zek - dalam kenangan

Jan 4, 2009

bila kita tak faham semasa menonton sesebuah program tv atau movie. kita menghrpkan sarikatanya. cthnya kalau kita tengok cerita hindustan atau cerita kungfu lakonan jackie chan/jet li. atau yg tak fasih english juga harap ada sarikata dlm BM. sarikata tak bermaksud menterjemah setiap perkataan/dialog pelakon. cukup sari ayat atau ringkasan kata-kata.
kawan TS, zek adalah salah seorang penulis sarikata terbaik. pernah bekerja dgn stesen tv kerajaan. menulis sarikata dpd rancangan kartun, dokumentari hinggalah kpd wawancara dgn tokoh terkenal. bukan calang2 org yg dipilih menulis sarikata utk wawancara/bual bicara dgn tokoh/vip. zek sering ditugaskan sbg penulis utk itu. maknanya dia adalah antara yg terbaik kalau tdk pun terbaik.
TS kenali zek semasa bekerja di sebuah sykt penerbit buku swasta. selang beberapa bulan TS masuk bekerja di situ, zek dibawa masuk dpd sykt penerbit yg lebih besar sbg ketua editor. kebetulan sykt waktu itu tiada jawatan ketua editor. dia dibawa masuk krn pengalaman kerja, 'kabel' yg baik dgn penulis terkenal & utk membimbing editor baru. zek seorg yg mudah didampingi, sentiasa ceria. tdk heran kami segera menjadi kwn baik bersama seorg lagi rkn sepejabat, zul. sarapan & lunch bersama. berkongsi masalah bersama. TS anggap dia mentor sbg editor. zek sudah lama berkahwin ttp takda anak. namun dia & isteri tk jemu berusaha cara moden atau tradisional. belum ada rezeki katanya.
zek kemudian berhijrah ke sykt penerbitan lain. ditawarkan sbg pengurus penerbitan. hubungan kami masih baik. sentiasa berhubung melalui telefon atau berjumpa sambil makan2. antara hobi zek, main badminton. dlm seminggu biasanya 2 kali akan turun ke court. disbbkn zek dah berpindah ke rumah yg baru dibelinya yg agak jauh dari court yg disewa, maka semakin jarang dia turun. tambahan pula bebanan kerja yg bertambah seiring dgn jawatan penting yg disandangnya.
beberapa tahun selepas itu, TS dpt tahu, dia berpindah kerja ke tempat lain & buat part time sbg penulis sarikata.dlm tempoh itu jugak, TS sudah beberapa kali bertukar majikan/tempat kerja. kami semakin jarang bertemu, telefon pun kurang. ttp kerap jugak TS lihat namanya terpapar sbg penulis sarikata utk rancangan yg tersiar di tv. hubungan makin renggang. antara pertemuan terakhir, TS terserempak dgnnya di restoran mamak di PJ. beberapa bulan slps itu, zek muncul di ofis TS. katanya dia sdg siapkan tesis mastersnya di UM. itulah kali terakhir pertemuan kami.
sehinggalah pd suatu hari tahun lps, zul (yg jugak dah lama terputus hubungan) menelefon TS.kami berbual panjang. lalu TS tanya pd zul perihal zek. rupa2nya zek sudah tiada. mengikut zul, zek menghidapi kanser tulang. lewat diketahui. hanya 3 bulan slps didiagnosis, zek pergi buat selamanya. TS tk dpt menerima hakikat itu, lalu menyalahkan zul krn tdk memberitahu hal itu, sekurang2nya dpt bertemu zek pd saat dia menderita sakit. TS hilang kawalan, memarahi zul malah terkeluar perkataan putus sahabat. TS menangis. zul jugak menangis. esoknya zul telefon hendak berjumpa. TS enggan pd mulanya, akhirnya kami berjumpa di tempat letak kereta dekat ofis TS. demi terpandang shj, kami berdua terus berpelukan & menangis. ibarat sebuah drama air mata. org sekeliling kehairanan. tak kami pedulikan. zul menyatakan kekesalan & terkilannya krn tak memaklumkan TS berkaitan zek. TS pula pohon maaf atas kekasaran terhadap zul.
zek sudah tiada. takkanlah zul pulak galang gantinya. zek - dlm kenangan, sahabat & mentor. masih tergambar sikap mesra & cerianya, seolah tk pernah ada masalah. itulah zek. malah menurut zul, pada saat-saat akhirnya arwah zek tetap dgn sikap senda guraunya. pergi dgn wajah senyuman.

0 refleksi: