sepanjang jalan kenangan...2

Jan 3, 2009

darjah dua, TS masuk sekolah baru. di kuala kubu baru. jalan kaki je. boleh tahan jugak jauhnya. nak naik basikal, abah & mak tk bagi. bahaya katanya. sbb kena ikut jln besar, kenderaan banyak. maka menapaklah TS dgn kawan2 (anak-anak jiran) setiap pagi & balik sekolah. jln short-cut memang disediakan utk pejalan kaki. merentasi padang permainan, tepi padang bola, menyeberang jambatan kecil, lalu depan kem askar...sampai. sepanjang laluan tu banya pokok kiri kanan, jadi tklah panas sgt. masalahnya cuma kalau musim hujan. terpaksalah pakai payung atau baju hujan.
sbg 'budak baru' di sekolah, lambat dpt kawan. sbb masa darjah satu TS tk pernah ke kantin atau bawak bekal [see sepanjang jalan kenangan...1], kTS tk pandai nak berebut beli makanan di kantin. jadi mak sediakan bekal setiap hari. seganlah jugak org lelaki bawak bekal. ttp sbb mak susah payah sediakan, terpaksalah tebalkan muka. ada gak kengkawan yg mengusik. buat tk dengar ajela. ada jugak yg mcm TS, bawak bekal ke sekolah. kebanyakannya budak perempuanlah. dipendekkan cerita, sbb TS selalu mkn seorg diri, satu hari dtglah Ros dgn Su joint sekali. Ros & Su juga rakan sekelas TS. sejak hari tu kami bertiga mkn bekalan dr rumah. biasanya bertukar-tukar bekalan. jgn salah faham TS bukannya termasuk dlm kategori lembut, cuma berada dlm dilema, maklumla anak mak.
seingat TS, si Ros tu putih kuning orangnya. tinggi lampai.kalau skrg dikategorikan 'cun' jugakla. anak tukang kebun sekolah, pakcik S. bijak budaknya, top five dlm kelas.
si Su pulak, hitam manis.berambut kerinting. tak kurang bijaknya dlm periksa. jadi biasalah kat sekolah dulu. jadi bahan usikanlah kami. kena gossip.
tapi bila dah masuk darjah lebih tinggi. TS tk lagi bawak bekal. dah pandai beli di kantin. lagipun dah besar, seganlah nak bawak bekal mak (hrp mak tk kecik hati). malulah nak makan masa rehat dgn budak perempuan...hehe.
masa kita sekolah dulu manalah ingat nk bertukar alamat atau no. telefon ke. alat komunikasi pun tk lah secanggih sekarang. jadi bila berpindah sekolah, hubungan sesama rakan terputus begitu sahaja. yg tinggal hanya kenangan. itu pun bila usia meningkat, dh jadi samar-samar je.

0 refleksi: