sepanjang jalan kenangan...3

Jan 13, 2009

TS dibesarkan di luar negeri. maksudnya di luar negeri sembilan...heee. jadi taklah berapa pandai nak speaking negori. ttp seronok sgt tiap kali famili kami bercuti di kampung. memang itulah antara yg kami adik-beradik tunggu. terutama musim cuti sekolah. di kampung boleh pergi mandi sungai - termasuklah terjun tiruk atau gayut pd akar pokok mcm tarzan lalu terjun ke sungai, tangkap ikan dgn tangan (mengoca), turun ke sawah - tuai padi, banting padi dsb, menoreh getah (motong gotah) dll aktiviti yg rutin bagi org kampung tp luar biasa bagi TS. sbb kami adik-beradik tak 'fasih' sgt loghat negori, kami digelar 'budak pokan' olh kawan2 sebaya di kg. tp diaorg sedia mengajar kami buat apa aja aktiviti atau permainan tradisional. pendeknya, kami diterima baik mungkin sbb sikap terbuka kami yg sedia mencuba apa shj. diaorg paling seronok mengajar kami speaking negori - semcm bahan lawak & gurauan mrk.
antara peristiwa yg pasti dikenang ialah peristiwa 'ngeri' + lucu yg terjadi pd suatu hari. pd satu petang TS dijemput oleh man, adi, pili & mamat dgn basikal. pili, adi & mamat tunggang basikal mrk masing2. TS pulak membonceng basikal man. ke mana arah tujuan, TS tak diberitahu. rahsia, kata mrk. hinggalah sampai ke sebuah ladang tebu. luas jugak. lalu si mamat, buka rahsia & 'strategi' kami berlima. tujuan ke situ utk ambik tebu. TS mula rasa tk seronok. tp mamat menerangkan 'tak apa' atau 'tak berdosa' kalau curi tebu dpd org bukan Islam (entah ustaz mana yg ajar dia, ajaran songsang ni). "kalau kito curik daripado org kapir, tak berdoso" kata mamat meyakinkan. kitaorg budak2 lagi manalah faham sgt soal dosa pahala ni. ingatkan betullah ckp mamat tu.
'operasi' pun bermula. kitaorg menyusup masuk pagar berduri yg sudah direnggang & diikat. basikal ditinggalkan & disorok tepi jalan. sdg kitaorg mematahkan beberapa batang tebu, tiba-tiba kedengaran suara "wey, apa lu olang bikin. culi tebu gua ka?!!" kitaorg tergamam. serentak dgn itu tuan punya ladang tebu itu melepaskan 2 ekor anjing peliharaannya. apa lagi demi terdengar salakan anjing. "copek laghi, ado anjing kojar" jerit mamat. kitaorg berlima pun lari lintang-pukang lalu mendptkan basikal masing-masing. mamat, pili, & adi bolehlah pecut basikal mrk. tp TS & man terkial-kiallah sbb kitaorg naik berdua. man tercungap-cungap mengayuh selaju mungkin. 2 ekor anjing mengejar semakin dekat. TS dah panik & mula nak menangis. anjing makin dekat, salakan makin kuat. mujurlah tuan punya ladang tiba2 'berubah hati' (mungkin sedar bahayanya kalau apa2 terjadi kpd kitaorg diserang anjingnya) memanggil balik anjing2nya. fuh... legalah kitaorg berdua. yg 3 org lagi tu dah susup-sasap entah ke mana. hantu punya mamat. ini idea 'bijak' dialah. tergamak kau tinggalkan kitaorg. apa punya kawan daa...TS & man menyumpah seranah. sedar2 seluar man basah, terkucil rupanya masa kelam-kabut tu.
kejadian tu jadi kenangan kitaorg berlima & bahan ketawa setiap kali berjumpa. ladang tebu tu sekrg dah jadi kawasan perumahan. sawah bendang pun dah tk dikerjakan lagi. sungai pulak dah cetek & tohor, tak boleh nak mandi-manda.

0 refleksi: