~ kelas tuisyen ~

Jan 24, 2011

sekarang ni melambak-lambak ada kelas tuisyen. malah dah ada pun kelas tuisyen untuk budak sekolah dari darjah satu. malah prasekolah pun dah wujud. dulu kelas tuisyen khusus untuk yg nak ambik peperiksaan utama spt srp/pmr, spm, stpm. sekarang peringkat upsr pun dah banyak.
malah sekarang dah banyak tuisyen di rumah. sama ada budak sekolah di hantar ke rumah yg menawarkan khidmat, atau guru tuisyen datang ke rumah untuk mengajar.

dalam pada itu, ada ramai guru sekolah yg buat part time jadi guru tuisyen. dibolehkan ke tidak? dulu isu ini timbul, dibimbangi mereka lebih tumpukan di luar sekolah, sebaliknya gaji makan dua-dua belah sisi.
banyak jugak yg didengar, guru yg mengajar tuisyen secara part time kemudiannya bukak kelas tuisyen sendiri sepenuh masa & meninggalkan kerjaya guru. kerana lebih lumayan & masa mengajar lebih fleksibel. bila dah banyak sangat, memang banyak persaingan. dulu bila kelas tuisyen mula muncul, bayaran yurannya boleh tahan tingginya. sekarang bila dah banyak, persaingan terjadi. promosi harga terendah, siap dengan pakej istimewa sekali maka bayaran tuisyen bolehlah dikatakan berpatutan.

soalnya, apakah semua kelas tuisyen ini berkualiti? sering kita lihat iklan menunjukkan testimoni pelajar mereka mendapat 5a, 8a, 17 a. tapi adakah keputusan itu semata-mata kerana mereka belajar di kelas tuisyen? kalau begitu tak payah pergi sekolah la, belajar kat tuisyen saja?

tak. sebenarnya kelas tuisyen ibarat kelas tambahan. membantu kekurangan di sekolah. menambah kefahaman. melatih tubi. mengulang kaji. itu sebenarnya fungsi kelas tuisyen. janganlah ada pulak ibu bapak yg salahkan kelas tuisyen kalau anak mereka 'tak berapa nak menjadi' keputusan periksa mereka. sebab ramai yg salah faham. kalau dah berbelanja lebih, tentunya nakkan hasil. jadi, hasilnya ialah result yg baik. sudahnya, bila anak-anak gagal mencapai tahap yg diharapkan, mereka dipersalahakan, kelas tuisyen didakwa gagal memainkan peranan.

cuma yg kasihannya, kanak-kanak. siang ke sekolah. petang ke kelas tuisyen. sesetengahnya ada yg ke sekolah agama. ada aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekolah. malam buat homework. ada jugak yg perlu ke kelas belajar al-quran. masa mereka untuk bermain agak terhad. malah dunia mereka terikat dengan belajar sahaja. jangan sampai mereka menjadi bosan. atau burn out sebelum masanya.

bila sistem pelajaran berorientasikan peperiksaan, maka persaingan pun terjadi. hanya yg terbaik akan terpilih dan berjaya. ibu bapa pun terikut-ikut. bila jiran atau kawan mereka hantar anak ke kelas tuisyen, mereka pun hantar anak sendiri ke kelas tuisyen. ikut-ikutan sebegini. malah ada sesetengah kanak-kanak sekolah sendiri memujuk ibu bapa mereka supaya dimasukkan ke kelas tuisyen kerana kawan-kawan mereka berbuat demikian.

itu tak dikira lagi dari segi ekonomi. perbelanjaan ibu bapa bertambah. peruntukan khas perlu untuk bayaran kelas tuisyen pulak di samping kos harian yg lain. adakah itu semua berbaloi? kata orang untuk berjaya perlukan pengorbanan. termasuk dari segi wang ringgit sebagai pelaburannya. dunia yg penuh persaingan, menjadikan kita terpaksa mengikut rentak. mengikut aliran arus semasa.
macam mana pula dengan ibu bapa yg kurang berkemampuan? tercicirkah mereka dalam arus persaingan itu?
sejak 2-3 hari ni si eril yg belajar dalam tahun 5 merengek supaya dia dimasukkan ke kelas tuisyen. sebab ramai di kalangan kawan-kawannya yg berbuat begitu. dan mereka mengajak eril untuk turut sama.
aku sedang berkira-kira sekarang, untuk menghantarnya atau tidak.

3 refleksi:

rahimin said...

betul tu. skrg ni persaingan menybbkn kita terpaksa ikut trend.
kalau x, ketinggalan!

editor kampung said...

setuju. terlalu banyak pusat tuisyen. tak tahu mana satu yg berkualiti.
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, menyebabkan kita terikut-ikut trend semasa. bimbang anak-anak yg jadi mangsa

Anonymous said...

senang saje...jgn hntr ke pusat tuisyen. lebih baik panggil personal tutor dtg rumh..parent boleh pantau. bila xnmpk perubhan dari situ, fikir care lain.

byk atau x pusat tuisyen bukan masalhnye...tp kite harus pndai menilai.