terima & dirasakan sesuai untuk diterbitkan. aku teliti beberapa nama di ipt yang aku pernah belajar. antaranya aku kenal sebagai pensyarah aku suatu ketika dulu. ada sesetengahnya sudah jadi profesor. termasuklah prof. R.

waktu aku belajar dulu, prof. R baru pulang dari oversea. itu merupakan tahun pertamanya mengajar. dia dikenali sebagai pensyarah muda paling serius & tegas. aku teringatkan antara 8 orang yang 'kantoi' dalam subjek statistik yang diajarnya. kami kemudiannya terpaksa mengulang. nasib kami baik, kami kemudiannya lulus dalam peperiksaan kali kedua, walaupun pada awalnya kami jangka akan kantoi sekali lagi. kami kemudiannya mendapat khabar angin, prof. R sengaja merendahkan markah lulus subjek itu, kerana menyedari subjek tersebut sukar.

nampaknya prof. R cepat 'naik pangkat'. sebabnya ada beberapa pensyarah yang lebih senior yang aku kenal dulu, masih rendah pangkat mereka daripada prof. R.

4 refleksi:

tdevaraj said...

Soklan cepumas...TS..pangkat you dah naik ke belum?

bangsawan nilai said...

pangkat i setakat sarjan je...

rahimin said...

aku masih korporal lagik

editor kampung said...

memang ada yg cepat naik.
ada yg naik sbb merit,
ada yg naik sbb bodek,
ada yg naik sbb nasib,
ada yg tak naik-naik.