kembali ke sekolah

Jan 6, 2009


hari pertama sekolah. spt selalu agak celaru. setiap tahun cara mendaftar tk pernah sama. tahun lps sekolah pagi. tahun ni sekolah ptg. tahun sebelumnya daftar & byr yuran di kelas. tahun ini daftar di dewan sekolah. tahun lepas daftar hari sabtu, tahun ini daftar hari isnin. para ibu bapa terpaksalah ikut kerenah sekolah. bila komplen, dikatakan pulak banyak songeh, tak faham tugas cikgu.
apa yg pasti tahun ni, yuran sekolah benar-benar 'percuma'. TS cuma perlu bayar rm5.50 utk eyerol (thn 2) & rm12.00 utk eyeril (thn 3). berulang kali jugak TS tanyakan jumlah 'sebenar' pd cikgu mrk, bukan apa takut tersalah dengar atau tersalah bayar. ramai dlm kalangan ibu bapa yg sama-sama mendaftarkan anak mrk menyatakan kelegaan. terima kasih pd kementerian yg prihatin. memang ramai yg gusar sebelum ni. yelah kalau ikutkan sejarah tahun lps berulang, yuran percuma yg tak percuma, kena bayar jugak segala mak nenek punya yuranyg semacam diada-adakan.
bagi TS, tugas pertama selesai bila dah daftar. tugas seterusnya ialah 'memantau'. sengaja simpan cuti, semata-mata utk hari-hari awal tahun begini. yelah, skrg ni ramai ibu bapa yg kedua-duanya bekerja. harapkan bas sekolah hantar pergi & balik sekolah. kena pastikan anak-anak mrk kenal driver & driver kenal mrk. jugak pastikan mrk kenal bas mana satu, sbb semua bas sekolah sama, warna oren. biasanya, TS akan bagi 'ceramah'. kenalkan driver mrk, bas mrk, no. plat bas, tempat tunggu bas. kemudian perhati dr jauh, semasa mrk balik sekolah. kalau semua ok, berjln lancar, maknanya hari-hari berikutnya mrk akan ikut rutin yg sama. takdalah masalah tercicir, tertinggal atau tersalah bas. setakat 2 hari ni beres je. bolehla pergi kerja esok dgn hati lapang...

0 refleksi: