Masa tidur semakin pendek?

May 21, 2010

aku seorangkah yg terfikir begitu. atau orang lain jugak.
entahla, sejak kebelakangan aku rasa itulah yg aku alami.
aku bukanlah jenis orang yg tidur lewat atau berjaga malam.
mungkin tidur aku terlalu nyenyak sehinggakan tak sedar sudah tiba waktu untuk bangun, bersiap & ke tempat kerja.
atau mungkin tidur aku sering terganggu, hinggakan tidur tak lena, tiba-tiba dah kesiangan.
ada jugak waktu-waktunya sedang enak dilamun mimpi indah tiba-tiba dikejutkan dengan alarm yg disetkan pada henset (dulu jam loceng...huhu).
serasa baru saja melelapkan mata.
baru saja nak merehatkan badan yg penat bekerja.
tak puas nak berbaring di tilam empuk...
waktukah yg terlalu cepat berlari...?
atau usia akukah yg semakin mengejar waktu?

2 refleksi:

Azree Ariffin said...

...aduhai, saya pula jenis yang susah tidur awal. Kalaulah boleh memaksa diri untuk tidur tepat pada masanya...

tg shaaban said...

orang muda mcm awak, itu biasa...he he