The Special One

May 24, 2010

aku sanggup bersengkang mata untuk tengok live bola meskipun berlangsung pada 3 pagi & berakhir pada waktu subuh. malah pada hari kerja pun.

betullah orang kata, tidur bola, makan bola.untuk mengelakkan daripada terlelap, biasanya aku akan tidur dulu & bangun 10 minit sebelum sepak mula, cuci muka & buat kopi.

malam minggu itu hari ada final champions league antara inter milan-bayern munich. kedua-duanya bukanlah pasukan feberet. terlanjur aku sudah mengikutinya sejak daripada pusingan awal, takkanlah final tak tengok bola. lagipun kalau dah hantu bola, budak tadika main di padang permainan pun masih nak tengok...!

final sepatutnya klimaks kepada kejohanan. paling dinanti-nantikan. ditunggu dengan penuh keterujaan. tapi final kali ini agak antiklimaks. inter milan yg diterajui jose "the special one" mourinho memenanginya kali ini. selepas 45 thn kegersangan kejuaraan.

anehnya, beberapa kali aku terlelap! cuma beberapa kali dikejutkan oleh sorakan cubaan ke arah gol & jaringan gol... agaknya sepanjang 90 minit perlawanan itu aku cuma menyaksikan kira-kira 40 minit daripadanya. kejap lelap, kejap jaga.perlawanan akhir yg sepatutnya menarik, bertukar kepada penuh berhati-hati. aksi serangan dan cubaan ke arah gol juga terbatas.

ya, the special one memang hebat. punya sentuhan midas. pasukan yg dipimpinnya selalu jadi juara. dia pintar dengan strategi taktikalnya. namun pasukan yg dibimbingnya tidak menunjukkan gaya menarik. membina kekuatan pasukan dengan kekentalan bahagian pertahanan. itu yg dilakukannya di chelsea dulu. dia tak kesah jaringan gol, janji menang.

gaya menarik, serangan bertali arus, pemain berskil tinggi - bukan pilihan utamanya. dia bersikap praktikal, biarlah pasukan lawan atau penonton macam aku tak suka, tetapi hasilnya ialah trofi yg dikumpul pada hujung musim. dia rela dikritik.

kali ini, the special one berjaya menyebabkan aku terlelap ketika menonton perlawanan bola.

memang special!

0 refleksi: