salah siapa...

Jan 31, 2009

semlm patutnya TS hadiri mesyuarat, di putrajaya. sbg wakil boss yg ada urusan di penang. dia ada bagitau TS jumaat lepas. tarikhnya aje. masalahnya surat panggilan mesy. tu tk pulak diberi pd TS. sekretari boss pulak cuti panjang. sambung cuti thn baru cina. seminggu. pindah rumah baru katanya.
cuba gak carik kat meja dia. tp tk jumpa pun surat tu. call dia pun, tak berjwb. jadik main redah je telefon ke kementerain di putrajaya tu. maklumat yg dibagi pun tak lengkap. cuma maklum tempat mesy je, tp tak tau plak siapa yg akan dtg & jam berapa. TS mintak mrk fax maklumat. tp sampai ke esoknya, tk sampai pun. pejabat & kemudahan canggih pun kalau stafnya tk canggih, mentaliti kelas 3 mcm tula jadinya. so, TS agak2 tentunya mesy. sebelah pagi. buat andaian lpgik sendiri.
pagi tu TS ke sana. puas jugak cari tempat yg betul. dahla nk carik parking punya seksa. dh jumpa temptnya TS dibagi tau mesy. tu berlangsung sebelah ptg nanti. sikit punya bengangla. TS pun terpaksala balik ofis. sorila, TS takkan nak pegi 2 kali ke sana. kalau boss tanya nanti, pepandaila jawab.

Teluk Cempedak

Jan 30, 2009




lebih dikenali sbg TC dlm kalangan penduduk tempatan. tdk jauh dpd bandar kuantan, kira2 5km aje. destinasi popular utk berkelah, bersantai bagi penduduk sekitar kuantan. atau sekadar berehat makan angin. pantainya bersih, pasir memutih. lautnya membiru sejauh mata memandang. kemudahan asasnya cukup. tempat 'membilas badan' selepas mandi manda di laut, ada disediakan begitu juga surau. tmn permainan kanak2. tempat makan, memang banyak pilihan. ikut seleralah sama ada makanan segera, makanan tempatan, yg simple atau yg heavy. bagi TS mkn keropok lekor panas2 dgn air kelapa muda pun dah cukup terliur.
bagi yg minat mengambil foto, sinilah lokasi tumpuan, terutama di bhg pantainya yg ada sekelompok batuan besar. memang cantik utk merakam foto atau posing sakan di situ. ada juga disediakan laluan jambatan kayu yg dibina menyusuri pantai menuju ke kwsn berbukit menghijau dgn pokok2. itu juga lokasi menarik utk penggemar foto/yg kemaruk kamera.
sepanjang kawasan siar kakinya, terdpt banyak gerai menjual barangan kraftangan, brg hiasan buatan sendiri/tempatan, pelukis karikatur jalanan & mcm2 barangan cenderamata. banyak pilihan. kalau nk main layang2 pun, memang bnyk dijual. sesuai sbb suasana pantai yg berangin.
tk heranlah, terutama di hujung minggu atau musim cuti. TC menjadi tumpuan pelancong atau org tempatan. penuh sesak ttp meriah.

konsultan

ptg semalam, TS dgn z ada di bilik mesyuarat. kat situ ada satu2nya pc jenama apple yg boleh guna software yg compatible utk satu buku tu. tgh siapkan buku projek khas, hasil kajian seorg scholar UK . dh masuk peringkat pruf akhir.
tiba2 vee dpd marketing masuk. "TS, ada org nak jumpa". dgn nada suara berbisik, vee kata "dua org. sorang tu cun, sorang tu mcm z". kami gelak kecil sambil menjeling z. "ngumpat aku la tuh" getus z.
"sapa yek, author ke?". "ntah, nanti aku suruh diorg tunggu kat bilik you" balas vee. "suruh yg cun tu je masuk, yg sorang lagi biar dia tunggu kat hall" gurau TS.
tk lama lps tu, TS masuk ke bilik. dh sedia menunggu 2 org. TS tak berapa kenal. yg sorang tu memang kategori cun la. penampilan pun sedikit seksi (seksa?). dgn rambut karat & mekap tebalnya. tapi wajahnya mcm familiar je.sorang lagi taklah sesaiz mcm z (melampaula kau vee...hu hu). lebih sederhana penampilan. manis orgnya. "wellcome, boleh saya bantu" ayat pertama dpd TS. "laa, bang ni N la...tk ingat lagi ke...".
n sepupu 'jauh' TS. muda, bergaya. kerja dgn sykt kewangan ternama. kali terakhir jumpa dekat setahun lps. di pejabat TS inilah jugak. masa tu dia baru kerja. tklah bergaya mcm sekarang. nk jadi consultant uruskan kewangan & pelaburan TS (mcmlah TS ni kayo-rayo). sbb masa tu dia baru kerja, baru nk hidup...TS laburla seringgit dua dlm skim yg dianjurkannya. ada jugakla dia e-melkan penyata kewangan beberapa kali. tp sbb jumlahnya tklah seberapa, TS tk ambik kesah sgt. niat tu cuma nak tolong dia.
jadi tujuan n dtg ni, nk bagi reportla tentang rekod 'pelaburan' TS tu. maklumla consultant yg baik kan. bukan senang nk dtg jumpa kita...he he.
sebelum balik, TS bagi mrk diari & kalendar. n pulak hulurkan sekeping kad "dah naik pangkat dh bang...". tertulis pd kad, agency asst. manager. "waa, cpt naik. kena belanja mkn lain kali ni."" tu berkat duit abg la, antara org pertama melabur dgn n" balasnya senyum lebar.
sebaik menghantar dua gadis cantik tu keluar pintu ofis, vee cepat2 terjah "psst, sapa awek cun tuh?". "konsultan aku" jwb TS ringkas sambil tersengih.

breakfast...tak de!

Jan 29, 2009

cuti panjang tahun baru cina, TS sekeluarga berkesempatan bercuti. menginap di hotel berhampiran teluk cempedak, pahang. hotelnya ok. cantik. biliknya luas. sewanya tak lah mahal sgt (lagi pun dpt diskaun guna nama seorg kenalan). kolam renangnya bersih & sesuai utk kanak2.pemandangan menarik, menghadap pantai. servis bilik & layanan memuaskan.
sbb dah terbiasa menginap di hotel, disediakan breakfast percuma. pagi tu kami pun turun ke coffee housenya utk sarapan. rupanya tk semua tetamu dpt free breakfast. apa punya turr...daa.
hotel cikai pun ada sediakan. sarapan pagi takdelah nak mentekedarah sgt...nak alas perut jela. itupun nak kontrol bajet. apa punya hotel, pakat tak mai dah...kata org utara.

majlis bertunang

Jan 28, 2009

hari ahad & isnin (cuti tahun baru cina), TS & keluarga dijemput menghadiri majlis pertunangan anjuran salah seorg abg ipar. 2 anaknya (perempuan) bertunang, 2 majlis berasingan, 2 hari berlainan, kedua2nya bertunang dgn cikgu & kedua2nya jugak cikgu.
oleh sbb keluarga besar, jadi buat secara kecil-kecilan pun jadik majlis besar jugak. ditambah pulak rombongan yg dtg, mak aiii punyalah ramai mcm dh majlis perkahwinan pulak jadinya. yg pastinya, perbincangan hantaran kahwin & tarikh majlis kahwin menjadi agenda utama. tentang hantaran skrg ni, walaupun harga minyak dah turun ttp jumlah hantaran semakin melambung-lambung. maklumla kos hidup makin tinggi...katanya!

cerita hantu KL

Jan 23, 2009

olh sbb 2 hari mc minggu ni, bnyk kerja yg tertunggak. jadi semalam, TS stayback. Semua staf di bhg ofis dah balik. boss yg selalu lewat pun, hari tu balik awal. ttp ada 2-3 org lagi di bhg production di blok berasingan. maknanya dlm ofis, TS seorg dirila.Cadangnya pukul 6:30 balikla.
sdg berkira-kira nk balik, hujan lebat turun. mungkin TS tk perasan cuaca di luar yg gelap nak hujan sebelum tu. jadi, tunggulah hujan reda dulu. jam 7:00 jadi penanda waktu balik yg baru.
ini bukanla kali pertama TS kerja sorang2 & balik lewat. tak pernah pulak rasa bimbang atau takut. sdg berkemas2 nk balik, TS terdengar suara seseorg memanggil. bila jengok keluar bilik, ruang ofis kosong shj. tkda sesapa. heran jugak. gusar mula terdetik. bila hujan dah reda & jam pun dah dekat ke angka 7, maknanya waktu balik tiba. tutup semua suis & kunci pintu.
Semasa melangkah menuju ke kereta, sekali lagi terdengar suara menegur TS. bila berpaling ke belakang...tkda sesiapa pun. aneh & seram mula berputik. tiba2 segala kisah seram, aneh, misteri yg pernah diceritakan mula menguasai fikiran. TS melajukan langkah sambil membaca ayat kursi & tiga Kul. sebaik enjin kereta dihidupkan, sekali lagi suara 'itu' menyeru TS. kali ini, TS tak berpaling lagi. terus pecut meninggalkan tempat itu.
tak pulak TS ceritakan pd hari berikutnya pd kawan2 seofis. bukan apa2, nanti ada pulak yg takut buat overtime. bagi TS biarlah kejadian itu menjadi MISTERIIII...

cerita tol

Jan 22, 2009


setiap hari pergi - balik kerja, lalu tol. di tol keluar nilai ada 2 booth tunai. tol masuk ada 5, kalau tak silap. waktu pagi biasanya hanya 1 booth keluar sj dibuka. tk tau kenapa. pagi ni, 1 booth yg dibuka tu rosak agaknya. kenderaan beratur punyalah panjang. dekat 10 minit jugak. yg tk fhm tu kenapa tkda pelan B. kalau dh rosak (mungkin mesin resit tol), buka sajalah booth yg satu lagi yg masih ditutup tu. apa masalahnya?
slps kena hon tak henti beramai2, barulah booth yg satu lagi dibuka.
bila dh berbaris panjang, mulalah drebar2 yg mangkuk hayun/kiasu potong q. himpit-menghimpit. sapa berani, dia lolos. sbb kereta buruk TS beratur belakang lori, org tk berani nak himpit. cepat sikitla lepas.
apapun bila dah tersekat 10 minit, maknanya lewatla perjalanan yg dirancang. sampai KL, dah sesak.
waktu pagi ialah waktu puncak. tkkanlah yg uruskan tol nilai tk tau, atau buat2 tk tau. kalau tol sg besi, waktu pagi, semua tol bukak. kalau 10, 10 bukak. ada booth berlapis lagi. mcm tula...
mungkin yg guna touch n go/smart tag akan kata padan muka pd kami. tp laluan mrk pun kadang2 rosak jugak. sykt tol pasti tau, pengguna tunai paling ramai & penyumbang utama kutipan. kan?


sms

Jan 21, 2009

mengikut kajian yg pernah dibuat, rakyat malaysia gemar sgt guna sms.
ramai jugak yg lebih suka hantar sms dpd menelefon terus seseorg itu. perlukah diingatkan bhw fungsi utama telefon ialah utk berckp/berkomunikasi bukannya utk sms atau ambik gambar!
tapi ada jugak yg ada handphone (hp) tk guna utk sms/berckp/ambik gambar. sebaliknya hanya tunggu panggilan/sms. guna bila perlu aje. nak jimat kreditla tu...
lain pulak halnya, kawan TS yg seorg ni. ada hp canggih. semua fungsi ada 3G, gprs, mp3, kamera...semua ada.
tapi kalau kita hantar sms...jgn harap dibalasnya. bukannya suruh jwb panjang2 pun. cukup sekadar balas 'ok' atau kalau berat sgt 'k'. utk bagi tau yg mesej dh diterima.
tak tahula kenapa...mesej tak sampai agaknya.sbb maklumla, hp TS tak secanggih hp dia. tak compatible agaknya...he he

urgent!

dah 2 hari tak hadir kerja...mc.
jadi, pagi ini dtg awal. 7:23 dah clock in.
7:30 - boss ketuk bilik. apehal boss pun awal hari ni.
ada tugasan urgent!
mesti disiapkan sblm jam 10:00
boss kena mengadap BIG BOSS
bla...bla..bla.. itu...ini...begitu...begini...mcm tu...mcm ni...
ok boss.
8:00 - TJ telefon. "jom breakfast, aku belanja..."
laa...hari lainla, tengah tension ni...! hu hu
9:30 berehhhh boss!

happy birthday...to me

Jan 18, 2009

ya, hari ni hari lahir TS.
spt tahun-tahun sebelumnya takda apa-apa sambutan.
mmg itu bukan cara TS.
segala-galanya mcm biasa. spt hari2 biasa lain.
tak ramai yg tau. cuma mrk yg terdekat sj. itu pun sudah cukup bagi TS menghargainya.
bukan sebesar atau semahal mana kek. atau hadiah lain yg diterima.
yg utama, bukanlah cara kita menyambutnya tp cara kita mengingatinya
bangun pg tadi, lepas solat subuh...sujud syukur. usia dipanjangkan lagi utk menikmati hari lahir seterusnya.
alhamdulillah...

teknologi

Jan 17, 2009

selain dpt ikuti secara live perkembangan pilihan raya di KT melalui internet dpd web berita & blog, TS jugak dpt tahu perkembangan dpd telefon, sms & e-mel dpd kawan2 yg berada di KT secara live.
seperkara yg pasti, sumber tak rasmi itulah sebenarnya yg lebih rasmi & lebih cepat.
itulah kelebihan teknologi.
kejap lagi oleh sbb, tak dpt tengok live lwn bola di tv, TS boleh ikutinya melalui streaming di komputer.
terima kasih tekno. hidup jadi serba mudah & advanced.
tk heran kalau ramai yg cuba memanipulasi kemahiran mrk dlm tekno utk kepentingan diri. atau menyalah guna utk keuntungan sendiri.

sikap kita, sikap orang

Jan 15, 2009

tgh hari tadi TS dpt panggilan telefon dpd seorg penulis/pelanggan. dr negeri 'bwh angin' . agak tinggi nada suaranya. sedikit marah. buku yg dipesannyai sjk isnin lps, belum dpt.
"you all hantar pakai apa, pakai tongkang ke?"
"duit saya tk laku ke?"
antara 'semburannya'. berdesing jugak telinga TS, lagipun bukannya kerja TS. kerja bhg marketing. sbg meredakannya TS kata akan semak dgn staf yg berkenaan.
yg bengangnya, selang beberapa minit kemudian, TS terima sms...
"buku dah sampai".
laaa...

kejamnya manusia...

Jan 14, 2009

berikut antara dialog antara anak2 TS semasa kami sekeluarga menonton berita tv yg menyiarkan visual serangan israel ke atas gaza. kata org cakap budak2 biasanya lahir dr hati yg bersih, ikhlas.
erin: nape bunga api tu meletup...
eril: tu bukan bunga api, tu bom lah.
erol: nape dia bom, nanti matila org.
erin: sian budak tu kena mati. papa ngan mama dia nangis.
erol: cemane nak pegi sekolah. dah runtuh sekolah dia kena bom.
eril: nape org jahat tu bom. rumah da abis. budak pun kena.
erol: tengok tu kepala dia bedarah. org tu dukung pegi sepital.
erin: sian dia kan...

rojak + cendol

tak tahu apa nak mkn tengah hari ni. tak makan, lapar. nanti perut masuk angin. sakit perut pulak. dah jadi masalah lain.
nak makan di kantin, dah selalu sangat. asyik menu yg sama saja. walaupun tak mahal.
nak makan di luar, masanya suntuk sgt. lunch hour sejam shj. tergesa-gesa. ditambah pulak dgn trafik yg sesak. ada kos lain jugak - kos minyak kereta, kos parking. harga di luar pun lebih mahal. sesekali bolehlah, ttp kalau kerap sgt pun...lari bajet.
di negara kita ni takda masalah nak makan. kat mana-mana pun ada tempat makan. apa sj boleh dimakan. sedangkan di tempat lain/negara lain...ada yg tak dpt makan, takda duit nak makan, atau nak makan pun rasa tak selamat sbb kena bom spt di gaza.
kenapalah pasal makan pun susah sgt. patutnya bersyukur sbb dpt makan.
rasanya tengah hari ni makan rojak + cendol ajelah. gerai mamak. tepi jalan. bawah pokok. dekat aje. takda masalah parking. ringkas, murah, cepat. yg penting sedap & kenyang.

world player of the year

Jan 13, 2009


Cristiano Ronaldo was named as FIFA World Player of the Year for 2008 on Monday and became the first Premier League player to get the award at a star-studded gala in Zurich. The 23-year-old was in stunning form last term when he helped Manchester United to Premier League and European Cup success hitting 42 goals in the process, and after FIFA's annual poll of international team coaches and captains he has added the world governing body's prize to the prestigious Ballon d'Or which he has already received.

1 Cristiano Ronaldo (935 points)
2 Lionel Messi (678)
3 Fernando Torres (203)
4 Kaka (183)
5 Xavi (155)

sumber: soccernet.com

sepanjang jalan kenangan...3

TS dibesarkan di luar negeri. maksudnya di luar negeri sembilan...heee. jadi taklah berapa pandai nak speaking negori. ttp seronok sgt tiap kali famili kami bercuti di kampung. memang itulah antara yg kami adik-beradik tunggu. terutama musim cuti sekolah. di kampung boleh pergi mandi sungai - termasuklah terjun tiruk atau gayut pd akar pokok mcm tarzan lalu terjun ke sungai, tangkap ikan dgn tangan (mengoca), turun ke sawah - tuai padi, banting padi dsb, menoreh getah (motong gotah) dll aktiviti yg rutin bagi org kampung tp luar biasa bagi TS. sbb kami adik-beradik tak 'fasih' sgt loghat negori, kami digelar 'budak pokan' olh kawan2 sebaya di kg. tp diaorg sedia mengajar kami buat apa aja aktiviti atau permainan tradisional. pendeknya, kami diterima baik mungkin sbb sikap terbuka kami yg sedia mencuba apa shj. diaorg paling seronok mengajar kami speaking negori - semcm bahan lawak & gurauan mrk.
antara peristiwa yg pasti dikenang ialah peristiwa 'ngeri' + lucu yg terjadi pd suatu hari. pd satu petang TS dijemput oleh man, adi, pili & mamat dgn basikal. pili, adi & mamat tunggang basikal mrk masing2. TS pulak membonceng basikal man. ke mana arah tujuan, TS tak diberitahu. rahsia, kata mrk. hinggalah sampai ke sebuah ladang tebu. luas jugak. lalu si mamat, buka rahsia & 'strategi' kami berlima. tujuan ke situ utk ambik tebu. TS mula rasa tk seronok. tp mamat menerangkan 'tak apa' atau 'tak berdosa' kalau curi tebu dpd org bukan Islam (entah ustaz mana yg ajar dia, ajaran songsang ni). "kalau kito curik daripado org kapir, tak berdoso" kata mamat meyakinkan. kitaorg budak2 lagi manalah faham sgt soal dosa pahala ni. ingatkan betullah ckp mamat tu.
'operasi' pun bermula. kitaorg menyusup masuk pagar berduri yg sudah direnggang & diikat. basikal ditinggalkan & disorok tepi jalan. sdg kitaorg mematahkan beberapa batang tebu, tiba-tiba kedengaran suara "wey, apa lu olang bikin. culi tebu gua ka?!!" kitaorg tergamam. serentak dgn itu tuan punya ladang tebu itu melepaskan 2 ekor anjing peliharaannya. apa lagi demi terdengar salakan anjing. "copek laghi, ado anjing kojar" jerit mamat. kitaorg berlima pun lari lintang-pukang lalu mendptkan basikal masing-masing. mamat, pili, & adi bolehlah pecut basikal mrk. tp TS & man terkial-kiallah sbb kitaorg naik berdua. man tercungap-cungap mengayuh selaju mungkin. 2 ekor anjing mengejar semakin dekat. TS dah panik & mula nak menangis. anjing makin dekat, salakan makin kuat. mujurlah tuan punya ladang tiba2 'berubah hati' (mungkin sedar bahayanya kalau apa2 terjadi kpd kitaorg diserang anjingnya) memanggil balik anjing2nya. fuh... legalah kitaorg berdua. yg 3 org lagi tu dah susup-sasap entah ke mana. hantu punya mamat. ini idea 'bijak' dialah. tergamak kau tinggalkan kitaorg. apa punya kawan daa...TS & man menyumpah seranah. sedar2 seluar man basah, terkucil rupanya masa kelam-kabut tu.
kejadian tu jadi kenangan kitaorg berlima & bahan ketawa setiap kali berjumpa. ladang tebu tu sekrg dah jadi kawasan perumahan. sawah bendang pun dah tk dikerjakan lagi. sungai pulak dah cetek & tohor, tak boleh nak mandi-manda.

ceringkas

Jan 12, 2009

monday reds
hu hu...biasanya monday blues, ttp hari ni sudah tukarla jadik, monday reds. maaflah kawan2 dpd the reds yg satu lagi. rupa2nya engkorang pun tengok 'perlawanan tu' jugak ye. sebelum game mlm tadi bukan main lagi bertalu-talu sms masuk. perli ada, kutuk ada, sinis ada, lawak ada, provokasi usah ceritalah. tp kenapa lepas tu 'sonyap' je. kan TS dah kata, perjalanan masih jauh. pelan-pelan kayuh!
tak pasal-pasal pagi ni TS masuk kerja awal. teruja agaknya. lepas subuh dah keluar. sebelum pukul 7:00 dah masuk ofis.

selamat pulang
hari sabtu pagi. abg ipar & isterinya pulang dpd menunaikan haji. TS & wife sambut mrk di klia. sepatutnya tiba jam 6:00 pagi. ttp flight delayed hampir sejam. tunggu punya tunggu, pukul 8:00 baru para haji & hajah keluar ke balai ketibaan. ramailah sanak saudara & kawan2 yg menyambut. ramai yg menitiskan air mata gembira. kebanyakannya sorong troli yg sarat muatan. abg ipar pulang dgn gaya tersendiri. spt biasa, sama spt sebelum pergi. pulangnya dr kerjakan haji dgn berpakaian t-shirt + selipar jepunnya. sdg kebanyakan yg lain berjubah, berserban, berkopiah. ...yg penting niat & hati.

sumber foto: soccernet.com

...semakin panas

"they will be nervous..." sir alex.

"may be sir alex is scared of us" rafa benitez.

ferguson hit back at "disturbed" benitez.

...and the plot is getting thicker.

k.k.b

Jan 11, 2009

TS jarang tengok majalah 3 (m3). dulu-dulu rajin jugak, masa wan zaleha. ttp tadi TS tertarik dgn paparan tentang kuala kubu baru (kkb). mengembalikan nostalgia. sbb sebahagian kehidupan kanak-kanak TS berkisar di sana. balai polis yg ditunjukkan dlm liputan tu, di belakangnya ada sebuah surau & mes bujang (anggota polis). di surau itulah saban mlm, TS & kawan2 belajar mengaji. ustaznya garang, di tgnnya tak lekang pegang rotan. ttp hampir semua anak muridnya khatam quran. tangga yg didaki oleh wartawan m3 & tetamu itulah yg didaki setiap mlm. mencungap jugak, tinggi. dulu TS ingat bil. anak tangganya, skrg dah lupa dah. berhampiran balai polis tu, ada padang bola keranjang. ttp biasanya kami main bola di situ. berhampiran balai polis itu juga ada kompleks pejabat daerah. bangunan seni bina kolonial. besar. warna putih. 3 tingkat. waktu petang atau hari tak sekolah TS & kawan2 selalu ke sana, main nyorok-nyorok & tembak-tembak.
empang pecah (yg ditunjukkan dlm m3) pd masa tu, terkenal sbg tempat perkelahan, perkhemahan & mandi-manda. kawasan empang pecah tu jadi jeram. banjir besar yg melanda kuala kubu memang benar-benar terjadi. kuala kubu memang ibu daerah ulu selangor, suatu masa dulu. banjir tersebut dikatakan terjadi disbbkan empangan yg pecah. ada cerita di sebalik empangan pecah itu. menurut cerita orang tua-tua, (ada setengahnya menganggap cerita ini sekadar dongeng/mitos), di sebatang sungai utama di kuala kubu terdpt seekor buaya putih. buaya itu tidak mengganggu penduduk di situ. malah ramai yg menganggapnya sbg penunggu/keramat. sehinggalah bila pentadbir org putih (kemungkinan pegawai daerah), cecil (kalau tk silap), bertindak memburu buaya putih itu. suatu hari, dia nekad menembak buaya putih itu. ekoran itu, berlaku perubahan cuaca secara tiba-tiba & hujan turun tanpa henti selama beberapa hari. hingga menyebabkan empangan pecah & banjir besar melanda kuala kubu, sekali gus mengorbankan penduduknya & menenggelamkan kula kubu (kecuali masjidnya). sehinggalah didirikan pekan kuala kubu & petempatan yg dipanggil kuala kubu baru skrg.
TS tdk pernah kembali ke sana sjk berpindah dulu. paparan melalui m3 itu menghimbau kenangan lalu. ada banyak lagi cerita menarik mengenai kkb. tiba-tiba timbul keinginan di hati utk menjejakkan kaki ke kkb,...mungkin suatu hari kelak.

yang betulnya...6

Jan 10, 2009

pengimbuhan awalan men- pada kata pinjam

komersial - mengkomersialkan
komunikasi - mengkomunikasikan
kategori - mengkategorikan
kritik - mengkritik
komputer - mengkomputerkan
kredit - mengkreditkan
pamer - mempamerkan
polemik - mempolemikkan
popular - mempopularkan
program - memprogramkan
promosi - mempromosikan
proses - memproses
protes - memprotes
servis - menservis
stabil - menstabilkan
syarat - mensyaratkan
sabotaj - mensabotajkan
skru - menskru
tadbir - mentadbir
tafsir - mentafsirkan
tauliah - mentauliahkan
terjemah - menterjemahkan
tradisi - mentradisikan

sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

rock kapak...1

Tiada Lagi Aku
Rusty Blade (Rusty Blade / Lukhman S)

Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis luka menghiris
Kita mengharungi dengan berani
Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan
Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah
Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua
Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati

jauh tapi dekat, dekat tapi jauh

Jan 9, 2009

din: biasa, pukul berapa sampai rumah?
TS: dalam 6 setengah kengkadang 6:45
ani: biar betul, ani duk shah alam pun sampai lebih kurang time tu jugak
din: ha ah. aku pun antara 6:30 atau 6:45

din tinggal di keramat. ani tinggal di shah alam. TS ulang alik dr nilai ke kl tiap hari. ttp sampai ke rumah pd waktu yg sama. keluar ofis sama, 5:30. TS simpulkan:
i. lebuh raya seremban-kl tak berapa jammed waktu balik (ptg) berbanding waktu dtg kerja (pagi)
ii. jalan dlm bandar jammed waktu pergi dan balik kerja
iii.purata kelajuan di lebuh raya antara sg. besi-nilai = 100/110kmj (kalau nk, boleh pecut lagi)
iv. purata kelajuan jalan bandar yg sesak =30-60kmj (tak boleh nk pecut, bumber-to-bumper)
itula pasal. walaupun jarak lebih jauh. ttp sampai rumah pd masa yg sama. tak percaya?

tadika

berbanding dua abgnya yg belajar di tadika private, tahun lepas eyerin dihantar ke tadika .....(tk perlu tulisla). mengikut kata kawan/jiran, semua tadika sama saja. asalkan anak kita kenal huruf & boleh membaca mengira bila masuk sekolah nanti, kira oklah. bajet pun tk banyak. jadi, TS pun hantarlah.
ttp yg mengecewakan, selepas setengah tahun, takda kemajuan. kemudahannya pun ala kadar shj. saban hari asyik belajar menyanyi & melukis. tak pernah ada homework. bila kita komplen, cikgu di situ tarik muka. ttp terpaksalah pendamkan hati hingga hujung tahun. lagipun eyerin masih 5 tahun.
tahun ni, TS masukkan eyerin ke tadika private. lebih sikitlah bajetnya. tak mengapalah asalkan tak menyakitkan hati, banyak kelengkapan & dia pun seronok belajar. mlm tadi eyerin bagi tahu, cikgu pesan supaya homeworknya kena buat sendiri. sbb semalam, cikgunya dpt kesan yg homework eyerin nampak 'cantik' . rupa-rupanya sbb abangnya, eyeril yg buatkan...he,he budak-budak!

kenal tak lagi...

Jan 8, 2009

lokasi: depan sekolah
masa: petang, 6 lebih
kisahnya:
hari pertama sekolah. TS tunggu eyeril/eyerol utk jemput mrk dr sekolah. ditemani si kecik eyerin. tiba agak awal. di seberang jln ada beberapa gerai. eyerin merengek nak beli jajan yg terjual di salah satu gerai. oklah, sesekali je. eyerin rambang mata kejap nak gula-gula. tunjuk coklat, mintak jajan itu ini, semasa memilih tu.
"cikgu kan?". tiba-tiba tanya tuan punya gerai. "cikgu?" balas TS tk faham. "tak,saya kerja di k.l" balas TS sambil terus memilih."kenal tak lagi..., kita satu sekolah dulu" katanya dgn nada riang. agak teruja. lalu TS pandang mukanya. dia senyum. perempuan, memang agak sebaya umur TS."Laa...ye ke?mintak maafla memang tak kenal.." dlm masa singkat tu sempatla 'berkenal'. nama apa, kerja mana. anak berapa. suami/isteri siapa, sejak bila berrniaga, tinggal di mana. sehinggalah eyerin menarik-narik tgn TS "Papa...papa...dah balik", katanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah pintu pagar sekolah. berduyun-duyun budak sekolah pulang. perbualan kami terhenti. lalu TS mintak diri lalu segera beredar.
semasa memandu dari sekolah pulang ke rumah, eyerin bertanya "kawan papa ke tadi?". "mmm..." jawab TS. dlm kepala bermain2 cuba mengingat kembali (flashback). memang TS betul2 tak kenal & tak ingat. lagi pula katanya, kami bukan satu kelas. pelik jugak dah banyak tahun meninggalkan sekolah, dia masih cam wajah TS. dah 4 hari berlalu sjk 'kejadian' tu. TS masih tak ingat & tak kenal siapa dia. perlu ke TS ke gerai tu semula....?

cuba kira

lepas makan mlm, sambil berehat tengok tv, TS sempat buat congak. anggaran kos bulanan. bajet utk anak-anak shj. kos lain tolak tepi dulu. rasa mcm tak percaya pulak. agaknya bagaimana pulak dgn ibu bapak lain terutama yg kedua-duanya bekerja & takda org gaji di rumah. terpaksa tinggalkan anak dgn pengasuh/taska & harapkan bas sekolah utk anak yg bersekolah. anggaran TS begini:
i. bayaran bulanan taska/transit (3 org) = rm 350
ii. tambang bas sekolah (2 org) = rm 120 (pergi balik sek. agama + sek. keb.)
iii. tambang van ke tadika (1 org) = rm 35 (pergi balik dr rumah ke tadika ke taska)
iv. yuran bulanan sek. agama (2 org) = rm 60
v. yuran bulanan tadika (1 org) = rm 150
jumlah keseluruhan bulanan = rm715
itu tak termasuk duit poket utk belanja harian di sekolah (rm1 x 2 org x 2 sek (sek agama+sek. keb)=rm4x20 hari) atau bajet 'berbangkit' yg lain.
adoi! gugur rambut dibuatnya...

drama melayu

Jan 7, 2009

TS selalu dikritik krn tak minat tengok drama melayu. pengkritik paling lantang selain kawan2 adalah wife TS sendiri. Maafkan TS kerana tak minat. diakui satu dua drama yg boleh TS 'layan'. ttp hampir semuanya, tak 'berkenan' di hati. perkara utama kelemahan drama melayu adalah tema & plotnya. temanya lebih kurang sama & plotnya boleh diagak dgn mudah - stereotaip.
temanya:
1. berebut harta
2. berebut perempuan/lelaki
3. cinta terhalang
berebut harta sesama adik-beradik, sesama saudara mara, atau staf dlm syarikat besar. berebut perempuan/lelaki yg tak berkesudahan yg penamatnya sama ada kahwin atau kematian. cinta terhalang biasanya disbbkan miskin-kaya, bakal menantu-mertua, tak setaraf.
plot:
mudah diagak. tak sampai separuh jln dah boleh tahu apa kesudahannya.
watak:
terlalu klise. org kaya selalunya jahat. kalau jahat mesti tunjuk pergi menari atau adegan di kelab mlm.hero heroin mesti muda belia, hensem-lawa. kalau org kaya - ditunjukkan berpuluh kali shot rumah banglo/kereta mewahnya, sentiasa pakai sut (siap tali leher) walaupun di rumah atau di luar waktu pejabat (bagi lelaki). yg perempuannya dgn dress/make up tebal walaupun hanya tengok tv kat rumah, cakap pun guna bahasa rojak -melayu + english. yg alim/baik mesti pakai baju kurung/bersongkok/kopiah atau pakai tudung walaupun adegan di bilik tidur dgn suami. yg jahat selalunya mati di hujung cerita atau kena tangkap polis (sebelum dibawak pergi dia akan 'berceramah' dulu). terlalu kerap adegan menangis sambil berdoa atas sejadah utk tunjukkan dah insaf. kalau cerita lucu mesti ada watak bodoh-bodoh alang. kalau ada dialog biasanya mesti disertai adegan makan minum.
ada banyak lagi yg boleh disenaraikan, baik TS simpan shj. nanti ada yg kecik hati. ini cuma pandangan peribadi. yg minat tu teruskan shj. itu hak masing2. bak kata nabil, lu pikirlah sendiri!

resensi...5

Jan 6, 2009



Judul: Hikayat Sarawak
Penulis asal: Muhamad Rakawi Yusuf
Transliterasi oleh: Nordi Achie
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 210
Harga: RM50



Hikayat Sarawak adalah sebuah karya sejarah tradisional yang paling awal diterbitkan di Sarawak. Merupakan karya persejarahan negeri yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam konteks persejarahan Malaysia. Muhammad Rakawi Yusuf seorang nasionalis progresif dan novelis Melayu berjiwa kritis serta mendukung gagasan pembaharuan Islam Kaum Muda. Imperialis Barat disifatkannya persis ular yang menghisap kekayaan Borneo. Regim Brooke yang dinaungi kolonial British manakala Belanda pula kemaruk menguasai Kalimantan. Rakawi menyaksikan sendiri bagaimana negerinya yang diperintah oleh regim Brooke dan birokratnya yang takbur dengan kebudayaan kolonial Barat. Beliau terkilan melihat nasib anak watan yang miskin serba-serbinya; kekayaan tanah airnya dikaut bangsa penjajah dan bangsa asing. Kegiatan ekonomi komersial dan kemajuan pendidikan moden tersisih daripada putera bumi Sarawak. Mereka meringkuk dalam belenggu kemiskinan, terbelenggu dalam kemunduran ilmu dan tercicir daripada arus kemodenan. Lebih mendukacitakan, dokumen dan karya sejarah yang ditulis oleh kolaborator kolonial, termasuklah penulis upahan regim kolonial Brooke, turut menyentap garizah pemikiran kesejarahan Rakawi: citra putera bumi diperhina dan pejuang antiimperialis dicap sebagai pemberontak! Beranikah Rakawi mencabar dogma ini sekali gus menyanggah kejalangan ilmiah penulis upahan regim kolonial Brooke? Persoalan yang diutarakan itu hanya dapat dijawab secara tuntas sekiranya kita membandingkan dengan teliti pemikiran kesejarahan Rakawi, seperti yang mendasar dalam Hikayat Sarawak berbanding dengan A History of Sarawak Under Its Two White Rajah's(1909), karya S. Baring-Gould dan C.A. Bampfylde.

Nordi Achie ialah pensyarah (Sejarah Malaysia Moden) di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Antara karya ilmiahnya ialah Akhbar Melayu Perjuangan di Sarawak (terbitan Penerbit Universiti Malaya, 2003) dan Pemikiran Za’ba dalam Falsafah Takdir (terbitan Universiti Malaysia Sabah, 2006).

TS: buku yg terhasil dlm tahun 1930-an ini wajar menjadi bahan bacaan generasi masa kini. usaha transliterasi yg diusahakan seharusnya diberi pujian. tulisan asal dlm jawi lama hasil idea & pemikiran tajam rakawi yusuf ini menjadi bukti betapa anak sarawak berasa terpanggil mengkritik secara sinis akan kebobrokan penjajahan Barat. penghasilan semula dalam transliterasi rumi diharap mampu membuka mata rakyat negara ini khususnya betapa agenda 'penjajahan' Barat takkan pernah berhenti kalau tidak pun melalui penjajahan politik tetapi penjajahan minda terutama ke atas generasi masa kini.

sumber: http//:umpress.um.edu.my

kembali ke sekolah


hari pertama sekolah. spt selalu agak celaru. setiap tahun cara mendaftar tk pernah sama. tahun lps sekolah pagi. tahun ni sekolah ptg. tahun sebelumnya daftar & byr yuran di kelas. tahun ini daftar di dewan sekolah. tahun lepas daftar hari sabtu, tahun ini daftar hari isnin. para ibu bapa terpaksalah ikut kerenah sekolah. bila komplen, dikatakan pulak banyak songeh, tak faham tugas cikgu.
apa yg pasti tahun ni, yuran sekolah benar-benar 'percuma'. TS cuma perlu bayar rm5.50 utk eyerol (thn 2) & rm12.00 utk eyeril (thn 3). berulang kali jugak TS tanyakan jumlah 'sebenar' pd cikgu mrk, bukan apa takut tersalah dengar atau tersalah bayar. ramai dlm kalangan ibu bapa yg sama-sama mendaftarkan anak mrk menyatakan kelegaan. terima kasih pd kementerian yg prihatin. memang ramai yg gusar sebelum ni. yelah kalau ikutkan sejarah tahun lps berulang, yuran percuma yg tak percuma, kena bayar jugak segala mak nenek punya yuranyg semacam diada-adakan.
bagi TS, tugas pertama selesai bila dah daftar. tugas seterusnya ialah 'memantau'. sengaja simpan cuti, semata-mata utk hari-hari awal tahun begini. yelah, skrg ni ramai ibu bapa yg kedua-duanya bekerja. harapkan bas sekolah hantar pergi & balik sekolah. kena pastikan anak-anak mrk kenal driver & driver kenal mrk. jugak pastikan mrk kenal bas mana satu, sbb semua bas sekolah sama, warna oren. biasanya, TS akan bagi 'ceramah'. kenalkan driver mrk, bas mrk, no. plat bas, tempat tunggu bas. kemudian perhati dr jauh, semasa mrk balik sekolah. kalau semua ok, berjln lancar, maknanya hari-hari berikutnya mrk akan ikut rutin yg sama. takdalah masalah tercicir, tertinggal atau tersalah bas. setakat 2 hari ni beres je. bolehla pergi kerja esok dgn hati lapang...

D.I.Y

Jan 5, 2009

do it yourself

antara 'riadah' atau aktiviti yg TS suka buat ialah melakukan sendiri secara pasang siap barangan spt almari, bingkai gambar, peralatan bilik air dsb. biasanya sengaja dibeli secara terancang. tapi ada jugak yg 'terpaksa' buat sendiri. misalnya bila paip di sinki dapur bocor. takkan nak panggil plumber. sementara menunggu mrk dtg, dah banjir dapur kita. lagipun mrk tu hanya dtg kalau ada masalah major.

sebenarnya benda yg nak dipasang tu, taklah semudah a,b,c. kena ada peralatan yg sesuai, perlu ada kesabaran. ada ketika kena ada daya imaginasi & kreativiti sendiri. jugak sesekali mencabar minda. sepanjang 12 bulan lepas banyak jugak d.i.y yg TS siapkan. dpd yg sukar spt membaiki paip dapur yg tersumbat yg 3 hari 3 mlm TS membetulkannya sbb takda peralatan yg sesuai. jugak sbb keperluan yg dibeli tak sama saiz. lagipun kita ni bukan tukang paip pro. jugak memasang rak kasut yg nampak mudah ttp terpaksa dibuka semula selepas siap sbb dipasang terbalik...hu..hu. yg sederhana sukar pulak spt memasang almari baju, gantikan tombol pintu, mengecat rumah, tukar hon kereta. hinggalah kpd yg mudah spt tukar mentol lampu yg terbakar & pasang bingkai gambar. setiap satunya berbeza skil & darjah kesukarannya. yg penting kepuasan, bila kita selesai memasang atau membaiki sesuatu itu.

zek - dalam kenangan

Jan 4, 2009

bila kita tak faham semasa menonton sesebuah program tv atau movie. kita menghrpkan sarikatanya. cthnya kalau kita tengok cerita hindustan atau cerita kungfu lakonan jackie chan/jet li. atau yg tak fasih english juga harap ada sarikata dlm BM. sarikata tak bermaksud menterjemah setiap perkataan/dialog pelakon. cukup sari ayat atau ringkasan kata-kata.
kawan TS, zek adalah salah seorang penulis sarikata terbaik. pernah bekerja dgn stesen tv kerajaan. menulis sarikata dpd rancangan kartun, dokumentari hinggalah kpd wawancara dgn tokoh terkenal. bukan calang2 org yg dipilih menulis sarikata utk wawancara/bual bicara dgn tokoh/vip. zek sering ditugaskan sbg penulis utk itu. maknanya dia adalah antara yg terbaik kalau tdk pun terbaik.
TS kenali zek semasa bekerja di sebuah sykt penerbit buku swasta. selang beberapa bulan TS masuk bekerja di situ, zek dibawa masuk dpd sykt penerbit yg lebih besar sbg ketua editor. kebetulan sykt waktu itu tiada jawatan ketua editor. dia dibawa masuk krn pengalaman kerja, 'kabel' yg baik dgn penulis terkenal & utk membimbing editor baru. zek seorg yg mudah didampingi, sentiasa ceria. tdk heran kami segera menjadi kwn baik bersama seorg lagi rkn sepejabat, zul. sarapan & lunch bersama. berkongsi masalah bersama. TS anggap dia mentor sbg editor. zek sudah lama berkahwin ttp takda anak. namun dia & isteri tk jemu berusaha cara moden atau tradisional. belum ada rezeki katanya.
zek kemudian berhijrah ke sykt penerbitan lain. ditawarkan sbg pengurus penerbitan. hubungan kami masih baik. sentiasa berhubung melalui telefon atau berjumpa sambil makan2. antara hobi zek, main badminton. dlm seminggu biasanya 2 kali akan turun ke court. disbbkn zek dah berpindah ke rumah yg baru dibelinya yg agak jauh dari court yg disewa, maka semakin jarang dia turun. tambahan pula bebanan kerja yg bertambah seiring dgn jawatan penting yg disandangnya.
beberapa tahun selepas itu, TS dpt tahu, dia berpindah kerja ke tempat lain & buat part time sbg penulis sarikata.dlm tempoh itu jugak, TS sudah beberapa kali bertukar majikan/tempat kerja. kami semakin jarang bertemu, telefon pun kurang. ttp kerap jugak TS lihat namanya terpapar sbg penulis sarikata utk rancangan yg tersiar di tv. hubungan makin renggang. antara pertemuan terakhir, TS terserempak dgnnya di restoran mamak di PJ. beberapa bulan slps itu, zek muncul di ofis TS. katanya dia sdg siapkan tesis mastersnya di UM. itulah kali terakhir pertemuan kami.
sehinggalah pd suatu hari tahun lps, zul (yg jugak dah lama terputus hubungan) menelefon TS.kami berbual panjang. lalu TS tanya pd zul perihal zek. rupa2nya zek sudah tiada. mengikut zul, zek menghidapi kanser tulang. lewat diketahui. hanya 3 bulan slps didiagnosis, zek pergi buat selamanya. TS tk dpt menerima hakikat itu, lalu menyalahkan zul krn tdk memberitahu hal itu, sekurang2nya dpt bertemu zek pd saat dia menderita sakit. TS hilang kawalan, memarahi zul malah terkeluar perkataan putus sahabat. TS menangis. zul jugak menangis. esoknya zul telefon hendak berjumpa. TS enggan pd mulanya, akhirnya kami berjumpa di tempat letak kereta dekat ofis TS. demi terpandang shj, kami berdua terus berpelukan & menangis. ibarat sebuah drama air mata. org sekeliling kehairanan. tak kami pedulikan. zul menyatakan kekesalan & terkilannya krn tak memaklumkan TS berkaitan zek. TS pula pohon maaf atas kekasaran terhadap zul.
zek sudah tiada. takkanlah zul pulak galang gantinya. zek - dlm kenangan, sahabat & mentor. masih tergambar sikap mesra & cerianya, seolah tk pernah ada masalah. itulah zek. malah menurut zul, pada saat-saat akhirnya arwah zek tetap dgn sikap senda guraunya. pergi dgn wajah senyuman.

berita tv

dulu sbb tak banyak stesen tv, kita hanya dpt tengok di rtm. tak ramai pembaca berita (sekarang disebut penyampai berita). kita akan selalu ingat harjit, farit ismeth & beberapa nama lain. sekarang dgn bertambahnya stesen tv terutama swasta, penonton ada banyak pilihan. pembaca berita pun makin ramai. ada yg mencapai tahap selebriti pulak. gaya penyampaian juga pelbagai. begitu jugak persembahan berita yg diutarakan. lebih banyak visual yg ditunjukkan. analisis berita makin kurang.
cuma TS nak sentuh tentang suntingan/pasukan editor sebelum sebarang berita dipilih seterusnya disiarkan. baik dari segi bahan mahupun suntingan bahasa. bukan apa sejak kebelakangan ini banyak sgt yg nak jadi stesen pelopor atau penyampai berita terkini, hingga ada berita yg kurang ditapis atau tidak berkualiti serta bertahap picisan. malah dari segi bahasa juga tidak disunting dgn baik. TS ambik contoh berikut dpd berita tv yg disiar pd waktu perdana (prime time) oleh sebuah stesen tv swasta no. 1.
1. "...para penunjuk perasaan anti-Israel turut melaungkan slogan Allahu Akbar"
slogan? apakah perkataan bermaksud "Allah maha besar", kalimah yg juga diguna pakai setiap kali solat dan azan bagi umat Islam itu hanya disamatarafkan sbg slogan! sengaja atau terlepas atau memang editor berita tv tak tahu nak bezakan apakah erti slogan?
2. "...dlm serbuan tersebut seorang penjenayah berjaya melepaskan diri. beliau dipercayai tercedera".
beliau digunakan utk ganti nama penjenayah. betapa lemahnya penggunaan bahasa ibunda kita.
ada banyak lagi contoh lain. sedihnya tidak ada dlm kalangan yg berpengaruh spt DBP atau tokoh bahasa yg menegur. atau patut jugak disarankan stesen tv mengambil penasihat bahasa atau editor berwibawa dlm memantau serta menapis berita tv terutama aspek bahasa.

ceringkas

Jan 3, 2009

kenduri kahwin
tengah hari td, TS sekeluarga ke majlis kenduri kahwin. di KL. anak perempuan kak SA. kwn sepejabat. spt kenduri kahwin 'moden' sekarang ni, pakai khidmat katering. buat di dewan, bukan di rumah. kalau yg berduit pulak, buat di hotel. lagi pulak, dpt cenderamata satu beg kertas sbg tetamu. selain bunga telur. bila bukak ada macam2 dlmnya. coklat, hiasan sapu tgn, gula-gula dsb. dulu kalau ada pun bunga telur ajelah. duit utk 'salam sauk' pun makin besar. setakat rm10 dah tak laku lagi. walaupun hujan, majlis itu berjln lancar. ramai tetamu. di situ jugak, bertembung dgn boss + isterinya. dia ajak mkn semeja. ttp TS bagi alasan tk cukup tempat sbb bawak budak2 sekali. si kecik eyerin, tak makan nasik minyak pun. seronok makan gula-gula dan coklat.
bola tempatan
sempat tadi tengok first half di tv. kedah vs selangor. piala sumbangsih. main di std darul aman. kedah adalah juara double treble. ttp setakat half time, selangor leading 3-0. ternyata kedah hanyalah team 'biasa' tanpa kelibat pemain import. lebih malang keepernya (pemain kebangsaan) kena tukar pd minit ke-35. terutama sbb lepaskan gol kedua dgn aksi 'tangkap puyu'. 100-200 penyokong selangor lebih kuat soraknya dpd 30k-35k penyokong kedah. seperkara yg perlu dipelajari dpd penyokong bola luar negara. bila kalah tetap sokong. tetap sorak. bukan senyap sunyi mcm tengok wayang. lagi satu masih ada yg baling macam2 objek ke padang. bila marah/tak puas hati. berbeza sekali dgn penyokong luar. di EPL misalnya, walaupun sejengkal aje jarak penyokong-pemain di stadium.
[kemas kini 11:00 mlm, kedah 1- s'ngor 4]

sepanjang jalan kenangan...2

darjah dua, TS masuk sekolah baru. di kuala kubu baru. jalan kaki je. boleh tahan jugak jauhnya. nak naik basikal, abah & mak tk bagi. bahaya katanya. sbb kena ikut jln besar, kenderaan banyak. maka menapaklah TS dgn kawan2 (anak-anak jiran) setiap pagi & balik sekolah. jln short-cut memang disediakan utk pejalan kaki. merentasi padang permainan, tepi padang bola, menyeberang jambatan kecil, lalu depan kem askar...sampai. sepanjang laluan tu banya pokok kiri kanan, jadi tklah panas sgt. masalahnya cuma kalau musim hujan. terpaksalah pakai payung atau baju hujan.
sbg 'budak baru' di sekolah, lambat dpt kawan. sbb masa darjah satu TS tk pernah ke kantin atau bawak bekal [see sepanjang jalan kenangan...1], kTS tk pandai nak berebut beli makanan di kantin. jadi mak sediakan bekal setiap hari. seganlah jugak org lelaki bawak bekal. ttp sbb mak susah payah sediakan, terpaksalah tebalkan muka. ada gak kengkawan yg mengusik. buat tk dengar ajela. ada jugak yg mcm TS, bawak bekal ke sekolah. kebanyakannya budak perempuanlah. dipendekkan cerita, sbb TS selalu mkn seorg diri, satu hari dtglah Ros dgn Su joint sekali. Ros & Su juga rakan sekelas TS. sejak hari tu kami bertiga mkn bekalan dr rumah. biasanya bertukar-tukar bekalan. jgn salah faham TS bukannya termasuk dlm kategori lembut, cuma berada dlm dilema, maklumla anak mak.
seingat TS, si Ros tu putih kuning orangnya. tinggi lampai.kalau skrg dikategorikan 'cun' jugakla. anak tukang kebun sekolah, pakcik S. bijak budaknya, top five dlm kelas.
si Su pulak, hitam manis.berambut kerinting. tak kurang bijaknya dlm periksa. jadi biasalah kat sekolah dulu. jadi bahan usikanlah kami. kena gossip.
tapi bila dah masuk darjah lebih tinggi. TS tk lagi bawak bekal. dah pandai beli di kantin. lagipun dah besar, seganlah nak bawak bekal mak (hrp mak tk kecik hati). malulah nak makan masa rehat dgn budak perempuan...hehe.
masa kita sekolah dulu manalah ingat nk bertukar alamat atau no. telefon ke. alat komunikasi pun tk lah secanggih sekarang. jadi bila berpindah sekolah, hubungan sesama rakan terputus begitu sahaja. yg tinggal hanya kenangan. itu pun bila usia meningkat, dh jadi samar-samar je.

hari yang biasa

Jan 1, 2009

mlm semalam (31/12)ramai yg menunggu detik 12 mlm. countdown katanya...sambut dgn macam-macam cara. tengok konsert, tengok bunga api. ada jugak yg merempit. buat benda-benda nakal. kat tempat TS ada yg bakar mercun. bukan bebudak tp bapak budak yg main. tak peduli jiran yg ada anak kecik. ramai antara yg kita sambut dgn cara berhibur. berseronok. sambil tu, tanam azam baru[kononnya].
ttp hari ini (1.1.09). semuanya spt biasa. seolah-olah perubahan tahun tdk berlaku. kita lupa, peralihan itu cuma satu detik sj. apa bezanya smlm dgn hari ini. 31/12 dgn 1/1. kita bangun tidur pagi tadi lalu jalani hari ini, dgn rutin yg biasa. spt tahun lepas (08) jugak.
pagi tadi slps solat subuh, TS tidur semula. bangun agak lewat. jam 10:30 baru keluar sarapan pagi. ke bistro mamak. roti canai + teh tarik mcm biasa. spt hari biasa lain, ramai yg bersarapan pagi di luar. lepas tu ke pasar raya 'gergasi', beli barangan dapur & keperluan lain. spt biasa ramai yg buat perkara sama. balik rumah rehat, tonton tv mcm biasa. ptg...hujan turun. spt biasa hujan air bukannya salji!
dgn kata lain, hari tahun baru adalah hari yg biasa...