Kaki pukul & kumpulan stickers

May 27, 2010


semalam, aku berborak dengan seorang kawan lama.
maksud berborak sekarang tidak semestinya secara bersemuka di rumah, kopitiam atau kedai mamak.

berborak juga boleh dilakukan dengan seseorang yg jaraknya beribu kilometer jauhnya.
berborak juga tidak semestinya mengeluarkan suara tapi menggunakan jari-jemari sahaja...

ah! pusing-pusing pula intro ni.
cukuplah aku katakan, teknologi mendekatkan kita semua... jika mahu.

kali terakhir aku jumpa dia, pada hari terakhir aku di kompeni lama. jadi topik borak kami berkisar pada cerita lama. hal yg menjadi gelak ketawa kami bagai nak pecah perut bila membicarakan tentang band kami. ya, kami adalah bekas anggota kumpulan muzik!

kalau, dulu ada search, lefthanded dan wings. sekarang ada, hujan, bunkface, meet uncle husin & estranged. kami berada di tengah-tengah. lebih tepat lagi semasa era kegemilangan band dengan huruf pangkalnya S seperti spring, spoon, scoin, samudera, stings, screen, sejati etc.

jadi kenalah pada masa itu band kami dinamakan stickers....haa haa

kami ada 2 sesi jamming seminggu. di studio yg terletak dekat dengan ofis kami. selasa & jumaat kami ke sana. kami berlima. satu kompeni. tujuannya sekadar berseronok aje. aku bertindak sebagai 'kaki pukul'. mungkin asas & pengalaman sebagai pemain kompang di kampung, banyak membantu...hu hu.

aku rasa kalau dipupuk aku boleh capai tahap zaid ahmad, black wings, jojet, ujang exist atau lewis pragasam...semuanya kaki pukul handalan...he he

kami berlima takde pelajaran formal berkaitan muzik. baca nota muzik memang tak kenal langsung apa benda taugeh tu. tapi minat mengatasi itu semua. sedikit bakat boleh dipupuk dengan latihan untuk menajamkan kemahiran. ijad contohnya, segala chord muzik dia boleh goreng dengan gitarnya. azam, segala irama lagu dihafalnya.

bila rasa dah mahir, rasa sekadar suka-suka mula bertukar menjadi serius. kami mula bercita-cita untuk pergi lebih jauh. lagi pula pada masa itu, banyak band yg sedang popular & meledak di pasaran. kami juga mendapat pujian daripada rakan-rakan yg pernah tengok kami berlatih, tuan punya studio (mungkin helah spy kami terus tempah di situ kot...) di samping budak-budak band lain yg menunggu giliran sewaan di situ, hinggalah kepada beberapa otai band yg sudah lama dalam muzik.

debut pertama kami pada majlis annual dinner kompeni kami. mendapat sambutan luar biasa & pujian melambung! termasuk daripada big boss. tak lama lepas tu kami mula memenuhi undangan ke majlis perkahwinan. main band bawah khemah. kami mula memasang angan-angan untuk terbitkan album! ya, sampai sejauh itu.

tapi cita-cita kami tak kesampaian. bila ijad berhenti kerja sebab nak sambung pengajiannya. tak lama lepas tu aku pulak berhenti daripada kompeni itu sebab dapat tawaran kerja daripada kompeni lain. azam pula sudah ada makwe, asyik berdating. selalu ponteng sesi latihan.

akhirnya, stickers berpecah. anggotanya membawa haluan masing-masing. selepas setahun ditubuhkan.
mungkinkah akan ada comeback atau re-union....he he

0 refleksi: