- pemain kunci -

Jul 6, 2011

aku sengaja terjemah terus daripada istilah inggeris - key players. sebenarnya istilah yg lebih tepat ialah pemain utama. dalam team bola atau mana-mana team sukan akan ada pemain utamanya. mereka ni memainkan peranan utama dalam sesebuah pasukan. lebih menonjol, mampu memimpin dan punya kemahiran lebih tinggi berbanding rakan sepasukan lain.


semalam semasa mesyuarat yg aku pengerusikan, aku ada tekankan peranan pemain kunci ini. aku anggap setiap kompeni atau organisasi jugak ada pemain kunci ini. memandangkan dalam sesebuah kompeni atau organisasi tidak akan dapat berfungsi atau melaksanakan tugasnya melalui individu tertentu. pekerja di dalamnya perlu bergerak sebagai sebuah pasukan. saling bekerjasama. ibarat sebuah pasukan.


kalau team barcelona hanya bergantung pada lionel messi saja, tentunya ia tidak sekuat mana. tidak layak pun jadi juara liga eropah. itu sebab walaupun kita ada individu yg hebat macam lee chong wei dalam team badminton, tetapi bila ada acara berpasukan seperti piala thomas, pasukan malaysia akan kalah juga.


apa yg aku nak sampaikan ialah semangat kerja berpasukan - as a team. semua pekerja memainkan peranan masing-masing. lebih-lebih lagi pemain kunci tadi. mereka biasanya punya lebih kemahiran, lebih pengalaman dan gaji juga lebih...!


aku mahu mereka ni mainkan peranan yg lebih. sebab kalau dia orang masih kekal dalam mode gerak perlahan apa gunanya mereka memegang jawatan lebih tinggi daripada yg lain. peranan mereka tidak menonjol. sumbangan mereka sama saja seperti pekerja lain, pemain kunci ini sebenarnya bermasalah. mereka tidak tahu atau sengaja tak mahu berbuat demikian. selesa dalam dunia mereka sendiri. bersikap pentingkan diri. 'asal kerja aku siap sudah'. apa nak hirau urusan kompeni? nak terlingkup pun orang lain akan cuba bereskan.


aku dah nampak perkara ni sejak lama dulu. takde perubahan pun. kalau tidak ada perubahan kali ini, aku perlu ubah mereka. sedarkan mereka. sebab nampak gayanya, mode gerak perlahan tu masih berterusan. mereka masih kekal jadi 'pendengar yg setia'. bukan orang yg menyalurkan pendapat, pandangan atau idea.


alangkah bertuahnya kalaulah pada suatu hari nan indah, pemain kunci itu datang mengetuk pintu ofis aku dan bertanya "apa yg boleh saya bantu...?""saya cadangkan begitu begini..."

aku akan tunggu harinya nanti.

kalau tidak, aku sendiri yg akan ketuk pintu ofis mereka!

3 refleksi:

Irfa said...

biasa org berkata 'jaga bontot masing2. :-(

rahimin said...

istilah baru ni...
mmg betulla, ada yg mcm ni kat mana2 pun, wat hal dia je

Anonymous said...

yeah, key players in a company normally sit on key positions. kalau tk menyumbang, fired je, ngabiskan beras!