Servis mulut

May 18, 2010

sebab apa orang suka pergi kedai mamak.
nak kata murah, tidaklah. lebih-lebih lagi bila kedai mamak sudah bergelar bistro. harga pun turut sama dibistrokan menjadi mahal.

pertamanya menu. apa saja yg kita nak order, sebut saja yg terlintas. ada. tomyam. nasi lemak. nasi goreng kampung. fish & chips. chicken chop...tanggung beres! kalau sebut roti, usah ceritalah, segala jenis roti ada dari roti canai, roti tisu, tosei, capati...segalanya ada. mintak saja!

lagi pulak servisnya bagus. kengkadang belum sempat duduk, waiternya dah datang tanya nak makan apa. sampai kadangkala kita pulak terkial-kial nak buat pesanan, tak sempat nak pikir nak makan apa.

selain tu jugak, kalau nak tengok tv, hah tu dia sentiasa terpasang. ada antaranya dengan tv plasma screen 42" di empat penjuru. ada jugak yg sediakan skrin besar dipancar dengan lcd terutama kalau ada live bola atau sukan lain.

lagi satu, kedainya biasanya luas. apalagi kalau di lot tepi. selesa. nak duduk berjam-jam dengan segelas teh tarik saja pun sambil berborak, mereka tak kesah, takkan menjeling tajam atau pura-pura angkat gelas atau pinggan yg sudah kosong. cara halus, supaya kita segera beredar.

kalau kedai mamak tu kita dah biasa lepak sambil makan, mereka mudah kenal. bila dah jadi pelanggan tetap, kita cuma perlu cakap "biasa..." hidangan akan sampai.

bukan nak promo kedai mamak. bukan nak banding bezakan dengan kedai lain.
malam tadi aku ke sebuah kedai makan. bukan kedai mamak, kedai orang kita.
sesekali makan di luar.
dia punya waiter nak panggil pun payah. bukannya ramai sangat pelanggan masa tu. dahlah begitu, staf yg ada di kaunternya langsung tak berganjak bila kita bagi signal tangan. mungkin tugasnya hanya terpacak di situ. tak bergerak-gerak dengan muka mencukanya.
servis pun lambat, biarpun masakan yg sedap sedikit menyejukkan hati yg dah mula panas. rasa nak tinggalkan kedai begitu saja. tapi mungkin kita ni pelanggan yg baik hati, tak sampai hati berbuat begitu.

benarlah kata orang "mulut yg manis adalah alat pemasaran yg paling berkesan".

2 refleksi:

Azree Ariffin said...

Hmmm, bisnes mamak ni perkhidmatannya memang bagus. Orang Melayu boleh belajar daripada mereka. :)

tg shaaban said...

yep, setuju...