Jejak kasih

Feb 23, 2010

aku sedikit terpinga-pinga bila namaku diseru seseorang dekat pintu masuk sebuah pasar raya. ada ramai orang yg berjalan masuk. seorang pun tidak ku kenal. di celah-celah kesibukan orang ramai itu muncul seorang lelaki berbaju merah, menuju ke arahku. agak sebaya denganku. aku sama sekali tidak mengenalinya. malah dia sendiri kelihatan teragak-agak. tampak ada keraguan pada wajahnya.

"ini *******kan?" tegurnya masih dengan wajah tanda tanya.
"ya, saya..." jawabku, sambil menghulur tangan berjabat salam dengannya.

dia pun memperkenalkan dirinya. memang mengejutkan bagaimana seorang kawan sekolah yg sudah terpisah hampir 20 tahun masih mengenaliku. walhal aku berkali-kali cuba mengingat kembali detik-detik kami sebagai kawan. ikhlasnya aku langsung tak ingat.

aku menariknya ke satu sudut. kami berbual & bertanya khabar berita. lagi pula dia datang bersama famili sedangkan aku seorang saja. perbualan pendek mungkin itu saja yang boleh kami lakukan waktu itu. untuk berbual mesra lebih panjang, mungkin lain kali. pada pertemuan yang mungkin di atur kemudian.

daripada perbualan ringkas itu, K mengatakan kami pernah sekelas sewaktu sekolah menengah dulu. tak pulak ku tanya di tingkatan berapa. sekolah kami besar, ada banyak kelas. saban tahun bila naik tingkatan, pelajar dalam kelas bertukar ganti bergantung pada pencapaian dalam ujian akhir tahun atau keputusan peperiksaan utama.

selepas habis sekolah, dia menyertai angkatan tentera. sebelum tamat perkhidmatan, dia berhenti kerja. sekarang ini dia bekerja sendiri. berniaga katanya di senawang. tidak pula kutanyakan berniaga apa...
pertemuan kira-kira 10 minit itu diakhiri dengan bertukar-tukar nombor telefon. mungkin di lain kesempatan bolehlah berjumpa lagi.

*******
tengah hari semalam sewaktu makan dengan seorang rakan sekerja. aku bangkitkan persoalan padanya.

"macam mana kawan lama yg tak pernah jumpa bertahun-tahun lepas sejak sekolah dulu, boleh kenal aku. walhal aku langsung blur siapa dia?" tanyaku.
"sama ada kau dulu popular kerana baik atau terkenal kerana nakal..." jawabnya penuh makna.

aku sendiri tak pasti jawapan mana yg betul.

3 refleksi:

suriahoney said...

ensem tp nakal kot...

tdevaraj said...

bukan nakal tapi brutal :)

editor kampung said...

ada org mukanya tk bnyk berubah. pendeknya tk mkn usia. sb tu org boleh cam wp masa berubah...