ceringkas

Jan 3, 2009

kenduri kahwin
tengah hari td, TS sekeluarga ke majlis kenduri kahwin. di KL. anak perempuan kak SA. kwn sepejabat. spt kenduri kahwin 'moden' sekarang ni, pakai khidmat katering. buat di dewan, bukan di rumah. kalau yg berduit pulak, buat di hotel. lagi pulak, dpt cenderamata satu beg kertas sbg tetamu. selain bunga telur. bila bukak ada macam2 dlmnya. coklat, hiasan sapu tgn, gula-gula dsb. dulu kalau ada pun bunga telur ajelah. duit utk 'salam sauk' pun makin besar. setakat rm10 dah tak laku lagi. walaupun hujan, majlis itu berjln lancar. ramai tetamu. di situ jugak, bertembung dgn boss + isterinya. dia ajak mkn semeja. ttp TS bagi alasan tk cukup tempat sbb bawak budak2 sekali. si kecik eyerin, tak makan nasik minyak pun. seronok makan gula-gula dan coklat.
bola tempatan
sempat tadi tengok first half di tv. kedah vs selangor. piala sumbangsih. main di std darul aman. kedah adalah juara double treble. ttp setakat half time, selangor leading 3-0. ternyata kedah hanyalah team 'biasa' tanpa kelibat pemain import. lebih malang keepernya (pemain kebangsaan) kena tukar pd minit ke-35. terutama sbb lepaskan gol kedua dgn aksi 'tangkap puyu'. 100-200 penyokong selangor lebih kuat soraknya dpd 30k-35k penyokong kedah. seperkara yg perlu dipelajari dpd penyokong bola luar negara. bila kalah tetap sokong. tetap sorak. bukan senyap sunyi mcm tengok wayang. lagi satu masih ada yg baling macam2 objek ke padang. bila marah/tak puas hati. berbeza sekali dgn penyokong luar. di EPL misalnya, walaupun sejengkal aje jarak penyokong-pemain di stadium.
[kemas kini 11:00 mlm, kedah 1- s'ngor 4]

0 refleksi: